Sunday, December 12, 2010

Pulut Serikaya

Salam ceria di pagi Ahad. Dah bekfast lom? Kami bf ngan pulut serikaya. Ni la pestaim saya wat kuih ni. Resepi amek umah YatieMemories yang memang pakar bab kuih muih tradisional ni. 2-3ari lepas pi la selongkar dapur Yatie, tapi tak jumpa lak resepi serikaya ni. Mana nak jumpa pi cari resepi kuih serimuka, rupanya nama kuih ni pulut serikaya. Sian kat sy ni nama kuih ni pon xtau sadis tul..
Pulut serikaya ni mmg peberet saya, nak wat takut lak anak2 tak makan. Memandangkan beras pulut masih ada sket, cuba gak lah..Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap resepi Yatie ni,anak2 pun suke. Selalunya yang beli tu xnak lak mkn.Disebabkan kesilapan sendiri lupa nak balut ngan kain, lapisan atas kureng cantik sbb terkena titisan air dr penutup kukusan.Apa pun kuih ni mmg best, yatie minta cnp rcp ya..tq
sememeh jer potongan kuih ni, kena lebih cermat nx time
 Kuih Pulut Serikaya
Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka(sy gn 2kpg nisan)
* 1/2 cawan gula pasir (sy boh 2sudu besar)
* 1/2 cawan gula merah (sy tambah)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

10 comments:

Yatie said... Balas

Salam di hujung minggu,
Uwaaa ceria je arini, tahniah menjadi pulut serikaya tu...alamak terliurlah pulak tngk kuih ni...yatie ambil seketoi ya..hi3..

lina_pg said... Balas

yatie> salam..menjadi dah kuih n sagt sedap..tapi tak secantik yg sifu wat..amek la brp ketoi pun wat pengeras hik3

Adry@Daun said... Balas

Salam lina,
Sedapnya pulut serikaya tu. Mmg kaya seri kayanya..hehe.. Nk 5 ketoi.. Nis suka kuih ni.

lina_pg said... Balas

adry> salam..meh2 ada lagi ni 3ketoi,oic Nis suke kuih ni..hehehe son ummi dia wat..mmg besh aarr kuih ni

sukahaha said... Balas

sedapnyee!!!!

alla said... Balas

mmg sedap....
lemak berkrim...

lina_pg said... Balas

matdin> memang sedap matdin

alla> hehehe sedap kan?

Nieza said... Balas

wah cun tu...saya pun tergodalah nk juga 2 ketul...kihkihkih

Azmiezas said... Balas

Kita suka sangat kueh ni..terlebih suka uu..

lina_pg said... Balas

Nieza> memang sedap kuih ni..menepati citarasa

Azmiezas> kite pun suke sgt

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...