Resepi Ikan Pesmol

By LiNa_Pg - Friday, March 15, 2013

Assalamualaikum....
Salam Jumaat semua....dah lama nak mencuba resepi ikan pesmol ni.Kali ni baru terlaksana..bila jumpa ikan siakap terus beli..Apa lagi terus on menu pesmol ni.Jangan tanya ya apa maksud pesmol tu, saya pun xtau.Resepi asal dari buku resepi ketuk2 ramadan.Penyumbangnya ialah Serina Chef Wan.Resepi ni seakan-akan percik, ala-ala rendang pun ya jugak.Kalau nk tau macam mana rasanya tu, kenalah cuba dan nilaikan sendiri.

sy snap ngan enpon jer ni..
sumber asal Majalah ketuk2 ramadhan..
RESEPI IKAN PESMOL
By : Serina
Sumber lain : CT Zaliedana
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cm lengkuas dititik
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit hirisan karot
  • Buah tomato
  • Daun ketumbar
  • 2 helai daun limau purut 
  • 2 helai daun salam
  • 2 cawan santan pekat (lina pg guna 1cwn susu cair)
  • air perahan daripada 1 biji limau nipis
  • gula

Bahan Kisar

  • 5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji buah keras (xletak)
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 2.5 cm halia

Cara-Cara

  1. Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot
  4. Masukkan susu cair dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula
  5. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata
  6. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Morninggg, mmg popular resiopi ikan pesmon ni la ni, rata2 nampak dok tayang, len kali kalo beli ikan siakap boleh la di cuba ni

    ReplyDelete
  2. memang sedap sgt resepi ikan ni.. mmg rasa ala2 percik.. cuma takde campuran halba..

    owhh.. dr serina ye.. ingatkan resepi ayahnya chef wan.. tgk kak nur singapore tulis dari chef wan.. akak pun ikut jelah.... hihi.. tak kisahla tu.. mgkin resepi anak beranak juga la kot..

    ReplyDelete
  3. ikan pesmol ..br first tiem dgr kak

    ReplyDelete
  4. laaaaa ikan siakap rupanya... selalu msk tiga rasa atau stim ajer.. nih leh masuk list ni na.. kompom sedapp

    ReplyDelete