Saturday, March 9, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum...
Hari ni n3 spesel untuk Tun Telani,saja seronok joint GA yang Tun anjurkan..Apa salahnya mencuba kan?Mana tau ada rezeki..macam joint GA Hasue dulu..dptgak loyang hihi..Ekceli menang kalah belakang kira, janji dapat masuk dan memeriahkan lagi GA ni..Lagi ramai lagi best..Lagipun tak susah..cuma citer sket makanan kegemaran.Sesiapa nak joint ada syarat2 ringkas kat bawah nun..


Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

2 hadiah berikut menanti pemenang    (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)
Nak tengok hadiah silalah terjah blog Tun yea..mana leh main copy gambo org kan hihi

Okeylah Tun, kak lina pilih salah satu makanan feveret akak iaitu kuih cek mek molek.Cuma kali tak bape nak molek..sebab guna ubi kayu..Kalau Tun tengok kat n3 akak dah banyak kali sangat ulang siar kuih cek mek molek ni.Memang betul2 suka.Lagipun masa kecik2 dulu kuih inilah yang dijadikan sajian sarapan buat kami adik beradik.Yea lah kami bukan org senang.Kuih cek mek molek ni sangat senang menyediakan.Lagipun ubi keledek cuma gali kat belakang rumah jerr.Bukan kena beli pun.Biasanya bonda akan masak kuih ni sebelum turun motong(istilah monoreh getah)Kuih ni akan diletakkan di bawah saji.Bila anak2 bangun kuih ni memang sedia dimakan sebab sudah sejuk.Semua maklumkan kuih ni tak boleh dimakan semasa panas sebab gula kat dalam tuh masih cair..boleh melecur lidah nanti.Bila dah kenyang ngan sarapan ringkas, kami akan menyusul ke kebun untuk 'mengutip susu getah'Tapi time akak tukang nyebuk ajerr...huhu..

Itulah sejarah kuih cek mek molek ni..disebabkan kuih ni telah disogok dari kecik zaman tak sekolah lagi...ianya menjadi feveret hingga sekarang.Yang bestnya sekarang ni akak pula menyogok anak2ngan kuih ni haha..Bukan apa takut lupa akar umbi asyik makan puding ngan kek saja..

guna ubi kayu kuning, nampak ceria jerr
KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan-bahan :

  • 400-450g ubi keledek (kali ni ubi kayu)
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ). Lepas tu buang kulit dan lecek hingga halus. Biar keledek lecek tu sejuk.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.
  3. Bentukkan adunan bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbABerhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak

6 comments:

tun_telani said... Balas

weee~~~~~~~~ tq kak lina ^^
tun suka makan cek mek molek nih.. tp kan, x pandai buat.. :( 2-3kali percubaan buat semua gagal. huhu... sama dgn keria, xpandai gak buat.. samada jd keras kejung atau lembik lekat2 kt tangan xleh nk bentuk.. sedaih je.

lina_pg said... Balas

@tun_telani
Tun pun pansai makan kuih cek mek molek ni..biasnya org pantai timur yg suka sbb manis sket hihi

faa.rosli said... Balas

sedapnya kalau buat minuman petang...nyumnyum..

EmbunRosaliza said... Balas

A,a mmg byk bederet bawah tu kuih cekmek molek kat sini heheh.

Semoga berjaya

lina_pg said... Balas

@faa.rosli
Betul tu sarapan pun ok gak hihi

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Saja memeriahkan majlis muahaha

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...