Thursday, April 18, 2013

Resepi Roti Puri

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak menikmati keenakan Roti Puri ni.Hampir terlupa dengan resepi walaupun cukup ringkas sahaja nk menyediakannya.Apa lagi selongkarlah dapur sendiri haha.Maka terhasil lah menu untuk dinner kami sekeluarga malam tadi.Alhamdulillah kenyang makan roti puri cicah ngan kari sardin.Sekali sekala tukar selera plak kan..Takmo bebel panjang..Banyak keje umah masih menanti.Kek pun nk kena baking 2 biji jap lagi.Silalah jamu mata ya..Untuk resepi KARI SARDIN boleh klik SINI
Makan dua biji pun dah kenyang..sangat sedap digandingkan ngan kuah sardin tu

RESEPI ROTI PURI
Tuan Tanah : Yatiezaini (myR)
Sumber : Lina pg

Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng
Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.Agak2 la saiz tu berapa ya.Lina pg buat saiz bola golf
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap
  9. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  10. Tips utk mgoreng :
    gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
    Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Note:
Lina pg canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai.Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

12 comments:

tun_telani said... Balas

Assalamualaikumm.... morning kak lina! tun pun dah lamaa sgt buat roti puri nih.. comel kembong2 roti akak.. tun bila buat ada yg kembong, ada yg kempis. hihi

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun..mornink..Tu la akak pun dah lama sangattt tak wat.Tetiba tingin lak nk makan.
Roti memang pesen gitew kot Tun..akak nyer yang goeng pertama dan kedua selalu tak kembong jugak..Tapi yg len2 tu kemboOong tak hengatt

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam akk pun lama tak buat, selalu menjadi permintaan anak2 kat umah ni, buat ni umpama mkn besar dh, mmg suka sangat.

Cantik kembOONg roti puri tu, mesti sedap ciciah kari sardin ni

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm..roti ni makan sedap.Tp bab nk menggelek dan menggoreng sebijik sebijik tu yg malas hihi..
Ada gak yg kempis 2-3 biji kak rosa hihi

JaSSNaNi said... Balas

festime nampak puri ni waktu dah umur 20 tahun.. hahahaha.. giler jakun sbb tengok benda ni leh kembong.. hehehe

zana fahmi said... Balas

Salam pagi jumaat Lina syg..hehe..bodek ni sb nak resipi. Cik abe akak tu suka mkn puri, bininya tak reti2 nak buat. Cilok resipi ye, tq.

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Dah lama tu Nani...sy ni excited tgk time goreng..roti jadi kemboong hihi...suka ngan kejadian tu

LiNa_Pg said... Balas

@zana fahmi
wslm..kak zana cayang...silalah ambil resepi tu memang untuk dikongsikan..

Rohah said... Balas

kita tak pernah buat, tapi terbayang dah keenakannya..

zila norazila said... Balas

nampak org duk buat roti nie..tp zila x terbuat lg..sure sedap nie kan lina.

Azwanda Tengku muda said... Balas

Kenapa doh saya buat x naik ???

LiNa_Pg said... Balas

@Azwanda Tengku muda
mungkin yis dah expired atau tidak aktif

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...