Resepi Ikan Siakap Bakar Tom Yam

By LiNa_Pg - Wednesday, May 29, 2013

Assalamualaikum...
First time makan ikan bakar kat rumah, selalunya aktiviti kami setiap hujung minggu ialah kuar JJCM.Salah satu menu peberet ialah Ikan Siakap Bakar.Ada beberapa pot menarik yang sentiasa kami kunjungi.Tapi makanan di restoran sudah tentulah yang biasa saja..mestilah sambal yang merah tu kan..pastu cicah ngan air asam.Kali ni spesel sket....Ikan Siakap Bakar Tom Yam.Sangat sedap dan berbaloi2 dicuba.
Resepi hasil gugelan di tenet.Memula cari gambar ikan bakar dulu, pastu bila ada yang menarik terus terjah.Rupanya resepi dari umah MamaHawa...Kepada yang berminat bolehlah mencuba.Sangat senang dan sedap.

Sengaja buat bagi basah2 dan sedikit berkuah tu...memang licin semuanya...tinggal tulang, daun pisang n kulit limau jer haha
 Ni pas kuar aluminum foil.Lina pg bako guna dapur gas ajer...boh dalam pan
RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR TOM YAM
Sumber : Chef Hanieliza , MamaHawa
Sumber2 : Lina pg

Bahan A

  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut (carik2)
  • 1 helai daun kunyit (hiris nipis)
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6) Lina pg xboh tadak stok
  • Aluminium foil & daun pisang - ni mama tambah

Bahan B (Dikisar)

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api (Lina pg xboh)
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos
  • 2 helai daun limau purut

Cara Membuat:-

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
  2. Letakkan ikan ke atas daun pisang.Letak daun limau purut dan daun kunyit. Kemudian bungkus kemas.Lina pg balut pulak ngan aluminium foil
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. assalam lina..memang boleh sangat dicuba ni..terima kasih lina..kongsi resepi..nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  2. @Acik Erna
    wslm acik...senang sangat dan sedap pulak tu.Sangat berbaloi dicuba

    ReplyDelete
  3. Kat peti ais akk ada lagi sekor ikan siakap besau punya, nnt nak cuba juga lah. Agaknya ada rasa mcm tomyam kut dgn masam2 n bau daun limau purut tu

    ReplyDelete
  4. @EmbunRosaliza
    Haha..memang sedap kak rosa..As kata kalah yang kat Seagate tuh..Pastu yg kt Teluk Tempoyak (ada siput belitung tu)pun kalah gak haha..
    Kena cuba tu...spesel ni

    ReplyDelete
  5. Salam kak lina.. kecur air liur nengok ikan bakar nih.. tun kalau siakap ni mmg lajuuu... bakar kosong pun sedap, kalau letak bahan2 kisar gini mesti lagi sedap.

    ReplyDelete
  6. @tun_telani
    wslm Tun..memang sedap la kat tekak kami ni Tun, anak2 pun suka w'pun byk 'sayur' kat atas ikan tu hehe...

    ReplyDelete
  7. wah2 kak lina terliur zila kat sini..dlm esbok zila ada terubuk je ni..agak sedap tak kalu tukar..

    ReplyDelete
  8. wah..nampak sedap tu terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  9. @Norzila Zakaria
    Maybe sedap jugak tu zila...lagipun ikan terubuk isinya manis.Tapi.... tang tulang tu yg lemah sket..

    ReplyDelete
  10. wah..sedapnya...tgk rumah k.rosa..ade siakap jgak..hehe

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Lina
    mmg sedap ikan siakap bakar tomyam ni...dah lama tak buat. nengok Lina hidangkan ni terasa nak buat pula...
    re; tkasih Lina wish beday utk my hero. Syakirah mmg confirm enterprem...nak posing dkt kek juga...nak tiup lilin juga....sama naik dg abg2 yg besday...hi..hi.
    mmg mudah cari makanan halal di Rom.ada restoren2 India muslim di situ...dpt jugak mkn nasi beriani.

    ReplyDelete
  12. wah sedapnya ikan siakap bakar
    memang licin kalau terhidang he heee

    ReplyDelete
  13. Harus cuba ni...godek pnya godek jupe resepi ni...insyallah..nk try utk berbuka puasa ptg ni.. :)

    ReplyDelete
  14. Nak tye, kalau stim agak2 sedap tak?

    ReplyDelete