Friday, June 14, 2013

Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum...
Ayam Masak Merah ni juga dimakan bersama dengan Nasi Tomato dan juga Gulai Kawah.Hurmmm kalau ada KERABU EPAL lagi mantap ganding menu kenduri ni.Tapi saya tadak stok epal ijo, so buat acar timun jer la.Gandingan menu kenduri ni sangat sedap pada tekak kami sekeluarga.Kalau ada yang sudi mencuba dipersilakan.Hari agak malas sket nk ngomel.Jom semak resepi.
Terlupa nk pesan kat laling, belikan daun ketumbar, bawang besar pun dah abes huhu.So nampak gonjeng jer Ayam Masak Merah sebab tadak kaler ijo..Tapi xpe lah janji sedap

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 3-4 sudu makan cili boh
  • 1-2 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • Buah tomato
  • Air Asam Jawa
  • Minyak
  • Garam, Gula @perasa
  • Air
Cara-Cara:
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puri. Kacau sebati
  5. Masukkan air asam jawa.Sesuaikan rasa (Tambah air jika nk lebih berkuah)
  6. Masukkan ayam, kacau sebati. Kemudian masukkan bawang besar.Kacau sebentar.
  7. Dah siap

15 comments:

Qashmere said... Balas

Tengok gambar ni sedapnya!! Makan dengan nasi minyak or nasi tomato sedap nih

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. all time favourite nih. tun kalau masak merah ni tiap2 hari makan pun x muak.

EmbunRosaliza said... Balas

Masak mcm ni memang menjadi kesukaan anak2, kalo lauk ayam,,lauk lain tak ada pun tak pe

ezzyra said... Balas

suka sgt lauk gini..hehe..sedap2.

LiNa_Pg said... Balas

@Qashmere
Sedap walaupun pic nampak bodow2 hehe

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun..memang betul..peberet sepanjang masa..

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Memang licin la kalau wat ayam camni

LiNa_Pg said... Balas

@ezzyra
sedap dik, kalau adik ada mesti boleh jadi tukang goreng ayam tu hehe

Nadz Nazharzan said... Balas

Assallamualaikum kak Lina..

Kak, semalam gulai kawah. Ari ni ayam masak merah pula.. Sedap kak walaupun togel jer..hehehee.. Nadz pun masak ayam masak merah di rumah selalunya togel gak cam ni. Tak de pun daun ketumbar ke apa..hehehee..

LiNa_Pg said... Balas

@Nadz Nazharzan
wslm Nadz, ni menu makan ngan Nasi Tomato..saja wat n3 satu per satu konon nk bg banyak n3 la hahaha...
Tu la bila tadak kaler ijo nampak togel la..pada hal kalau letak pon anak2 kuis ke tepi jugak..

MARIA AWI said... Balas

feveret anak2 saya

Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi Anak-Anak

Siti Mazlee said... Balas

Sy share ya resepi akak ... Nk try ... Hihi

Nur Majidah A.Majid said... Balas

Sy slalu msak aym masak merah ni..lg sdp klu mkn dgn nsi minyak..yummeh.jmput singgah my blog ye..triplenursalam.blogspot.com

lia ummiirfan said... Balas

sedapnya... kecur air liur.. hihi..

Ibu Khalish said... Balas

sedap betol ayam masak merah...klu stail utara tambah santan pekat ckit...tambah lemak lagi..hihihi

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...