Thursday, October 2, 2014

Resepi Ayam Kandar

Assalamualaikum...
Dah petang baru sempat hupdet blog..agak bz sket ari...Apa yg di bz kan pun xtau la...Ni pun buat n3 cepat2 sebab sat lagi nk kuar amek Nisa blik sekolah pulak..hurmm kesian anak mama..exam UPSR belum selesai lagi tp sudah kena attand latihan sukan dan juga latihan senamrobik untuk persembahan Hari Sukan nnt..alahai cikgu2 sekolah awat la tak buat sukan tu awal tahun..awal2 dah setel kan senang..ni dah hujung tahun sukan tahunan pun tak buat lagi..UPSR pun tak setel huhuuuu...
Okey lah back to track.Hari ni saya nak kongsikan resepi ayam..ayam lagi huhuuuu...sampai naik pening kepala hari2 masak ayam..Kali ni saya gugel terjumpa di dapur myR..adeh lama betul xmasak ayam/dgg kandar ni.Bila tengok report di myR last punya tahun 2009 saya masak daging kandar..Kali ni saya gantikan dengan ayam..dua2 pun sedap..Jom kite semak resepi
 Alhamdulillah sedap..makan ngan nasi atau roti

RESEPI AYAM KANDAR

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia(tumbuk)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi (LiNa Pg terlupa nak letak...haish ptt pucat)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam, kunyit dan perasa

Cara-cara

  1. Ayam cuci bersih.Perasakan dengan garam kunyit.Goreng 3/4 msak.Ketepikan
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan ayam (yg telah digoreng td)
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi.Sesuaikan rasa
  7. Renehkan sehingga kuah menjadi pekat.Dah siap.

 Kuahnya agak pekat..mmg suka pesen ceggini..cubalah
Versi live dari kuali..yg back up sebenarnya untuk facktor keselamatn kikiiii. In case lauk abes sebelum sempat pose..boleh tepek gambar ni untuk rujukan resepi kikiii

6 comments:

sud@is said... Balas

serupa kari ayam, tapi pekat ya...sedap nmpak tambah hujan nii..

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
ayam kandar ni memang sedap..akak pernah cuba juga dulu..dah beberapa kali buat juga..cicah dgn roti jala pun sedap..tapi akak buat cair2 sikit...

Oh tahun ni anak lina ambil UPSR ya..kesiankan lina...soalan bocor kena sit again..semuga Nisa berjayalah ya..insyaallah...:)

EmbunRosaliza said... Balas

Sedap lauk kandar ni, tak kira ayam atau pun dagingkan, lama tak buat

Bbwana adienia said... Balas

Bila datang ke dapur Kak lina ni, wana selalu telan liur..tengok macam2 menu lazat yang disajikan..akan raya ni wana datang braya boleh???hee...^_^

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Salam Lina...nampak sedapnya klu dpt cicah dgn lemang ni lggg sedap!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

akak pun dah lama tak masak resepi kandar-kandar ni.. sedap nampaknya tu...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...