Tuesday, October 28, 2014

Resepi Ayam Panggang Ketumbar

Assalamualaikum...
Resepi ayam lagi?Hahaa jangan seperais..TMK ni mmg boleh kata tiap2 ada menu ayam...almaklumler anak2 suka sangat makan hayam...macam xreti2 nak makan lauk lain..adeh pening mak huhuuu...
Okeylah sebenarnya ni resepi ulangan pernah buat macam2 versi jugak.Kali ni saya buat versi asal tp kali kali ni punya gambar kureng sket sbb Penang skrg selalu hujan kadang2 mai sekali pakej kilat,petir dan angin ribut2 manja punya huhuu...Moh ler tengok gmbar..kalau yg dolu punya tengok SINI
 Ni dinner malam tadi..kang ada yg kata..mak aih awainya LiNa Pg masak kikiii..snap memalam buta ngan hujan lagi..gambar pun ntah pape..saya pun malas nk tunggang tonggek snap..nnt sejuk lak hayam..jadi redho sajalah ngan gambar ni kikiiii...xpo lah janji sedap kat tekak kami..tekak org lain saya xtau la hihiii

RESEPI AYAM PANGGANG KETUMBAR
By: LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)
Sumber : Wana
Bahan-Bahan:                        
  • 1/2 ekor ayam (LiNa Pg guna 2 keping whole legs)
  • 1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
  • 1 inci halia
  • 6-8 ulas bawang putih (LiNa Pg gn 4 ulas jer)
  • 3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan gula (LiNa Pg gn madu)
  • 1/2 sudu makan garam (Secukup rasa
  • 2 – 3 sudu makan jus limau/cuka (LiNa Pg gn sebelah hirisan lemon sj)
  • sedikit perasa (jika suka )

Cara Penyediaan
  1.  Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
  2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.
  3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
  4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
  5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya
  6. Perapkan sebentar (LiNa Pg perap semalaman lagi bestt) barulah dibakar…. selama lebih kurang  50 minit – 1 jam…
  7. Balik2kan ayam agar rata masaknya…sambil dilumurkan rempah/minyak ayam pada ayam tadi….
  8. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
  9. Jika suka hidangkan dengan sos cili bersama daun ketumbar bersama ulam2an dan nasi panas.Ratah pun sodapppp
Note: LiNa Pg bkr menggunakan pemanggang ajaib jer..

husband suka makan salad tu sbb tu letak banyak2...saya suka makan tomato..kalau tomato ceri lagi sedap..Ayam ni kami ratah jer malam tadi...saya gorengkan ayam ala2 KFC untuk anak2..kenyang makan ayam jer la malam tadi hihi

5 comments:

Bbwana adienia said... Balas

Menggodanya tengok ayam panggang pagi2 ni..ada lagi Kak Lina?nak sketttt..hihi

Amie said... Balas

Aduuussss... ado ayam panggang ketumbar lak kat sini... patutlah harom aromanya sampai ke tingkap dapur ku huhuuuu... sodapnya!

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Salam Lina..sama la kat umah kak atie..klu anak2 blk bercuti..hari2 mkn/masak ayam.
Tu sbb klu dok berdua dgn HB kat umah...jarang beli ayam :D

EmbunRosaliza said... Balas

ASsalam sedapnya ayam panggang ketumbar ni, anak2 wajub la suka hayam gak

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
dah berapa hari tak menjenguk dapur Lina ni..ada ayam panggang rupanya..
nampak sedap sangat ni lina..
biasalah anak2 memnag ayam ajelah lauk mereka..samapi kadang2 tengok ayam pun naik mual..heheh

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...