Wednesday, May 4, 2016

Nasi Minyak Jus Epal Dan Seleri Resepi Mudah

Assalamualaikum...
Saya ni seorang yg suka mencuba, kalau saya free atau xde tempahan kek atau nasi, saya suka cuba sesuatu tang baru.Kalau sebelum ni saya buat Nasi Minyak Jus Oren, kali ni kita cuba buat nasi epal plak..Biasanya org buat jus epal seleri kan?Tapi saya buat Nasi Minyak Jus Epal Seleri..mmg gandingan mantap..seleri memang terkenal dgn khasiatnya...bila buat nasi camni mmg sedap..semerbak aromanya..Rasanya pun sedap..lite dan xmuakk..Boleh dikatakan percubaan yang berjaya gitew hehee..
Nasi Minyak Mudah
simple saja...tp buleh makan bertambah2.Nak makan ngn lauk apa itu terpulang pada selera masing-masing.Kalau nk buat juadah raya pun sesuai sangat ni...

NASI MINYAK JUS EPAL SELERI
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
RESEPI NASI JUS EPAL DAN SELERI
Bahan-Bahan

  • 3 cawan beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~30min) 
  • 1 biji (atau lebih) epal hijau LiNa Pg gn granny smith (kisar)
  • 1 batang seleri (kisar)
  • 3 cawan air  
  • ½ cawan susu cair
  • 1 Bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 biji pelaga
  • 1 kulit kayu manis 
  • ½ labu bawang besar (mayang halus) 
  • 1 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 kiub ayam  
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • Daun pudina, kismis dan gajus 
  • minyak masak/mentega (untuk menumis)
  • Beberapa titis warna hijau epal
  • ½ batang seleri (hiris)
  • 1 biji epal (hiris) untuk hiasan


CARA PENYEDIAAN: 

  1. Kisar buah epal dan seleri bersama 3 cawan air.Tapiskan
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau dan bawang sedikit layu.
  3. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga tumis sekejap lagi.
  4. Masukkan jus epal dan seleri, kiub ayam dan daun pandan.Biarkan air mendidih.
  5. Kemudian masukkan beras dan susu cair.Biarkan hingga nasi kering (sambal dikacau sekali sekala supaya tidak berkerak di dasar periuk)
  6. Bila nasi kering kecilkan api, buat lubang2 kecil dan titiskan pewarna hijau.Taburkan gajus dan hirisan seleri)Tutup periuk dan tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa) 
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu supaya elok berderai dan tidak patah 
  8. Apabila menghidang, taburkan gajus dan hirisan epal sebagai hiasan

4 comments:

maz said... Balas

Assalamualaikum fren...sibuk mengukus kek ke tu
ni menu yg baru ni ke fren..
memang berkhsiat tu, dh la guna beras basmathi..ada celery dan epal hijau plak..

Acik Erna said... Balas

boleh cuba ni lina..cantik rupa nasinya

Amie said... Balas

Tabik spring kat Lina... di samping sibuk dengan bisnes kek, sempat masak macam2 juadah yang sedap2!

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
samalah macam akak..suka cuba menu baru kalau ada waktu ..
cubalah kalau tak ada time..lauk repeat ajelah ..hehehe
nasi tu nampak sedap..cantik & menyelerakan..:)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...