Thursday, May 26, 2016

Rendang Hitam Sedap Resepi Mudah Tanpa Santan

Assalamualaikum...
Rendang Daging ada macam2 versi rupanya.Kebiasaannya menggunakan santan yg banyak.Kali ni saya mencuba Rendang Hitam Daging yang tidak menggunakan santan.Rasanya Ala-ala Daging Masak Hitam jugak tp tidak menggunakan rempah kari daging dan jugak rempah kurma.So, resepi Rendang Hitam Daging ni lebih ringkas dan lebih mudah disediakan dan yang paling penting sedapppppp.Rendang daging ini mesra kanak2 sebab tidak terlalu pedas dan ada manis2 siket dari kicap manis tu..so,sangat sesuai kalau ada anak2 yg masih kecil.Rendang Daging Hitam Manis ni saya makan bersama Nasi Limau Purut, mmg gandingan mantap.Kalau rajin buleh jugak buat Pulut Kuning atau ketupat..wah feeling raya sudaaaaaa kikiiii...Jom la semak resepi
Daging Masak Hitam

RENDANG HITAM DAGING 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber: Mamasya dan kak MadihaA

Bahan2 
  • 500g daging 
  • 20 tangkai cili kering (dikisar) - LiNa gn 3sudu besar cili giling 
  • 4 cm halia 
  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 batang serai di titik 
  • 4 sudu besar kicap pekat (atau secukupnya untuk menghitamkan rendang)
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • 1 tsb cuka 
  • 2 s/b kerisik (LiNa Pg gn 40g)
  • sedikit garam dan gula
  • daun pandan untuk wangi (jika suka)LiNa Pg gn daun limau purut

Bahan Penumis: 
  • 4 ulas bawang kecil di hiris 
  • 1 kulit kayu manis 
  • 3 tangkai bunga lawang (LiNa Pg gn sebiji jer)
  • 3 biji buah pelaga (LiNa Pg gn sebiji)

Cara Penyediaannya 
  1. Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. 
  2. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. 
  3. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai. 
  4. Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. 
  5. Masukkan kerisik, daun limau purut, cuka, gula dan garam mengikut selera. Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan. 

7 comments:

Acik Erna said... Balas

Lina sebut pulut kuning ni kan sajalah nak buat acik terliur ni.acik.biasa mkn ngan sambal je..kalau kena ngan rendang lagi la sedap kan lina

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Pulut kuning ngn sambal blis pun sedap..Tp kalau pekena ngn rendang lagi sedap bertingket kan acik heheee

cik ain | sweet thots said... Balas

haha .. belum puasa dah nak raya ye Lina. xsama eh rendang hitam ni dgn rendang tok, perak?

LiNa_Pg said... Balas

@cik ain | sweet thots
Amek mood...testing dulu sebelum posa..kang raua buleh buat mkn2 kikii..

Menurut gugel, rendang perak ada guna rempah ratus (serba sedikit) dan jugak santan.
Rendang Hitam ni xguna santan dan xde rempah..rempah penumis jer guna tu sebiji dua ajer

Sue Bee said... Balas

Rendang hitam tanpa santan memang sedap. SB penah gak buat tapi kali ni nak try tambah daun limau purut dan daun pandan pulak ikut mcm PG buat ni

LiNa_Pg said... Balas

SB sy x masukkan daun pandan..hanya gn limau purut jer

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...