Sunday, May 28, 2017

Agar Agar Kristal Yeo's Teh Krisantimum

****STICKY POST SILA SKROL KE BAWAH UTK N3 TERBARU***
Assalamualaikum…
Selamat menjalani ibadah puasa buat rakan rakan blogger dan pengunjung blog TMK yang beragama Islam.Hari ini merupakan hari kedua kita berpuasa.Ramadan merupakan bulan yang penuh Rahmat dan Berkat.Mesti ramai yang eksaited nak sediakan juadah2 menarik untuk santapan keluarga kan?Bagi yang selalu sibuk atau tak ada masa nak siapkan juadah pemanis mulut untuk keluarga, apa kata u olls cuba resepi yang saya nak kongsikan ni.
Hidangan yang cukup ringkas , sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tak cukup masa.Walaupun hidangan ringkas, tapi sangat menarik dan mampu memikat selera anak2 kecil yang baru belajar puasa.Resepi hari ni ialah Agar Agar Kristal Yeo’s Teh Krisantimum .Bahan utamanya ialah Teh Bunga Yeo’s yang menjadi pilihan semulajadi kami yang diyakini Halal.U olls tau tak Teh Krisantimum keluaran Yeo’s ni bukan sahaja enak tapi juga bertindak sebagai penyejuk badan secara semulajadi (Act as natural coolant-with cooling effect) less sugar pulak tu.Sangat bagus untuk kesihatan.

Resepi ni sangat mudah, boleh minta anak2 turut serta kat dapur, si kecil mesti teruja bila dapat membantu mama dia di dapur.Tambah pula bila menggunakan acuan yang comel tu minta si kecil tolong aturkan, dan masukkan sumi ke dalam acuan.Bulan Ramadan penuh berkat dan rahmatNya sambil memasak pun boleh rapatkan hubungan dengan anak2.Bestkan dapat luangkan masa bersama.Itulah keberkatan Ramadan yang mulia ini.Okey tanpa membuang masa, jom..kita semak resepi
Resepi Puding Paling Mudah, Agar Agar Senang
Anak2 mesti teruja nak makan Agar Agar Kristal Yeo’s The Krisantimum ni. Goyang2 gitew heheee..teksturnya lembut dan sesuai utk dijamah semasa perut kosong. Cepat untuk proses penghadaman

RESEPI AGAR AGAR KRISTAL YEO’S TEH KRISANTIMUM 
Bahan-Bahan
  • 1 liter air Yeo’s Teh Krisantimum (LiNa Pg gn 4 kotak 250ml)
  • Agar agar serbuk 10g
  • 2 helai daun pandan (kerat)
  • Sumi secukupnya
  • 3 sudu besar gula jika suka lebih manis (LiNa Pg tak letak gula)
Cara-Cara
  1.  Satukan agar agar, air Yeo’s Teh Krisantimum, daun pandan (dan gula) ke dalam periuk.
  2. Masak hingga agar-agar hancur dan mendidih.Tutup api.
  3. Sementara itu, potong sumi (ikut citarasa) dan masukkan ke dalam loyang/acuan.
  4. Tuangkan agar agar tadi.Biarkan sejuk sebentar.
  5. Simpan dalam peti ais, biar agar agar beku/mengeras.
  6. Keluarkan dari loyang/acuan.Sedia dihidang


 Ini sahaja bahan yang digunakan.Heronya ialah Minuman Yeo's Teh Krisantimum



Boleh refer pada gambar.Mudah saja kan?Menarik pulak tu.
Yang ini xletak sumi versi Agar Agar Yeo’s Teh Krisantimum Crystal Clear 
“Yeo’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama.Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi kebaikan minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!Berkat Dirasa Bersama
 
Info lanjut
www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...