Agar Agar Santan Pandan Dan Tips Supaya Berlapis

By LiNa_Pg - Tuesday, November 20, 2018

Assalamualaikum....
Pasti ramai yang suka makan Agar Agar Santan.Tak kira sama ada Agar Agar Santan Gula Melaka atau pun Agar Agar Santan Pandan.Kalau buat yang versi santan ni memang wangi satu rumah.Kebiasaan kat rumah saya ni kalau Agar Agar Gula Melaka tu memang anak2 suka sangat sebab saya sangat jarang buat yang pandan ni.Pernah buat sekali dulu tapi lapisan santan terlalu tebal.Kali ini saya cuba lagi dan menjadi dengan jayanya.Jom saya share tips supaya Agar Agar Santan menjadi berlapis hampir sama banyak.Petuanya lebih kurang sama seperti Agar Agar Gula Melaka iaitu:

  1. Santan dan telur hanya perlu dipukul sedikit sahaja.TAK PERLU BLEND atau KISAR.Pukul dengan garfu atau hand whisk sahaja.Kemudian masukkan ke dalam adunan agar2.
  2. Setelah mendidih...api mesti BESAR dan biarkan menggelegak selama beberapa minit..(menggelegak dan membuak buak) Untuk Agar Agar Santan Pandan yang ada telur, tektur harus berbintil atau kelihatan sedikit berkeladak.Boleh refer ke youtube.Bila dah jadi macam ni InsyaaAllah agar2 korang akan berlapis dengan cantik.
  3. Tips tambahan supaya agar2 senang untuk dikeluarkan dari loyang ialah Basahkan loyang/acuan kemudian tuang agar2.InsyaaAllah tak melekat dan senang keluar.Ekceli tips ni saya ada tunjuk dalam youtube Agar Agar Santan Gula Melaka.
Untuk Resepi Agar Agar Santan Pandan ni saya hanya guna pewarna hijau epal sahaja sebab tidak cukup daun pandan untuk kisar.Kalau nak lagi sedap boleh kisar 5 helai daun pandan.Walaupun saya hanya masukkan daun pandan siat dalam agar2, tapi dah cukup wangi dan sedap dah..
Okey jom kita semak resepi.Atau boleh tengok di youtube juga
Kalau buat untuk buka puasa ni memang makan tak hengat.Tambah lak makan sejuk2.Terasa nyaman anak tekak.Cantik kan nampak hampir sama bahagian santan dan agar agar tu.Rasanya manis2 yang sedang sahaja sebab gula tu saya dah adjust mengikut kesesuaian selera kami.Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman haaaa gitew kikiii

AGAR AGAR SANTAN PANDAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan
  • 10g agar-agar serbuk
  • 800ml air
  • 200ml santan pekat 
  • 3/4 cawan gula (~180g)
  • sedikit pewarna hijau epal
  • 1 biji telur gred A
  • 1 ketul gula batu (boleh skip jika x ada)
  • sedikit garam
  • 3 helai daun pandan simpul
Cara-Cara
  1. Satukan air, agar-agar serbuk, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan gula batu ke dalam periuk.Masak hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu satukan santan pekat dan telur ke dalam bekas dan pukul sedikit (sekadar bercampur rata sahaja)Ketepikan sebentar.
  3. Apabila mendidih,masukkan campuran santan dan telur ke dalam agar agar.Sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  4. Setelah mendidih, buka API BESAR dan biarkan mendidih dengan kuat sambil dikacau supaya tidak melimpah keluar.Biarkan selama 1-2 min.Setelah kelihatan berbintil atau nampak berkelodak.Tutup api.
  5. Tuang ke dalam bekas/loyang.Biarkan sejuk sebentar kemudian simpan dalam peti ais supaya Agar Agar mengeras.
  6. Potong mengikut kreativiti dan agar agar santan pandan sedia dihidang.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Mantap ,terima kasih sangat bermanfaat ..

    ReplyDelete
  2. Hi Lina. PH siap bookmark blog post dan youtube. Nak cuba buat ni. Nak tanya, agar-agar tu tak melekat pada loyang ke? Atau kena sapu minyak? Sori kalau tanya soalan bodoh hee..hee....

    ReplyDelete