Thursday, August 22, 2019

Resepi Sambal Tahun Paling Sedap Wajib Cuba Baru Tahu Kelazatan Sebenar

Assalamualaikum...
Sinambungan dari kisah Kulit Lembu atau Belulang.Ini sebenarnya entry potong Q ada banyak lagi n3 lain dalam list tapi post yang ni dulu, kot2 korang ada belulang nak dimasak.
Kalau korang nak tahu cara bersihka belulang atau Kulit lembu boleh klik sini
Resepi yang saya nak kongsikan hari ini ialah Sambal Tahun Kulit Lembu.Salah satu masakan Jawa yang sangat terkenal pada musim perayaan.Saya kurang pasti sama ada Jawa atau Banjar.Resepi ni saya masak pada masa cuti sekolah lagi.Siap buat video lagi.Tapi tulah nak edit pun bercinta.Biasalah kalau time cuti, payah benar nak dapat turn guna laptop.Padahal laptop sendiri tu hahaa.Saya tertanya tanya juga kenapa resepi ni dinamakan Sambal Tahun?Kalau gugel ada jugak ditulis Taun (cam seram pulak dengar perkataan ni hahaa) so, saya gugel untuk mencari jawapan.Terjumpa kat satu page.Menurut sejarah, Sambal Tahun ni diberi gelaran kerana Sambal/masakan ini bertahan lama kerana ianya dimasak agak lama (seperti kaedah masak rendang) Jadi sambal ini tahan lama..Selalunya tempoh masa lama akan disebut TAHUN.Satu lagi menurut sejarah, Sambal Tahun ini hanya dimasak SETAHUN SEKALI, iaitu pada musim perayaan atau keraian.Kalua raya tu Hari Raya Kurban atau musim kenduri.Ya la time kenduri baru ada tumbang lembu atau kerbau kan?Jadi masa inilah kulit lembu dimasak dan dikendurikan.Makanan rare mestilah ditunggu-tunggu oleh penggemarnya.
Bagi yang tidak makan kulit lembu, tetapi teringin nak makan Sambal Tahun, korang boleh gantikan dengan Sotong, Udang dan Kerang.Kerang ni agak femes jugaklah dikalangan peminat Sambal Tahun.Atau boleh juga guna kaki ayam, perut lembu atau apa2 sahaja yang tidak mudah hancur bila dimasak dalam tempoh masa yang lama.Kalau tak ada semua ni pun still boleh masak, hanya guna ikan bilis yang ditumbuk kasar.Ini paling abes la tak ada bahan...Punnnn sedap ok.
Sedap ke Sambal Tahun?Gile tak sedap...Dah la susah nak dapat.Kalau tak sedap, orang tak ulang buat punyalah.Sambal Tahun ni kalau diperangatkan lagi lama lagi sedap.Tapi awas..bila dipanaskan cilinya akan makin pedas.Tapi yang pedas itulah buatkan Sambal Tahun makin 'kick'Untuk resepi ni saya cuma buat sekali makan sahaja, memang tak sempat nak perangat2 dah..Hidang jer terus lesap dari mangkuk.Dengan kuah pun selesai hubby hirup.Sambal baru masak, manalah pedas sangat melainkan kalu picit2 cili padi tu.
Panjang betul intro hari ni.Okey jom kita semak Resepi Sambal Tahun Kulit Lembu atau Jangek ni
Sambal Tahun ini saya masak hingga mendidih sahaja dan terus tutup api.Kalau masak dengan kuantiti banyak, reneh sampai pecah minyak (macam masak rendang ok)Saya malas nak reneh sebab sekali makan jer.Lagipun kulit lembu dah empuk sebab direbus 2jam sebelum dimasak
Percayalah sekali cuba mesti jatuh cinta.Sedikit kenyal tapi mudah dikunyah dan tekturnya sangat sedap.Blend in dengan kuah lemak2 dan pedas.Perggg..enak tak terkata.

SAMBAL TAHUN KULIT LEMBU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 260g kulit lembu (siap diproses dan direbus)
  • 5 inci lengkuas muda (mayang halus)
  • 5 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 30 biji cili padi 
  • Air secukupnya
Bahan B (Tumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)
  • 1 sb belacan bakar
  • Cili padi (jika suka lebih pedas)
  • Sedikit ikan bilis (LiNa Pg tak letak, cuma gantikan kiub ikan bilis)
  • Sikit garam
Note:
Tips supaya bahan yang ditumbuk tidak terpelanting, letakkan sedikit garam dan masukkan bahan2 yang ditumbuk.InsyaaAllah bahan2 tersebut tidak terpelanting.Refer ke video tutorial di youtube

Bahan C

  • 400ml santan pekat
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 2 Asam keping 
  • 2 asam keping
  • Garam 

Cara-Cara
  1. Satukan bahan A dan bahan B ke dalam periuk, kemudian tambah air hingga sama paras dengan bahan dalam periuk.
  2. Masak api kecil hingga lengkuas lembut dan cili masak (untuk mengelakkan sakit perut)
  3. Setelah itu masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya.Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala.
  4. Masukkan kiub ikan bilis (kalau dah tumbuk ikan bilis, tidak perlu masukkan kiub ikan bilis)
  5. Reneh hingga kuah pekat sambil kacau sekali sekala.Untuk kali ini LiNa Pg hanya tunggu mendidih sahaja dan terus tutup api kerana kulit lembu sedikit sahaja.Sekadar untuk sekali makan.Jika memasak dalam kawah, reneh lama hingga pecah minyak supaya Sambal Tahun tahan lebih lama.
  6. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila klik paparan di bawah
Atau boleh klik link berikut untuk paparan lebih jelas
Jangan Lupa Subscribe, Like, Comment Dan Share

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...