resepi kuih sagupal atau kuih asam gumpal kelantan

By LiNa_Pg - Wednesday, April 06, 2022

 Assalamualaikum...

Pernah makan kuih sagupal tak?sebenarnya kuih sagupal dan asam gumpal ni sedikittttt berbeza.Kalau di Kelantan kuih sagupal iaitu SAgu yang digumPAL atau dikePAL.Maka jadilah kuih SAGUPAL hehe.Kebiasaannya kuih sagupal di Kelantan tidak ada inti.Kalau yang ada inti mungkin kampung/daerah yang bersempadan dengan Terengganu.Di Terengganu pulak kuih seakan sama kira sepapat dialah ni nama kuih asam gumpal..yang ni saya kurang pasti kenapa ada perkataan ASAM di depan tu padahal kuih tak masam pun.Untuk kuih asam gumpal inti yang selalu digunakan ialah inti kacang hijau dan juga inti kacang merah.Hari ini saya buat kedua-dua versi kuih iaitu sagupal dan kuih asam gumpal inti kacang hijau.

Sedikit perkongsian..ini berdasarkan pengalaman masa kecil, kuih sagupal kelantan yang dibuat oleh arwah bonda saya tidak letak hirisan halia dan bawang, cuma diletakkan sedikit halba.Kalau yang ada bawang dan halia tu kuih Terengganu.Kalau ada yang masukkan bawang dan halia di kelantan mungkin berbeza kawasan.Kalau resepi bonda saya sangat simple dan sagu yang siap dikepal pun tidak dikukus. rebus terus dalam santan jer.Tapi saya buat sedikit olahan saya rebus dalam air, bila sagu hampir masak, baru masukkan santan.Jadi kuah cantik dan tak pecah minyak.Sagu pun tidak terlalu lembek..masak elok jer.

Panjang betul menaip hari ni, okeylah dan bercerita panjang lebar tentang kuih tradisional ni jom kita semak resepi.Untuk lebih mudah faham boleh tonton video tutorial di youtube malina lina pg ya

kuih sagupal, kuih asam gumpal, resepi sagupal kelantan, resepi asam gumpal, cara masak asam gumpal terengganu, kuih saggupa, kuih tradisional kelantan, kuih warisan zaman,kuih tradisional malina lina pg,
yang ada inti tu asam gumpal dan yang kosong tu sagupal
kuih sagupal, kuih asam gumpal, resepi sagupal kelantan, resepi asam gumpal, cara masak asam gumpal terengganu, kuih saggupa, kuih tradisional kelantan, kuih warisan zaman,kuih tradisional malina lina pg,
saya buat kedua-dua jenis sebab suami tak makan kacang.

Resepi kuih sagupal dan kuih asam gumpal
by resepi bonda malina lina pg http://linapg.blogspot.com
bahan A (inti)
1/2 cawan kacang hijau
1 helai daun pandan
3 cawan air
1/2 keping gula nisan
1 sb gula pasir

cara-cara
  1. Kacang hijau dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk.Masukkan daun pandan dan rebus hingga kacang empuk.
  2. Setelah kacang empuk, masukkan gula nisan, gula pasir, garam dan kacau hingga inti kering.Sejukkan.
  3. Setelah inti sejuk, bulatkan inti sebesar guli (linapg guna sukatan 1 sudu kecil sudu metrik supaya dapat saiz yang seragam).
  4. Ketepikan sebentar inti yang telah digentel/dibuat bentuk bulat.
Bahan B (Sagu)
1 cawan sagu
1/2 cawan air panas
3 cawan air 
1 cawan santan
4-5sb gula (mengikut selera)
2 helai daun pandan
1 sk halba
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Sagu dicuci dengan cara lalukan ke aliran air paip, atau siram dengan air sahaja.Kemudian toskan.
  2. Masukkan sagu ke dalam mangkuk dan siram dengan air panas.Gaul rata dan biarkan sebentar.
  3. Ambil sedikit sagu yang telah kembang tadi (linapg guna sukatan 1 sudu besar metrik) leperkan sagu dan masukkan inti kacang kemudian gentel/kepal sagu menjadi bentuk bulat.Ulang hingga inti habis.
  4. Untuk sagu kosong pula, linapg guna sukatan 1/2 sudu besar metrik.Ambil sagu dan kepalkan sedikit supaya tak terburai semasa proses merebus.
  5. Sediakan periuk, didihkan air bersama daun pandan, kemudian masukkan bebola sagu tadi, masukkan yang ada inti terlebih dahulu kemudian masukkan yang kosong.Rebus selama 2-3 min sahaja (api besar).
  6. Apabila sagu hampir masak (masih ada putih-putih lagi),masukkan santan, gula, halba dan garam.
  7. Teruskan kacau supaya kuah tidak berketul.Apabila kuah mendidih dan sagu timbul/ sagu jernih keseluruhan (maknanya sagu masak dengan sempurna).Tutup api.
  8. Kuih asam gumpal dan kuih sagupal dah siap.Untuk video tutorial.Sila klik paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments