Lemon Chicken Chinese Style (Ayam Lemon Mudah Dan Sedap)
Assalamualaikum....
Resepi Chinese Style lagik kikiii...seronok sebenarnya mencuba resepi cina ni..sebab senang ya amat..sap sap soi dan siap dan boleh makan.Paling penting rasanya memang mantap sesuai dengan selera kami sekeluarga.Kebiasaannya masakan cina ni kurang pedas atau memang tak pedas langsung sesuai la sangat kalau yg ada anak kecik cerewet tahap gaban hahaaa.Kali ni saya mencuba resepi ke- dari Chef HassanHen banyak lagi coming up next..slow2 kayuh.Ayam Lemon ni banyak kali jugak lalu lalang kat wall fb bila tgk resepi alahai senangnya..bahan yang takde kat rumah masa tu ialah lemin jer.Bila dah lemon terus ON jer Chicken Lemon ni..sedap baq ang...sat ja dah boleh makan.Ekceli ni resepi selingan sekadar alas perut sementara tunggu Golden Crispy Chicken dok bersauna..anak2 dah kelaparan,so mama buat Ayam Lemon ni laju2.Jadinya Chicken Lemon ni kami makan bersama Nasi Ayam complete set...sup,sambal dan kicap (untuk nasi goreng bakar tu) posting kelmarin ya..sila refer ke sinun..
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Resepi Asal Chef HassanHen CnP K1
Bahan A (Ayam)
2 ketul paha ayam (LiNa Pg gn dada ayam)potong kecil
1/2 sudu kecil serbuk lada putih (LiNa Pg gn Ajishio)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil halia kisar (LiNa Pg gn 1cm halia tumbuk halus)
3 sudu besar tepung jagung
4-5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
Sedikit serbuk kunyit (LiNa Pg tambah-rcp xde)
1 biji telur (gred B)
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Gaul isi ayam bersama serbuk lada putih, garam dan halia kisar.
Perap di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Satukan tepung jagung, tepung gandum,baking soda dan serbuk kunyit di dalam mangkuk.
Keluarkan ayam dan gaul bersama telur hingga rata.
Celup ke dalam campuran tepung dan salut hingga rata.Pastikan keseluruhan ayam bersalut dengan tepung.
Panaskan minyak dan goreng hingga timbul.
Jangan goreng terlalu lama, nanti isi ayam menjadi keras.
Angkat dan toskan.
Bahan B (Sos Lemon)
1 sudu besar mentega
1 cawan air
1/4 cawan jus lemon
1 titis lemon paste (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air
Cara-cara :
Panaskan kuali, cairkan mentega dan masukkan air.
Tambah jus lemon, lemon paste gula dan parutan kulit lemon (tinggal sedikit kulit lemon untuk tabur semasa menghidang)
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Sesuaikan kepekatannya.
Masukkan isi ayam dan gaul rata.
Tabur sedikit parutan kulit lemon sebagai hiasan.
Sedia dihidang.Selamat mencuba
0 comments