Assalamualaikum...
Kembali bersiaran selepas beberapa hari hibernate.Hari ni saya nak kongsikan resepi ringkas sahaja dan resepi ulang siar.Tadak modal nak share resepi apa sebenarnya.Sandwich Egg Mayo ni saya pernah share beberapa ketika dulu.Tak ingat dah bila.Kali ni terajin siket sebab nak buat video dan upload di youtube sinun.Almaklumlah tengah nak naikkan baby baru LiNa Pg tuuu (Youtube Channel tu la..jangan salah sangka lak)Biasa resepi saya akan upload kat sana dulu ya..lps tu update yang bertulisan kat sini.Sebab takut resepi tak seiring plak.Bukan apa kadang main campak jer bahan tu yang mana terjun dulu pun tak ingat haaaa...tepukkkkk (viral ayat ni lately kih3)
Sandwich Telur Mayonis sangat senang tapi sedap, berkhasiat dan mengenyangkan.Anak2 saya memang suka.Nampak anak tu (2jer) sebab anak yang seketul lagi tu tak layan...hadessss bertabahlah mama ada anak yang cerewet tahap gaban ni...
Okey jom kita semak resepi.
- Telur rebus dilecek kasar.Supaya bila makan masih terasa ketulan telur tu
- Kemudian masukkan mayonis.Gaul rata.
- Masukkan lada sulah/ajishio secukupnya.Tak perlu garam kerana ajishio dan ada rasa masin.Inti sandwich dah siap.Ketepikan terlebih dahulu.
- Ambil roti putih dan sapu rata dengan mentega.
- Kemudian letakkan inti sandwich, kemudian letakkan timun,salad dan tomato.
- Ambil sekeping lagi roti, telangkupkan bahagian atas.
- Potong roti mengikut kreativiti.Sedia dihidang.
3 comments
Simple dan sedap
ReplyDeleteMmg mengenyangkn sandwich
ReplyDeleteGuna mayonis jenama apa ye yang sedap?
ReplyDelete