Bihun Sup Utara

By LiNa_Pg - Saturday, July 07, 2018

Assalamualaikum...
Nampak betapa bz LiNa Pg sampai tak sempat nak update time weekdays huhu..Bila week end pepagi camni ada kelapangan siket.ni pun sebab dok tunggu kastemer mai pick up brownies..so kita ambil kesempatan buka blog dulu hehee...
Hari ni saya nak kongsikan cara cara untuk membuat bihun sup Utara.Kalau ada yang masih mencari idea untuk juadah rumah terbuka, boleh jugaj dihidangkan Bihun Sup Utara sebagai salah satu menu utama.Bahagian sup tu ikut suka la u olls nak buat cara mana dan guna ayam atau daging.Tapi LiNa Pg guna tulang rusuk+tulang belakang dan sedikit daging.Sup pun simple jer tak de letak serai atau lada hitam bagai.Plain sup tapi sedap di tekak kami.Ekceli Sup Tulang ni kami jadikan lauk terlebih dahulu untuk dinner dan esoknya ada kuah dan masih ada beberapa ketul tulang, maka terjadilah Bihun Sup Tulang hehee.Jimat masa dan tenaga gitu.
Bihun Sup Utara ni tak lengkap kalau tak ada Sambal Merah.Resepi Sambal Merah tu saya belajar dari kakak ipar saya orang Langkawi.Katanya ada versi tumis dan ada juga versi lebur jer.Tapi saya gunakan versi yang tumis guna minyak sikettttt jer katanya.
Kalau letak nama Bihun Sup Utara, u olls jangan pulak hidangkan bersama sambal kicap ya...durhaka namanya tu..tu dah di'claim' sebagai bihun sup menjurus kepada soto dah tu hehee.Ada setengah tempat Bihun Sup Utara dihidangkan bersama tauhu goreng..ini hanyalah pelengkap supaya dalam mangkuk Bihun tu nampak 'MERIAH' sebab nak bagi nampak banyakkkkk dalam mangkuk.Disebabkan Sup Tulang saya ni 2kg++ dan makan cuma 5 beranak..so tak perlulah pelakon extra tauhu tu sebab anak2 saya tak makan..Makan ajerlah tulang+daging tu kan...
Satu lagi yang dikira wajib untuk dihidangkan ialah Lobak Masin.Sedikit tips untuk mengurangkan kemasinan Lobak Masin tu, rendam sekejap lebih kurang selama 30min sebelum dicincang dan dihidangkan.InsyaaAllah masinnya akan menjadi sesedap rasa.iaitu tak terlalu masin.
Untuk Bihun pula saya cuma rendam dalam air sejuk dan dicampur sedikit kunyit/pewarna kuning.tapi saya guna serbuk saffron...tu yang lawa siket warna kuningnya heheee.Alaaa..kalau nak cepat korang celur jer dalam air panas.Rebus air hingga mendidih, tutup api kemudian masukkan bihun.Biar selama 3min..pastikan bihun tidak terlalu lembut ya..sebab nanti kita makan dengan sup panas..bihun tu nanti hancur/benyai..tak sedap.
Okey itu serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan.Untuk video masakan boleh refer di YOUTUBE LiNa Pg sebenarnya dah beberapa hari upload kat sana, cuma tak sempat nak upload kat blog jer.

 Bihun Sup Utara
Sedap hirup kuah sampai licin..
BIHUN SUP UTARA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan (SUP TULANG)
Boleh refer SINI untuk step by step
  • 2kg tulang+daging
  • 2 paket sup bunjut tulang
  • 5 ulas bawang merah mayang
  • 1 inci halia
  • Garam dan perasa
  • Minyak

Cara-Cara
  1. Tulang dibersihkan, dan masukkan ke dalam periuk yg besar, tutup periuk.Buka api kecik jer..knob dapur gas tu ke bawah.JANGAN LETAK AIR.Apa??takut hangusss...Jangan risau InsyaAllah tak hangus sebab api kecik jer.
  2. Selepas beberapa minit boleh check..tulang tadi akan mengeluarkan air.Air tu akan meresap semula ke dalam daging dan menjadikan Sup Tulang semakin sedap dan manis
  3. Selepas air daging tadi semakin kurang, tambah air secukupnya dan rebus hingga daging masak.Jika nak buka api besar pun boleh.Tapi LiNa Pg guna kaedah mereneh jer..menten guna ap kecil hingga daging betul2 empuk.Lebih sedap dan lembutttt
  4. Masukkan sup bunjut ke dalam periuk.Sementara itu panaskan sedikit minyak untuk menumis rempah kasar (yang ada dalam paket sup bunjut tulang tersebut)Kemudian masukkan rempah kasar ke dalam periuk.
  5. Masukkan garam dan perasa ke dalam periuk.
  6. Selepas itu tumis pula bawang merah hingga garing, masukkan ke dalam kuah sup.
  7. Masukkan halia yang diketuk sedikit.Jika hanya ingin membuat Sup Tulang yang dimakan bersama nasi putih, bolehlah dimasukkan kentang dan karot.Tapi saya masak untuk Bihun Sup, jadi saya tak masukkan kentang dan karot supaya rasanya tidak lari bila menghirup kuah bersama Bihun Sup nanti.
  8. Kemudian renehlah hingga daging betul2 masak.Sesuaikan rasa.Apa bila hampir masak.Bolehlah ditabur daun bawang dan daun sup.
Bahan Sambal Merah
Asal Kak Mein (kak Ipar LiNa Pg)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • Garam
  • Gula merah
  • Perasa
  • Asam jawa 
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili giling bersama serbuk cili.Masukkan sedikit air supaya bahan tumisan tidak cepat hangus.
  2. Tumis hingga pecah minyak.Masukkan garam, gula, perasa dan asam jawa.
  3. Sesuaikan rasa kena ada pedas, masam manis masin sesedap rasa.Masak lama sedikit dengan api kecil supaya sambal merah benar2 masak untuk mengelakkan sakit perut.
  4. Apabilan tumisan naik minyak dan kelihatan meletup2 api.Bolehlah tutup api.
Bahan C
Aksesori
Lobak Masin
Daun Bawang/Daun sup
Tauhu Goreng
Bawang Goreng

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin share sebahagian info ni ya :)

    ReplyDelete