Nasi Goreng Kampung Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, September 05, 2018

Assalamualaikum
Kembali bersiaran, pagi terasa sejukkkk nyaman macam dok CH pulak.Lately memang cuaca sejuk..kaki terasa nak berbungkus setiap masa.Peralihan monsun agaknya.Walaupun apa sekali pun keadaan cuaca, kita jangan merungut..syukur banyak bekalan air kat empangan nanti kan.Kita doakan semoga semuanya memberi manfaat okey...
Okey berbalik kepada n3 kali ni, saya buat minggu lepas lagi ni.Makan berdua dengan kakak Nisa jer sebab untuk lunch.Biasanya kalau hari Jumaat saya masak simple jer..sebab sebelah malamnya akan keluar dinner outing sambil pick up sulung dari hostel.So, untuk alas perut lucnh kami berdua..makan nasi goreng sahaja.Abes dak sarah makan apa?Budak sorang tu kekal dengan nasi white..lauk hayam goreng.Ekceli nasi goreng ni pun ada ayam goreng seketul sorang dengan kakak.Tapi masa snap gambar dan makan abes sepinggan ni terlupa ooii...nak amek ayam tu huhu...sudahnya si Nisa yang makan bahagian mama huhu..Takpelah xde ayam pun ikan bilis, keropok dan teloq mata tu pun dah meriah.Nak hiris timun pun terasa malas kikiiii..walaupun timun dan tomato ada jer dalam peti ais.Kalau dah malas tu xleh kata apa la kan...Untuk resepi Nasi Goreng kampung sangat ringkas sebenarnya.Saya cuma guna perencah Nasi Goreng Kampung Adabi.Terima kasih adabi
Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Sedap
NASI GORENG KAMPUNG
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 cawan nasi
Sedikit ikan bilis (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
2 biji cili padi (tumbuk kasar)
Sedikit kacang panjang/apa2 sayur yang sesuai
1 paket kecil serbuk nasi goreng adabi
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak
1 biji telur
Boleh jugak dimasukkan ayam, udang/apa2 lauk.

Bahan Lain
Telur mata
1/2 cawan ikan bilis (goreng garing)

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang ditumis hingga sedikit garing.Jika suka banyak lauk2 boleh masukkan lauk.LiNa Pg buat ringkas jer xde lauk tambahan sekadar telur dan ikan bilis sahaja.
  2. Masukkan nasi kemudian taburkan serbuk nasi goreng adabi.Kacau rata.
  3. Tolak nasi ketepi sedikit, Pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan sebentar 10saat macam tu supaya telur sedikit masak, kemudian gaulkan bersama nasi.
  4. Masukkan hirisan kacang panjang (atau apa2 sayur yang sesuai karot, kangkong)gaul rata.
  5. Kemudian letak sedikit serbuk lada sulah.Nasi Goreng Kampung dah siap.Tak perlu tambah garam okey..sebab dah cukup masinnya.
  6. Nasi Goreng Kampung enak disajikan bersama Keropok ikan, taburan ikan bilis dan telur mata.LiNa Pg tambah juga ayam goreng (cuma tak termasuk dalam gambar)

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. kalo ada sup kosong ni kompem terangkat kak oi =)
    jang sesegan tengok resepi kat web saye pulak ye https://resepiasia.com

    ReplyDelete