Sotong Bakar Sedap Dan Mudah

By LiNa_Pg - Wednesday, September 26, 2018

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni banyak pulak n3 sotong kan?Musim sotong agaknya kan hahaaa.Selalunya saya ulang siar jer menu Sambal Sotong, memang tak pernah jemu makan lauk macam tu.Paling ringkas buat Sotong Ketuk Serai ala2 singgang tu..yang tu memang layan kalau makan dengan ikan goreng dan ulam2an...kampung style sangat.
Sotong Bakar ni ringkas sangat, bahan pun tak banyak guna.So korang bolehlah cuba.Ekceli ada video youtube jugak.Boleh tgk versi pendek di Instagram saya.Kalau versi youtube pun ada jugak tau..Nanti saya masukkan link.

Sotong Bakar ni saya guna 3 bahan produk Adabi.Ni saja suka suki bereksperimen join kontes.Saja kongsi idea bagi yang buntu tak tahu nak masak apa untuk keluarga.Nak menang tu mmg susah la sebab dah pernah menang sebelum ni kan?Kalau menang 2x tu kira sangat luar biasalah hahaa.Tapi takpe, kalau ada masa free saya join jugaklah.
Sotong Bakar Madu Berempah
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
7 ekor sotong saiz sedang (~300)
1 sudu besar kicap manis (LiNa Pg guna Adabi)
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu teh serbuk kari ayam/ikan Adabi
1/2 sudu teh Asam Jawa Xtra Adabi (boleh juga jus limau nipis)
1/2 sudu teh madu
1 sudu butter/minyak

Cara-Cara
  1. Sotong dibersihkan, kemudian kelar tapi tidak putus (refer video)
  2. Masukkan sotong ke dalam mangkuk besar.
  3. Masuk asam jawa,serbuk kari,kicap manis, sos tiram,bawang putih dan madu.
  4. Kemudian gaul rata.Perap dalam peti ais selama 1/2 jam (lagi lama lagi sedap)
  5. Panaskan grill pan, cairkan butter.Bakar/panggang sotong.Guna api besar dan bakar selama 4-5 min sahaja.Sambil balik-balikkan sotong supaya masak sekata dan tidak hangus.
  6. Jangan panggang/bakar terlalu lama nanti sotong overcook (menjadi liat dan tidak sedap dimakan)
  7. Angkat dan hidangkan.Selamat mencuba 
Youtube Channel Jangan Lupa Subscribe okey
https://www.youtube.com/watch?v=wydvgRuMp1g

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. It seems good, i'll cook at my house thank you for youre recipe cooked. Bacause my favorite food that one is Seafood. Yummy...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Nak cuba resepi ni nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. mohon izin share sebahagian info ni ya :)

    ReplyDelete