Percutian Santai Ke Felda Residence Hot Spring Sungai Klah Sungkai Perak
Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca dan pengunjung blog TMK.Semoga tahun baharu ni memberi sinar baru dan semoga kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik...aminnnn.Bulan September ni banyak betul Public Holiday yang bersambung dengan week end.So,dapatlah en.suami bersantai dengan family tanpa perlu mengambil Annual Leave.Mengambil kesempatan cuti Agong Birthday dan juga Awal Muharam kami sekeluarga bersantai di Felda Residen Hot Spring Sungai Klah.Best tau mandi manda kat sana.Ada kolam air bukit yang sejuk dan ada juga air panas semulajadi...selain itu ada jugak aktiviti ATV,memanah dan macam2 lagi.Yang ATV dan memanah ni tak sempat nak join...kami suami isteri banyak berendam kaki dalam air panas jer..Waterpark tu anak2 jer la yang mandi..Maisarah pulak abang long yang jadi life guard..mula2 mama abah pantau tapi nampak okey jer..so mama buat aktiviti lain sebab pool agak jauh antara satu sama lain.Kalau dok mereput kat tepi kolam...buang karan la pulak.Mggu depan ada lagi cuti Public Holiday yang bersambung..long week end 16hb Sept Hari Malaysia..so, kalau sesiapa yang nak bawa anak2 bermain air..bolehlah bawa ke TRAP ni (Taman Rekreasi Air Panas).Okey jom layan gambar.Nanti saya story kat gambar jer.Memandangkan gambar terlalu banyak saya kena buat lay out jer gambar2 tu takut berat pulak blog TMK ni.
5 comments
Dekat je dgn rmh..tp pernah 2x jer sampai sini.tu pun dh lama.masa tempat ni x da resort
ReplyDeleteSyoknya!
ReplyDeleteCuti-cuti rehatkan minda!
Hai, macam mana ye cara nak booking villa ni?
ReplyDelete@Wati
ReplyDeleteBooking.com / Agoda / Trivago...Gugel banding harga..mana murah booking
Assalamualaikum sis..
ReplyDeleteSis sewa villa kan..nak tnya..peralatan dapur utk memasak ada ke sis?