Mee Goreng Sedap Lagi Sedap Guna Mee Kuning Homemade
Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Isnin, kena buat n3 cepat2 sebab hari ni Maisarah masuk skool awal siket.Mee Goreng ni agak lama dah saya buat..macam mana boleh termiss pulak n3 Mee Kuning Homemade ni..maybe videonya saya terlupa nak edit.Mee Kuning Homemade ni dah ramai yang cuba resepinya saya share secara private sahaja dengan yang beli Pensonic Noodle Maker guna kod saya.Bukan secret tapi sebab resepi Mee Kuning ni saya belum update kat blog so, dorang minta melalui DM kat IG sinun...saya memang save sukatan dalam hp..just copy dan bagi jer..Alhamdulillah ramai juga yang share gambar Mee dorang dengan saya hehee...Seronok kan bila berjaya buat Mee sendiri.Saya sendiri pun dah mencuba pelbagai resepi mi dari yang simple..plain jer (air+tepung)hingga ke pelbagai jenis tepung yang digunakan.Tapi Resepi Mee Kuning Homemade nan satu ni paling saya suka hasilnya..sangat cantik dan licin sedap pulak tu..Mi panjang2 dan tak putus bila digoreng.Ya la kalau goreng kan kita kacau dan kacau..tu yang boleh mengakibatkan putus.Kalau buat sup..senang memang tak kacau dah..rebus terus masuk pinggan.So resepi mi kuning untuk goreng2 ni kena lebih kenyal la supaya tak putus dan nampak cantik.Sorry tau gambar Mee Goreng ni saya snap guna hp jer.Selalunya kalau buat Mi kami makan untuk dinner..So bila buat malam gambo pun kelabu asap jer la..Saya ni snap gambar memang xde lighting bagai...Snap gitulah cincai2
- 500g mee kuning (LiNa Pg guna Mee Kuning Homemade)
- 1/2 labu bawang besar (kisar)
- 3 ulas bawang merah (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- 5 biji cili merah (kisar)boleh ganti 3sb cili giling
- 1 ketul dada ayam (dadu kecil)
- Sedikit daging/apa2 lauk yang disukai
- 3 sudu besar sos tiram*
- 2 sudu besar sos cili*
- 1 sudu besar sos tomato
- 3 sudu kicap manis*
- 1 sudu besar sos ikan*
- 1/2 cawan air*
- Fishball/fishcake
- Sayur sawi (LiNa Pg asingkan bahagian batang dan daun)
- Hirisan cili merah
- Sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan isi ayam dan daging.Tumis sebentar untuk kecutkan isi ayam/daging.
- Masukkan bahagian batang sawi.Satukan bahan bertanda* kacau rata kemudian masukkan ke dalam kuali.
- Kacau rata dan biarkan menggelegak sebentar (ayam,daging masak dan batang sawi lembut)
- Masukkan fishcake/fishball.Kacau rata.Kemudian masukkan mi dan daun sawi.Gaul rata dan sesuaikan rata.
- Tabur hirisan cili merah dan daun bawang (jika suka)Mee Goreng sedia dihidang.Selamat Mencuba
- Resepi ni saya ada buat video.Nanti boleh refer ke youtube LiNa Pg jugak
Springy Noodle+Confirm
1 comments
Seronok bila pandai buat mee kuning homemade..
ReplyDeleteLZ kena cuba buat juga sebab penggemar mee..
Nampak sedap pula mee goreng tu, huhuhu lapar..