Resepi Mee Kuning Homemade (Eggless Noodles) Guna Noodle Maker Pensonic

By LiNa_Pg - Thursday, September 20, 2018

Assalamualaikum....
Sebenarnya dah lama buat Mee Sup ni tapi tak tahu kenapa termiss pulak n3.Mee Sup ni saya guna Perencah segera adabi jer.Senang bancuh air masuk ayam, fish ball ,fishcake dan sawi dah siap Mee Sup.Ekspress sangat.Mee tu pulak saya guna Mesin Mee Pensonic...Masuk tepung,masuk air, tunggu jer mi keluar.Ya Allahnya senangnya hidup heheee....Pendek kata dalam 20min dah siap Mee Sup ni.
Sebenarnya Mi Sup ni saya buat masa ada orang mai repair ekon.Pagi tu kami dah heavy breakfast semua pun dah kenyang.Tengok cam lama sangat dorang repair ekon dari pukul 10-1.30pm cam kesian pulak mesti lapar sebab dah tengahari.So,buat la mi cincai2 ajer.Alhamdulillah licin...memang tinggal mangkuk kosong sungguh la hingga ke titisan yang terakhir.Tak tahulah sedap sangat ke lapar sangat tu hahaaa...So, mee kuning eggless ni saya repeat buat 1 adunan lagi untuk kami anak beranak makan.Mujur ada Pensonic Noodle Maker ni...sap sap soi jer..dapatlah berkongsi rezeki dengan orang lain jugak.

Mee Sup enterprem dulu heheeee.Resepi serba ringkas jer.Segera jer tau hehee
RESEPI MEE SUP SEDAP DAN CEPAT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 450g mee kuning (resepi mee kuning LiNa Pg kat bawah)
  • 1 paket serbuk mee sup adabi (20g)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 cawan stok udang (air rebusan kulit udang)kalau xde guna air biasa jer
  • 2 ketul dada ayam (dadu kecil)
  • Fish ball dan fish cake secukupnya
  • Sotong/udang/apa2 lauk yang digemari
  • 1 ikat sawi
  • 2 kiub ayam
  • Telur 
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk lada sulah (LiNa Pg guna ajishio)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Bancuh serbuk mee sup dengan sedikit air, jadikan pes pekat.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau tak perlu garing sangat.
  3. Masukkan pes mee sup.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan isi ayam.Tumis hingga isi ayam masak.
  4. Masukkan stok udang dan tambah air secukupnya (untuk kuah).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan fish ball, fish cake dan sawi.Sesuaikan rasa.
  6. Pecahkan telur satu persatu dan jangan usik.Biar telur set/masak sendiri 
  7. Masukkan serbuk lada sulah.Tutup api.Boleh masukkan cili padi ketuk jika suka lebih pedas.LiNa Pg hidangkan sup ni bersama SAMBAL JATE (sambal lada) memang dah pedas berdesing.
  8. Simple tapi cukup menyelerakan.Selamat Mencuba


Jika ber minat untuk membeli Pensonic Noodle House ni boleh dapatkan di estore Pensonic

Masukkan kod Lina5PNM 

(untuk claim hadiah freegift sementara stok masih ada)
Harga Promosi RM399 (sehingga hujung bulan ini sahaja)Selepas ni harga asal RM599.So baik beli cepat2

RESEPI MEE KUNING HOMEMADE (EGGLESS NOODLES)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (sukatan cup noodle maker)
  • 2 cup tepung gandum
  • 1 sudu besar rata tepung ubi
  • sedikit minyak+kunyit/pewarna kuning+air = 120ml
Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam chamber.Close lid
  2. Function - Springy Noodle+Confirm.
  3. Rebus mee selama 1-2 min sahaja (pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  4. Titiskan sedikit minyak dalam air rebusan dan letak sedikit garam (macam rebus spageti)
  5. Siap rebus.Rendam mi dalam air sejuk atau alirkan di bawah air paip untuk hentikan cooking proses.Kalau tak buat proses ni mee jadi lembek dan kembang menjelma jadi rupa laksa sudaaa haaaa...So ingat ya.
  6. Dah siap tu bolehlah dimasak mengikut resepi kegemaran.
  7. Jika ingin menyimpan mee untuk dimasak keesokan harinya.Gaul mee dengan sedikit minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti ais.Selamat mencuba
Nak beli Noodle Maker ni jangan lupa masukkan 
kod Lina5PNM  

  • Share:

You Might Also Like

0 comments