Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, November 19, 2020

 Assalamualaikum...

Bulan November ni macam rajin siket update blog hehe...agaknya sebab tak kelam kabut nak pick up anak balik sekolah.Walaupun tak perlu ke mana-mana tapi sibuk jugak dengan tugasan/kerja sekolah dak sarah tu (dengan kelas online dan kena selesaikan tugasan) tak pasal-pasal mama dia pun 'sekolah' sekali la.Ye la kan cikgu2 cuma dapat pantau dan bantu dari jauh, jadi mak ayah la kenalah campur tangan.Kita cubalah bantu yang mana mampu.Begitulah kena sesuaikan diri dengan keadaan normal baru yang tak berapa nak normal ni.

Okeylah berbalik kepada tajuk n3 kita hari ini iaitu DAGING MASAK MERAH.Psstt kalau nak tahu daging ni saya masak dan buat video pada bulan Julai lagi.Mak aih lama betul berbulan tunggu turn nak update kat sini.

Resepi Daging merah ni sangat simple jer.Ada setengah resepi menggunakan sos labu untuk mewarnakan daging tu.Tapi saya buat versi paling simple dan bahan pun mudah didapati iaitu hanya menggunakan sirap.Kalau nak guna peawarna merah pun boleh juga.

Bahan simple jer tapi rasanya tetap mabeles.Wajib cuba tau.

DAGING MASAK MERAH ALA THAI
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
200g daging
Air secukupnya
Sirap/pewarna merah
3 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Air rebusan daging
Hirisan bawang hollang
Cili merah dan cili padi
Minyak masak

Cara
  1. Daging direbus bersama air dan sirap hingga empuk.Kemudian hiris nipis.Simpan air rebusan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga garing kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.Kacau sebentar.Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan dihiris nipis.Masukkan air rebusan daging dan tutup periuk/kuali.Biarkan mereneh seketika.
  4. Seimbangkan rasa, tambah garam dan perasa (jika perlu)Untuk resepi ini Lina Pg tidak menggunakan garam (memadai dengan sos tiram sahaja)
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, cili merah dan cili padi.Boleh juga masukkan daun bawang (jika ada).
  6. Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klil butang PLAY paparan di bawah



  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Waalaikumussalam Lina.
    Samalah kita ye, ada masa boleh berblogging. Tak cukup masa, dapur maya pun sepi..hihihiii!

    ReplyDelete
  2. Betul kak amie...ada masa kita muncul, bila kebizian..hilang sekejap dari radar.Tapi insyaaAllah akan tetap terus berkongsi resepi dalam blog ni kan

    ReplyDelete
  3. sekali muncul, todiaaa terliur saya!

    ReplyDelete
  4. nyuummsss cenggini sedap.. guna daging bahagian yang
    ada lemak2 sket tu lagi kaw..

    ReplyDelete