Sunday, December 12, 2010

Nasi Hujan Panas

Seperti yang dijanjikan saya akan wat n3 berasingan utk nasi hujan panas versi sy sendiri. Resepinya sangat mudah, saya hanya menggunakan rice cooker utk wat nasi ni. Senang kije huhuhu..janji nasi sedap, cantik dan memenuhi selera kami sekeluarga. Itu sudah memadai. Kalau ada yang berminat bleh la mencuba. 
 simple jer rcp ns ni tp sedap n lembut
Nasi Hujan Panas
Bahan-Bahan:
4 cawan beras (sy gn beras siam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan (simpul)
1 kiub ayam maggie
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
Rempah 4 sekawan
Minyak/Mentega/minyak sapi
Pewarna merah,ijo n kuning
Hirisan ketumbar,gajus n kismis

Cara-Cara:
  1. Beras dicuci bersih dah direndam selama 1 jam (stgh jam pun bleh). Kemudian toskan
  2. Masukkan air dan daun pandan ke dalam rice cooker. Tekan 'ON'
  3. Dalam periuk berasingan, panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan & bahan tumbuk hingga naik bau (tak payah terlalu garing nnt pahit)
  4. Masukkan beras, kacau sebati. Masukkan susu cair dan kiub ayam.Kacau sebentar
  5. Pindahkan beras tadi ke dalam rice cooker.(yg telah dimasukkan air tadi)
  6. Kacau2 beras. Tunggu hingga 'KEEP WARM'
  7. Buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan ijo. Letak berasingan ya.
  8. Biarkan 'KEEP WARM' hingga nasi betul2 masak.
  9. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis

1 comment:

ruzitah yaacob said... Balas

Ermmm...comelll sesgt nasi..nnti nk try la..tq dik 4 de resepi.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...