Monday, April 22, 2013

KUIH AKOK RESEPI BONDA ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

Assalamualaikum...
Kuih akok sangat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang.Tanya saja kepada orang Kelantan, mesti mereka akan menggemari kuih tradisional negeri kelahirannya.Bagi orang klate yang tinggal di negeri lain sudah semestinya akan merindui kuih akok ni.Biasanya kuih akok yang dibeli tidak menepati citarasa.Kebanyakan akan rasa lebih tepung dan kurang lembut.

Kali ni saya berusaha untuk membuat sendiri kuih akok ni menggunakan resepi yang diberikan oleh bonda.Amek resepi time CNY aritu lagi.Tak tak terbuat juga.Alasannya sebab tiada acuan kuih akok.Pastu bila adik saya Ayunalisa  message megatakan bonda ada bertanya dah berjaya ke buat kuih akok, terus rasa semangat nk buat.Tak boleh jadi ni..bonda wat tindakan susalan rupanya.Apa lagi terus la godek2 buat kuih akok.Acuan??Tiada rotan, akar berguna jugak.Saya gunakan acuan muffin dan acuan tart untuk membuat akok ni.Hasilnya memang sedap sangat.

Melihat pada hasil kuih akok ni, saya terus terpanggil untuk memeriahkan Malaysian Food Fest (Kelantan Month) dan entry ini dibuat khas untuk GERT. Terima kasih buat kak Nor Secubit Garam dan juga kak Rosaliza yang telah mewar2kan mengenai MFF ni.

 Kuih lama kenalah posing dalam pinggan lama kan?
 Tidakkan korang tergoda ngan kelembutan kuih akok ni..cepat nganga

KUIH AKOK RESEPI BONDA
Resepi : Bonda LiNa Pg

Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  5. Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah
 cawan arcopal yang digunakan untuk menyukat.Lina pg guna seketul gula kabung
time bako, akok ni naik kembang tak hengat sampai terkeluar dari acuan mapin tuh.Kat sebelah dalam loyang tu saya isikan dalam acuan tart..

Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Balas

kak Ros pun mengidam nak makan akoko ni...

LiNa_Pg said... Balas

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
Dah ada resepi ni kak ros..boleh la merasa apa yg diidam..nk tggu org jual..posa nantilah br ada

Chah said... Balas

Suka kuih akok...n pasal mff kelantan ni...5p adoilah tk tergerak siku nk godek apa yg patut utk memeriahkan mff kelantan ni...sedapnya akok...ni akok kedut..tp kita lagi suka akok denne ganu....:)

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina
betul tu kalau org Kelate kuih akok pasti jadi kegemaran, paling femes masa bulan puasa buat juadah manis berbuka.wpun manis tetap sedapp....ni buat teringin nak mkn....

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam sedap nampak akok tu, mesti sedap secukup rasa resipi turun menurun tu ala2 secret resipi kan .

Sebetulnya kalo kita mkn akok yg kedut2 lagi sedap dari akok yg mulus dan montok tu.

Nnt nak rajinkan diri nak buat juga lah

gertrude said... Balas

Cik Lina, thank you for your support and participation in the MFF Kelantan event. I pun dah buat kuih akok for the event tapi belum post lagi kat blog I :)

cik cikEn said... Balas

Berapa biji telur kene letak ea??

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...