Wednesday, May 18, 2016

Kuih Akok Kedut Sedap Lembut Dan Mudah Disediakan

Assalamualaikum....
Kuih Akok ni antara kuih wajib di bulan puasa.Tak lengkap rasanya kalau tidak menikmati kuih akok ni.Sekarang ni tak payah susah2 nak ke Bazar Ramadhan lagi dah sebab dah boleh buat sendri.Sejak resepi kuih akok ni diperturunkan oleh bonda saya..mmg xbeli dah yang jual kat luar.Bukan apa..buat sndri lebih menepati citarasa.Sekarang xpayah tunggu bulan posa, teringin nak makan, just godek2 jer terus boleh ngap.Lebih2 lagi tahap kemanisan tu.Kalau ada yang berminat boleh la cuba, jangan risau tak payah bakar guna sabut, sekarang kan moden..guna ajerlah oven.Takde acuan akok, xpe kite guna ajer lah acuan muffin..kan mudah tu.Jom kite semak resepi.Ekceli dah banyakkkkkk kali buat.Tapi nak jugak tepek resepi.Tak lama nk posa dah.Boleh lah testing dulu.Untuk step by step boleh tengok kat n3 kat SINI
Kuih Akok Kelantan
Kuih Akok ni sangat lembut..sedap dan sangat mudah disediakan...

RESEPI KUIH AKOK 
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/bekas yg sama) 
  • 1 cawan telur (jumlah telur bergantung kpg gred telur dan saiz bks)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (LiNa Pg gn 3/4 cwn)
  • 1 cawan air 
  • 1/2 cawan gandum 
  • 3 helai daun pandan (carik-carik) 
  • Secubit garam 
  • Acuan muffin

Cara-Cara: 
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven. 
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.
  3. Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar. 
  4. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Kemudian tapiskan 
  5. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut .
  6. Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) LiNa Pg guna api atas dan bawah. 
Nota kecil LiNa Pg
Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

4 comments:

Liza said... Balas

Nk order blh..

LiNa_Pg said... Balas

@Liza
Tuko ngn kuih tepung bungkuih aci tak hahaaa

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
kuih akok ni akak pernah makan waktu pergi kelantan tahun lalu..
sedap & lemak..cuma kalau gulanya boleh dikurangkan lagii sedap..
kedut2nya tu yang kasi berselera nak makan..
Lina orang Kelantan ke?..

Nooriah Abdullah said... Balas

sekarang ni semua benda nak di kedutkan lina kan
dari brownies sekarang dah akok pulak
brownies kedut pun akak belum buat
ini lah akok kedut tak terkejo lah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...