Saturday, April 28, 2018

Ikan Talang Masin Goreng Cili Bawang

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.Hari minggu pun ada n3 jugak, kira rajin tu hahaaa.. N3 simple jer saja bagi meriah blog.hapdet guna hp jer ni..gambar pun guna hp jer sebab post ka IG sinun.Kalau ada typo harap dimaafkan hehe
walaupun simple jer tapi kena dengan nasi panas² memang sedap baq ang.  mkn time sahur lagi sedap

IKAN TALANG MASIN GORENG CILI BAWANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
Ikan talang masin (bhgn isi)
Bawang merah hiris nipis
Cili padi potong 
Cili kering
Sedikit garam/cukuprasa
Limau kasturi
Minyak 

Cara-Cara
Ikan talang dipotong kecil² cuci bersih dan toskan
Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan
Kemudian goreng bawang hingga sedikit layu kemudian masukkan cili kering dan cili padi. Goreng hingga garing. 
Masukkan ikan talang yg telah digoreng tadi. 
Tambahkan garam (Jika ikan dah terasa masin, tak perlu letak garam) 
Tutup api. Angkat dan hidangkan. Perahkan jus limau kasturi. Selamat Mencuba

3 comments:

Amie said... Balas

Hi Lina,
kecur liur tengok resepinya ni..siap bubuh limau lagi! Sedap betul ni buat lauk makan tengahari, patah2kan jew cili tu....nyummmnyuummm!

Hans Hanis said... Balas

nampak sedap
hehehe

EmbunRosaliza said... Balas

Menu ni pasti sedap. Mkn dgn nasi panas gaul lebihan myk sekali bawang lg terangkat. Masin2 masam2 aikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...