Tuesday, June 26, 2018

Yeay... 1K Subscriber

Assalamualaikum
Hari ni nak update pasal youtube jer.  I is happy nau² bila youtube channel dah mencapai 1k subscriber. Terima kasih semua follower TMK.  sayang u olls ketat². Kalau ada typo sorry ya sbb saya update guna hp jer ni
Bagi yang belum subscribe, Boleh klik tulisan kat bawah ni


Monday, June 25, 2018

Tempahan Nasi Beriani, Ayam Karipoley Dan Kambing Gulai Bawang Goreng

Alhamdulillah..tempahan jamuan open house raya ke-5 tempoh hari.Baru sempat update dalam blog...Ooo..ada terima tempahan nasi jugak ke?Saya buat pengakuan secara terbuka..ini hanya kes2 terpencil sahaja saya terima tempahan Set Nasi macam ni.Kebiasaanya saya akan terus riject jer..kastemer yang sorang nk katanya sangat teringin nak merasa nasi dan lauk2 yang lain dari kebiasaan yang disediakan oleh caterer.Pada mulanya saya menolak jugak sebab kekangan masa.Tapi bila melihat kesungguhan beliau untuk merasa air tangan saya..so, saya beralah dan menerima tempahan ini.Saya buka sejenis yang main tangkap muat segala tempahan.Tambahan nasi2 dan makanan berat macam ni..penatnyo usah diceritalah..
Nasi Beriani, Ayam Kicap Pedas madu Karipoley, Kambing Gulai Bawang Goreng (no santan), Kek Minyak dan Brownies..Beliau juga minta saya buatkan puding tapi saya tak cukup tangan nak masak semuanya..maklumlah masak sorang2..tp campur tangan cik asben sesikit jer.
Teringin nak merasa??korang masak sendiri la ek...resepi selongkar jer kat dalam blog ni..

Thursday, June 21, 2018

Tempahan Kek Buah Dan Tart Nanas Raya (Edisi Lewat Posting)

Assalamualaikum...
Baru berkesempatan untuk update tempahan kek dan biskut raya.Ini pun yang sempat snap jer..yang pos tak snap gambar pun..agak kekalutan di situ..Buat pertama kalinya LiNa Pg mencari pasal mengambil tempahan biskut raya hahaa..Itupun limited edition sebab oven sebiji jer ok..tu saiz comel jer.Adoi lama betul tak buat kek...ni pun sebab permintaan kastemer, kalau ikutkan hati saya agak berat hati sebab kekangan masa untuk mengukus kek selama 4 jam..timing kena cun sebab perlu ambil dan hantar anak ke sekolah.Atas sebab itulah saya stop mengambil tempahan kek.Untuk raya ni buat jugak siket.Raya haji nanti belum tahu lagi mampu buat atau tak ambil tempahan terus...Doakan semoga dipermudahkan urusan saya okey
Yang ni hanya 2 tuan...versi bulat satu tuan, versi 4 segi+tart 4 belang tu satu tuan
 Popia cis tu lain tokey..bukan saya buat
Ni masa awal2 rajin snap gambar.Dah kalut gambar pun ke laut dalam hahaa..tart obes.Cair di mulut

Sunday, June 10, 2018

Laksa Sardin Yeo's Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat, sangat sesuai untuk para ibu yang berkerjaya juga untuk golongan bujang iaitu Laksa Sardin Yeo's.Sesekali tukar selera berbuka puasa dengan Laksa sedap jugak kan?Resepi Laksa sardin Yeo's ni sangat mudah dan cepat disediakan.Juadah ini jugak sesuai dihidang semasa Hari Raya atau Open House.
Laksa Sardin Yeo's enak dinikmati bersama Minuman Yeo's Teh Krisantimun
LAKSA SARDIN YEO'S
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
500g laksa basah
1 tin Sardin Yeo's
1 labu bawang besar
3 sudu besar cili giling
4 asam keping
Seikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan (belah dua)
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula/perasa (jika perlu)

Bahan Sampingan 
Telur rebus
Timun (dipotong bentuk batang mancis)
Bawang 
Nenas
Daun pudina
Cili padi potong
Apa2 ulaman/sayuran yang sesuai

Cara-Cara
  1. Masukkan bawang besar,  cili giling dan Sardin Yeo's ke dalam pengisar.Masukkan 1 tin air (guna tin Sardin Yeo's).Kemudian kisar halus
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.Masukkan air secukupnya (anggaran 4 cawan)
  3. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan kiub ikan bilis.Masak hingga mendidih.Kacau sekali sekala
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan reneh hingga kuah pekat.Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa) jika perlu
  5. Dah siap tutup api.Kuah Laksa Sardin Yeo's sedia dihidang.

Untuk Maklumat lanjut sila lawati 
 www.yeos.com.my 
atau hubungi 1300-80-2828

Saturday, June 9, 2018

Resepi Kerutuk Ayam Sedap

Assalamualaikum...
Happy Week End..hari minggu pun update jugak..kes banyak bahan untuk update tapi kesuntukan masa huhu..Hari ini saya nak kongsikan idea untuk juadah raya..(saya makan untuk berbuka hehee)Kerutuk Ayam ni saya masak bersama Nasi Hujan Panas versi cincai2 ajer letak aje bahan2 yang ada dalam peti ais..Takpe lah tak ikut undang2 pun jadi ianya sedap di tekak sendiri.Kalau nak masak hidangan istimewa bersama nasi berperisa tu sangat sesuailah..Saya guna kaedah tumis bahan kisar supaya Kerutuk ni tahan lama..ada juga setengah orang guna kaedah lebur jer semua (seperti gulai darat) tapi bonda saya masak macam ni..kita pelbagai jer kaedahnya..tak menjadi kesalahan pun..janji sesedap tekak yang merasa.Okey jom kita semak resepi.Untuk lihat video..boleh refer ke youtube LiNa Pg okey...dah upload kat sana..
Set Nasi Hujan Panas dan Kerutuk Ayam...
KERUTUK AYAM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
BAHAN-BAHAN 
  • 1 ekor ayam (LiNa Pg potong 12)  
  • 1 labu bawang besar (kisar) 
  • 3 ulas bawang merah (kisar) 
  • 2 ulas bawang putih (kisar) 
  • 1cm halia (kisar) 
  • 1cm hiris lengkuas (kisar) 
  • 1cm kunyit hidup (kisar) 
  • 1 paket kecil rempah kerutuk 
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 1 keping asam keping 
  • 1 paket kerisik (35g)
  • 1 helai daun pandan (siat dan simpul) Lupa nak letak
  • 2 biji kentang (belah 4) 
  • 2cm gula nisan/gula melaka
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula/perasa 
  • Minyak 
  • Air secukupnya 
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Bunga cengkih dan pelaga (jika suka-LiNa Pg skip)
CARA-CARA 
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik dan bahan kisar, dan tumis sebentar.Sementara itu bancuh rempah kerutuk bersama cili giling (Jadikan pes pekat) Masukkan bancuhan rempah,Tumis hingga betul2 masak dan pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.Semasa proses mengecutkan ayam.
  3. Masukkan kentang, santan, tambah air secukupnya.sedikit garam, gula nisan, asam keping dan perasa (jika suka) Biarkan hingga mendidih.Masukkan kerisik.Kacau selalu supaya tidak pecah minyak 
  4. Renehkan sebentar hingga ayam betul2 masak, kentang empuk dan kuahnya pekat sedikit.Sesuaikan rasa.
  5. Tutup api sedia dihidang.

Friday, June 8, 2018

Resepi Nasi Hujan Panas Ringkas dan Sedap

Assalamualaikum..
Tercari2 resepi untuk hidangan hari raya nanti?Apa kata cuba buat Nasi Hujan Panas..sungguh mudah dan sedap.Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi Nasi Hujan Panas ni tapi kali ini saya tukar siket cara masak iaitu dengan menggoreng nasi terlebih dahulu..saja tukar ikut kaedah nasi beriani..hasilnya nasi lagi sedap dan cntik sebiji biji.So, terpulang pada korang la nak follow cara yang mana.Kalau versi terdahulu boleh tengok SINI
Resepi kali ni lagi ringkas saya cuma guna bawang besar dan bawang putih yang dicincang sahaja.Bukan apa sebab kali ni masak tak plan..ingt nak masak nasi putih jer..tapi anak request nak nasi kaler, so buat ajerlah ikut bahan yang ada kat rumah...cincai2 kekdahnya..Step boleh tengok kat youtube jugak okey
 Nasi Hujan Panas simple2 jer..Daun pudina dan segala daun pun xde..sempoi jer.
RESEPI NASI HUJAN PANAS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan)  
3 cawan air  
1/2 cawan susu cair  
2 helai daun pandan (simpul)  
1+1/2 kiub ayam maggie  
2 ulas bawang putih (cincang)  
1/2 labu bawang besar (cincang)
Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis) 
LiNa Pg cuma guna bunga lawang dan kulit kayu manis jer
Minyak/Mentega/minyak sapi  
Sedikit minyak
3 warna kegemaran 
Hirisan ketumbar/pudina,gajus dan kismis  (hiasan)

Cara-Cara:  

  1. Panaskan minyak, masukkan butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan, bahan cincang dan daun pandan.Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan beras, kacau sekejap, kemudian masukkan kiub ayam.Gaul rata.(Kalau nak guna rice cooker, terus pindahkan ke rice cooker)
  3. Sementara itu didihkan air (3 cawan terlebih dahulu) untuk mempercepatkan proses memasak nasi.Saya masak agak lewat untuk berbuka
  4. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati. Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)  
  5. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna kegemaran, Letak berasingan (jauh2 sket setiap lubang)  
  6. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)  Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis Sedia dihidang bersama lauk kegemaran

Contoh hidangan Nasi Hujan Panas dimakan bersama Kerutuk Ayam dan juga Acar Timun..simple jer

Thursday, June 7, 2018

Mi Tanpa Goreng Cintan (Mi Kicap) Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...
Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang terbaik , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Apa kata hari ini kita cuba sesuatu yang ringan,mudah tapi sungguh menyelerakan.Resepi ini sesuai untuk juadah berbuka ataupun bersahur.Kadang kadang anak2 kurang berselera makan nasi waktu sahur, apa kata cuba hidangan Mi Tanpa Goreng Cintan diolah menjadi Mi Kicap Ala ala wantan mi.Lengkap dengan sup simple yang diperbuat daripada minuman kundur.Minuman kundur Yeo's ini boleh memberi impact light sweet yang yang sangat natural pada sup.Sungguh sedap dan sup tidak terlalu berat.Sesuai untuk berbuka puasa.
Mi Tanpa Goreng Cintan dijadikan Mi Kicap dimakan bersama sup minuman kundur Yeo's dan minuman kundur Yeo's sebagai pelengkap hidangan. 

Mi Tanpa Goreng Cintan (Mi Kicap)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Mi Tanpa Goreng Cintan - Mi Kicap)
  • 3 keping Mi Tanpa Goreng Cintan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Air panas mendidih secukupnya
Cara-Cara
  1. Masukkan Mi Tanpa Goreng Cintan ke dalam mangkuk besar.
  2. Tuang air panas.Rendam selama 3minit.Kemudian toskan
  3. Masukkan Mi Tanpa Goreng Cintan yang sudah lembut ke dalam mangkuk, kemudian masukkan sos tiram,kicap cair dan minyak minyak.Dah siap Mi Tanpa Goreng Cintan Ala Wantan Mi.
Bahan B (Sup Minuman Kundur Yeo's)
  • 1/4 cawan (~60ml) minuman kundur Yeo's
  • 2 mug air (atau secukupnya)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil minyak bawang putih
  • Bebola ikan secukupnya
  • Sedikit daun bawang
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan (kecuali daun bawang).Biarkan mendidih dan bebola ikan masak.Taburkan hirisan daun bawang.Tutup api.Siap
Note:
Minyak bawang putih...6 ulas bawang putih digoreng dengan 1/4 cawan minyak.Guna hanya 1 sudu kecil minyak sahaja (minyak+bawang putih)Selebihnya boleh disimpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan lain.


Sila ke youtube channel lina pg untuk video masakan.
JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOUTUBE LiNa Pg


Untuk Maklumat lanjut sila lawati 
 www.yeos.com.my 
atau hubungi 1300-80-2828

Wednesday, June 6, 2018

Resepi Sotong Masak Kalio

Assalamualaikum...
Quick update.Resepi Sotong Masak Kalio juadah berbuka petang kelmarin.Adaptasi dari Ayam Kalio cuma tukar haiwan jer hehee...
Masih bz dengan kek buah, so terus jer CnP resepi
gambar snap dengan hp jer neh..cam biasalah snap senjakala..time nak berbuka lit2 dah
SOTONG KALIO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
300g sotong 
4-5 ulas bawang merah ( kisar ) 
3 ulas bawang putih ( kisar ) 
2-3 sudu makan cili kisar ( kali ni LiNa Pg skip ) 
4 biji cili merah (kisar)
1 inci halia ( kisar ) 
1 inci lengkuas ( kisar ) 
2 batang serai ( titik ) 
2 cm kunyit hidup ( kisar ) 
250 ml santan atau susu cair (LiNa Pg guna susu cair 1 cawan)
3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis) 
1 batang karot (potong baji) 
1 biji tomato (belah 4) 
2 keping asam keping 
garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
Air dan minyak 

Cara penyediaan 
Panaskan minyak, tumis serai yang dititik bersama bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Kemudian masukkan asam keping. Masukkan santan/susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
Masukkan dan gula/perasa.
Masukkan sotong dan tomato.Masak sekejap jer sebab sotong tak boleh masak terlalu lama nanti keras/liat.
Tutup api.Sedia dihidang

Tuesday, June 5, 2018

Siakap Bakar Air Asam Kerisik Dan Tom Yam Udang (Idea Berbuka Puasa)

Assalamualaikum...
Apa khabar semua..beberapa tak bersiaran, tuan tanah bizi siket dengan kek buah banyak lagi yang belum siap, maklumlak banyak pit stop (kena hantar yang sekolah petang dan ambil si kakak sekolah pagi) atas sebab inilah sebelum ni saya stop mengambil tempahan kek.Tapi untuk raya ni gigih juga buat untuk kastemer tersayang.Doakan semoga dipermudahkan urusan saya okey dan dapat siapkan semua tempahan tu.
Hari ini saya nak kongsikan idea untuk berbuka puasa..kot ada yang masih buntu cari idea nak berbuka nanti.Ini juadah berbuka kami petang kelmarin iaitu Ikan Bakar cicah air asam kerisik, Tom Yam Udang, Telur dadar dan Ayam Goreng (yang ni untuk budak sarah tak snap gambar pun sebab nan seketul untuk dia sorang hahaha)
Resepi boleh klik link di bawah
IKAN BAKAR PORTUGIS
TOM YAM UDANG
Air asam kerisik tu, kalau ada yang nak resepi bagitahulah ya..saya bz siket ni nak menaip

Saturday, June 2, 2018

Pulut Mangga Lemak Manis Berkrim

Assalamualaikum...
Selamat menyambut Nuzul Al Quran dan selamat berhujung minggu semua.Hari ni saya kongsikan juadah ringkas yang rasanya semua dah tahu cara membuatnya.Saya cuma buat karangan ringkas jer sebab senang sangat.Pulut Mangga ni kami buat berbuka beberapa hari lepas.Kebetulan cik suami beli dari kawannya buah Mangga Harum Manis.Kali ni memang betul harum manis..sebelum  ni pernah terkono..tak harum dan masam..plus buahnya buruk  pulak sadisss...harga mahal tapi sangat tak berbaloi.Kali ni Alhamdulillah buahnya semua elok dan manis leting.
Untuk Resepi pulut LiNa Pg buat 1 cawan beras pulut sahaja.Sebab takut anak2 x makan..tekak deme ni bukan boleh predict sangat.Kukus dan arun dengan santan.Santan tu jugaklah yang dibuat kuah...Santan tu masak sekejap bersama sedikit garam dan gula..masak hingga naik wap..Pulut kukus 10min..lepas tu arun dengan santan..kukus sekali lagi hingga masak.Itu jer la.Simple.Santan tu kalau nak pekat, boleh tambah siket tepung beras, tapi saya malas guna jer yang buat arun pulut tu hahaa...tapi tetap sedap..cincai2 ajer
Isi mangga yang kuning keemasan sangat juicy dan manissss leting..makan bersama pulut yang lemak2 manis..curah pulak santan tu..perggggg sedap baq ang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...