Wednesday, March 27, 2019

Cara Buat Sambal Udang Dan Petai Mudah Dan Sangat Sedap

Assalamualaikum...
Kalau ke pasar ternampak udang segar mesti beli..tambahan kalau ke bahagian sayur jumpa pulak petai yang gemuk gemuk.Dalam kepala terus terbayang Udang Sambal Petai yang sedap.Kat rumah ni jarang la masak Udang Petai macam ni sebab en.suami tak boleh makan seafood dan petai....Tapi sesekali layan jugak tekak anak2 yang suka sambal macam ni.Si Nisa kalau petai sahaja memang tak makanlah.Udang dia suka.Tapi kalau buat Sambal Petai macam ni abes licin semua hehee...
Okey untuk resepi kali ini saya sediakan video tutorial cara masak Sambal Udang Bersama Petai.Walaupun simple jer resepinya tapi tak apalah senang anak2 nak buat rujukan nanti.Sekarang ni pun dapur saya slow2 dah di 'take over' oleh anak2.Kalau setakat bihun, mee goreng tu memang mama tak payah masuk dapur jer.Petik jer nama abang long atau si kakak yang buat hehee...Dak maisarah xleh kata apa la yang bahagian makan dan 'BUAT SEPAH RUMAH' Itu memang kepakaran dia hahaaa...
Makan dengan nasi panas memang sedap ni...nyum..nyum...

SAMBAL UDANG BERSAMA PETAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
Udang ~500g
Petai secukupnya
1 labu bawang besar kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar gula merah
Air asam jawa secukupnya
1 sudu besar sos tiram
Garam dan perasa
Air
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula merah, kacau sebentar.Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam dan gula/perasa.
  3. Masukkan udang (tambah sedikit air)Masukkan petai.Masak sekejap sahaja supaya udang tidak over cook.
  4. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial 
Kalau paparan tidak jelas, klik link di bawah..direct link ke Youtube LiNa Pg.Jangan Lupa Subscribe okey


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...