Friday, April 19, 2019

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Yang Sedap Petua Supaya Sotong Lembut Dan Tidak Liat

Assalamualaikum...
Suka makan Sotong Goreng Kunyit tak?Kadang2 sotong yang digoreng terasa keras dan agak liat kan?Sebenarnya Sotong tersebut dan terlebih masak (overcook) sotong pun dah kelihatan kecut atau mengecil dari saiz sebelum goreng.
Sebenarnya mudah sahaja untuk masak sotong ni supaya lembut jer.Kalau untuk resepi masak sambal atau kuah kicap, saya sangai/goreng tanpa minyak sekejap anggaran 1min api besar.Tapi untuk Resepi Sotong Goreng Kunyit ni saya goreng menggunakan minyak selama 10-15 saat sahaja API BESAR.InsyaaAllah lembut jer sotong tu nanti.
Untuk Resepi Sotong Goreng Kunyit ni saya sediakan video tutorial di youtube channel sana.Boleh tengok cara masak.Bahan2 tu boleh masuk apa sahaja sayuran kegemaran masing2.Masa saya masak ni (dah lama hahaa) bahan dalam peti sangat limited.So, guna jer la apa yang ada.
Okey jom kita semak resepi sotong kunyit yang simple dan sedap.Sesuai jugak la kalau nak buat juadah berbuka atau bersahur semasa bulan Ramadan nanti.
 Simple saja.Lauk macam ni kalau ada telur mata dan direnjis-renjis dipilis dengan kicap siket pun dah cukup nikmat kan?
LiNa Pg menggunakan Serbuk Kunyit Mak Siti untuk buat Sotong Goreng Kunyit.Terima Kasih Mak Siti.Adeh macam tak luak jer lagi hamper produk Mak Siti.Kena rajin2 masak lagi ni nampak gayanya hahaa
SOTONG GORENG KUNYIT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
7 ekor sotong
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar hiris
Garam dan serbuk kunyit
Minyak
Sedikit kacang buncis
sedikit kiub ikan bilis
Karot/apa2 sayuran kegemaran
Cili merah/cili hijau
Sedikit lada sulah

Cara-Cara
  1. Perasakan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak, goreng sotong sekejap selama anggarn 15saat API BESAR.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak.Tinggal sedikit untuk menumis.Kalau suka minyak untuk gaul dengan nasi, Tak perlu keluarkan minyak.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau dan bawang besar sedikit layu.
  4. Masukkan karot, kacang buncis kacau sekejap.Kalau nampak kurang kunyit.Tambah sedikit serbuk kunyit dan taburkan sedikit kiub ikan bilis.
  5. Masukkan sotong, cili merah cili hijau dan serbuk lada sulah.Kacau selama anggaran 1 min.Tutup api.
  6. Sendeng/sengetkan kuali supaya lebihan minyak akan terasing dari sotong.
  7. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial klik utube di bawah

1 comment:

Amie said... Balas

Cepat dimasak, cepat juga dimakan...time masih panas, memang laju jew masuk tekak hihihiii!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...