Friday, May 31, 2019

Oven Pensonic Batik Series - Terima Kasih Pensonic

Assalamualaikum...
Salam Hari Jumaat, selingan hari ni tak ada n3 resepi atau masak2.Esok baru main masak2 okey.
Saya nak kongsikan kegembiraan..Kisah di pagi Rabu dalam dok bizi siapkan kukis siap record lagi untuk buat youtube, tetiba bunyi orang bagi salam..Alahai siapalah yang datang pagi2.Bila buka pintu rupanya dari courier service nampak pegang kotak punya besar.Dari luaran dah nampak oven Pensonic yang sangat unik iaitu Batik Series....Saya ada 2 biji oven Pensonic yang berwarna hitam yang ni sangat lejen..lepas tu pernah tengok Chef Mail guna yang warna pepel iaitu Chef Like Collection.Kalau yang Batik ni agak rare lah dan sangat cantik.
Ya Allah punya happy dan sangat terharu...Sebenarnya sehari sebelum tu ada staff dari Pensonic minta alamat..ingatkan nak hantar kad raya ke kurma ke hapa hahaa...nah sekali depa hantar oven..hadiah untuk hari raya katanya...Sebab kata mereka di penghujung puasa ni mesti nak buat kek dan biskut raya.Tak sanga laju betul dorang hantar.
Punyalah happy...dalam kalut buat kukis sempat jugak la buat video tiktok unboxing kotak oven ni hahaa...Dia punya eksited...Snap pun atas sofa jer..Tu habis tempat dah pose sebab masih pagi..dalam ruma gelap..kat dapur lak penuh dengan barang dok shoot.Atas sofa pun jadilah..Tak menyempat2 dah hahaa
Terima kasih Pensonic..memang seronok kalau kita kolaborasi dengan company yang jaga dan tatang kita macam ni..saling support dan saling payung..haaa gitew..
 Cantik, unik, sangat menarik dan sangat sesuai untuk kegunaan rumah..Bukan macam Batik tapi seakan songket jugak ni..Design ni saya klasifikasi sebagai Malaysia Truly Asia
Sekali tengok macam oven ni ditutup/cover dengan kain songket kan?So real design dia...Tapi memang badan oven tu bercorak batik dan seakan songket...Masa saya post ke IG/FB ramai betul kawan2 yang puji oven ni cantik..Nanti kita 'test drive' oven ni pulak..

Jika berminat untuk mendapatkan oven Batik Series ni, boleh dapatkan melalui (tekan link di bawah)

Thursday, May 30, 2019

Cornflakes Madu Kuih Raya Paling Senang Nak Buat

Assalamualaikum..
Dah start buat kukis ke tu?Kalau dah panaskan enjin apa kata korng selitkan selit cornflakes madu ni.Senang sangat.Tak payah mixer bagai...cair butter, gula madu lebur jer cornflakes lepas tu bakar.Sedap rangup kruk krak makan.
Untuk Resepi Honey Cornflakes ni saya sediakan video tutorial jugak di youtube, Alhamdulillah view sangat membanggakan hari pertama ditayangkan pun sudah beribu view.Maybe ramai yang mencari Resepi Biskut Raya.
Okey jom kita terus jer semak resepi.Blurr pulak tak tahu nak mengarang apa.Ni kes maraton siapkan n3 sebab banyak sangat tertangguh adoi..
Cuba tau sedappp
 Dok beratur sementara nak tunggu sejuk.Dah sejuk baru masuk dalam balang okey

CORNFLAKES MADU MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 250g cornflakes
  • 100g mentega
  • 100g madu (1/3 cawan)
  • 20g gula perang (2 sb)
  • 15g susu pekat (1 sb)
  • Coklat manik secukupnya
  • Paper cup secukupnya
Cara-Cara
  1. Guna api kecil, biarkan mentega cair.Kemudian masukkan gula perang, susu dan madu.
  2. Biarkan mendidih dan kelihatan berbuih (sambil kacau supaya tidak hangus).Tutup api.
  3. Masukkan cornflakes (LiNa Pg masuk terus jer tak tunggu sejuk)
  4. Gaul rata supaya semua cornflakes bersalut rata.
  5. Masukkan ke dalam paper cup dan taburkan coklat manik.
  6. Bakar selama 10-15 min suhu 150'C (suhu bergantung kepada oven masing2)
  7. Biarkan sejuk terlebih dahulu, kemudian simpan dalam bekas kedap udara.Selamat Mencuba.
  8. Untuk video tutorial, sila klik pautan di bawah

Wednesday, May 29, 2019

Resepi Ayam Masak Paprik Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Semakin sampai ke penghujung Ramadan dah naik buntu tak tahu nak masak apa dah.Apa kata buat Ayam Paprik sedap tau pedas masam semua bersatu hurmmm enak tak terkata.Paprik Ayam ni sesuai untuk berbuka dan bersahur jugak.Sesuai untuk ibu2 yang bekerja kerana Ayam Masak Paprik sangat cepat disediakan dan rasanya sedap membuka selera waktu berbuka.
Untuk Resepi Paprik Ayam ni saya sediakan video tutorial jugak di youtube sana.Ini merupakan juadah lauk terakhir kerana lepas ni saya akan kongsi resepi biskut pulak.Kalau nak cepat boleh terus tengok di youtube sana ok.
Okey tanpa buang masa bebel panjang ajommm kita semak resepi.Untuk sayuran tu boleh tambah sayuran kegemara masing2 bunga kobis atau apa yang sesuai.Saya cuma masukkan sayuran yang ada dalam peti ais jer.
Serba ringkas tapi sedap menepati citarasa kami sekeluarga

PAPRIK AYAM SEDAP DAN MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 2 ketul dada ayam 
  • 5 biji cili padi (tumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 3 helai daun pandan (carik-carikkan)
  • 1 sb cili giling
  • 1 sb pes tomyam
  • Sedikit kiub ayam
  • Minyak 
  • Air
Bahan B (Sos)
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos plum (LiNa Pg guna brand Life)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb air
Bahan C (Sayuran)
  • Karot
  • Kacang buncis
  • Baby corn
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang besar
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih , cili padi daun limau purut.
  2. Masukkan cili giling dan pes tomyam.Tumis hingga garing
  3. Masukkan dada ayam dan kacau sebentar.
  4. Masukkan sos, karot dan baby corn (sayuran yang keras terlebih dahulu.Tambah sedikit air dan tutup periuk.Tunggu hingga ayam empuk dan sayuran lembut sedikit.
  5. Setelah ayam empuk, masukkan bahan C (Sayuran) dan sesuaikan rasa.LiNa Pg tambah sedikit kiub ayam.
  6. Kacau rata dan tutup api.Ayam Masak Paprik sedia dihidang
Video tutorial, sila klik paparan di atas.Untuk lebih jelas, sila ke Youtube LiNa Pg

Tuesday, May 28, 2019

Ikan Bakar Air Asam Kerisik Resepi Mudah Sedap

Assalamualaikum..
Dah ada idea ke nak masak apa untuk berbuka petang nanti?Kalau belum ada idea apa kata buat Ikan Bakar makan sama Air Asam Kerisik memang sedap..macam makan kat restoran.
Kalau di Pulau Pinang, ikan bakar ialah jenis merah3 bersambal macam ni tau.Kalau di sebelah Perlis sana Ikan Bakar jenis letak garam kunyit jer.Warna kuning..Kalau tekak saya lebih memilih warna merah macam ni, mungkin sudah terbiasa dengan Ikan Bakar versi Penang..tambahn pula dicicah dengan air asam kerisik pekat2 sedikit.Kebiasaan kalau Restoran Ikan bakar, kuah pencicah tu untuk ikan bakar adalah sama dengan kerang bakar/kerang rebus.Okey jom kita semak resepi
Amacam tergoda tak?Cubalah resepi pun serba ringkas sahaja.InsyaaAllah sedap.Tak cicah pun dah sedap tau


IKAN BAKAR AIR ASAM KERISIK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap/apa2 ikan yang sesuai
  • 2 batang serai (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 1/2 cm halia (kisar)
  • 1/2 cm lengkuas (kisar)LiNa Pg tak letak xde stok
  • 1 sb cili giling
  • Garam, gula merah dan perasa
  • Sedikit maggi cukuprasa
  • Air
  • Minyak
  • Daun Pisang/Aluminium foil
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar dan cili giling, tumis hingga pecah minyak
  2. Masukkan gula merah, garam dan perasa tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan garam dan perasa.Seimbangkan rasa.Tutup api
  4. Perasakan ikan dengan sedikit garam (LiNa Pg guna maggi cukuprasa)
  5. Lumurkan ikan dengan pes ikan bakar tadi.
  6. Lapik dengan daun pisang dan bakar hingga masak.

AIR ASAM KERISIK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Kisar)

  • 1 biji buah tomato (buang biji dan dadu)
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 2 cm belacan bakar
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 sb kerisik
  • 1 sk asam jawa+1/2 cawan air masak
Bahan B (Hiris)
  • 1 biji tomato
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • Garam
  • Perasa
Cara-Cara
  1. Kisar kasar bahan A dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan bahan B dan sesuaikan rasa.
  3. Air Asam Kerisik sedia dinikmati.Selamat Mencuba

Monday, May 27, 2019

Sira Ubi Kayu Yang Sedap Dan Sangat Mudah

Assalamualaikum...
Berbuka puasa dengan Sira Ubi Kayu pun sedap jugak tau.Al kisahnya en.suami ke market dibelinya pulak ubi kayu besar gedabak pulak tu.Pening jugak la nak masak apa puasa2 ni dengan ubi kayu.Kalau biar lama takut masuk angin mesti tak boleh makan.So, buat ajerlah Sira Ubi Kayu ni..walaupun agak rare buka puas dengan Sira Ubi kalau Sira Pisang tu 'masuk line' jugaklah kan?Nasib baik la anak2 pun makan sira ni Alhamdulillah abes jugak.Sira Ubi Kayu ni saya buat masa minggu pertama puasa lagi.Tapi tulah selalu lambat jer nak update kat blog ni.Masa tu setiap hari asyik hujan jer kat Penang ni.Macam musim banjir hehee...Bila masuk hari ke 19 dan hingga hari ni cuaca agak panas...Agaknya sebab  musim hujan tulah ada yang menjual ubi kayu...Hurmm n3 ni nampak sangat dah basi kan?Tapi takpe lah walaupun dah lambat tetap nak update jugak.Resepi Sira Ubi ni saya pernah buat dulu cuma kali ni saya buat video tutorial sekali.
Resepi sama jugak saya guna resepi kak nor ganu cuma adalah adjust sesikit...Terima kasih kak nor
Alhamdulillah sedap,,,makan sejuk2 lepas disimpan dalam peti ais lagi sedap.Kuah pun makin pekat.
SIRA UBI KAYU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
750g ubi kayu
180g nisan kerek/gula melaka
1 sb gula merah
1 sb gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-Cara
  1. Rebus ubi kayu bersama air hingga empuk.
  2. Setelah empuk, keluarkan lebihan air dan tinggal separuh periuk sahaja.
  3. Masukkan nisan kerek/gula melaka, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan.
  4. Tutup periuk dan biarkan semua gula larut, sambil kacau sekali sekali supaya bahan sira bersalut rata dengan ubi kayu.
  5. Reneh hingga kuah pekat.Sira Ubi Kayu sedia dihidang.Selamat Mencuba


Saturday, May 25, 2019

Telur Goreng Lobak Masin Resepi Mudah Tapi Menyelerakan

Assalamualaikum...
Dah masuk 10 hari terakhir ni dah tak tahu nak masak apa.Tekak pun terasa nak makan yang simple2 jer.Kalau awal puasa tu beriya jugaklah masak kan?Apa kata cuba buat Telur Goreng Lobak Masin ni insyaaAllah berselera makan dengan nasi panas.Simple2 macam ni pun boleh bertambah2 makan ni.Terutama time sahur.
Saya masak ni untuk berbuka sekali jalan dengan sahur sekali senang kije tapi ada jugaklah lauk ringkas yang kering2 juga saya gandingkan bersama telur lobak asin ni.Alhamdulillah semua berselera makan.Maisarah tak yah cakaplah memang bukan makanan dia lagu ni.Dia takde lain hayam jer lah..
Okey untuk Resepi Telur Goreng Lobak Masin ni saya sediakan video tutorial jugak.Okey jom kita semak resepi Telur Lobak Asin yang mudah dan sangat simple
Ada rasa pedas2 siket sebab ada cili padi.Pedas2 manja jer masin dan sedikit crunchy dari lobak masin tu memang membangkit selera terutama time sahur..Meratah pun sedap ni.
TELUR GORENG LOBAK MASIN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk lobak masin 
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 5 biji cili padi (hiris)
  • 2 biji cili hijau (hiris)
  • 2 biji cili merah (hiris)
  • 1 kiub ikan bilis (bergantung kemasinan lobak masin)
  • Sedikit minyak
  • Daun bawang
Cara-Cara
  1. Lobak masin direndam selama 10min untuk kurangkan kemasinan.Kemudian toskan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar hingga terbit bau.
  3. Masukkan hirisan cili tumis sekejap hingga layu.
  4. Masukkan lobak masin/lobak asin dan gaul rata.
  5. Masukkan telur dan biarkan sebentar supaya telur set sedikit, barulah dikacau rata menjadi telur hancur.
  6. Akhir sekali masukkan kiub ikan bilis (jika perlu) bergantung kepada kemasinan lobak masin.
  7. Tutup api dan taburkan hirisan daun bawang.Telur Goreng Lobak Masin sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  8. Untuk video tutorial sila lihat paparan di bawah

Friday, May 24, 2019

Kuih Puteri Mandi Dan Tips Kuih Bersalut Dengan Inti Kelapa

Assalamualaikum...
Jangan memandai nak mengintai puteri yang sedang mandi kang naik ketumbit haha..Kalau di negeri Kelantan Kuih Puteri Mandi ni dikenali sebagai 'Kepek Hidung' kepek tu bermaksuk kemek...kan kena kemek atau tekan sedikit kuih ni sebelum direbus hahaa.
Hurmm macam tak ada idea pulak nak menulis panjang lebar.Untuk Resepi Kuih Puteri Mandi ni saya sediakan video tutorial di youtube sana.Dah seminggu lebih publish kat youtube tak sempat jer nak post ke blog ni.Sebelum tu, hari ni ada video terbaru jugak di youtube sana.Kalau nak cari idea berbuka boleh tengok di youtube LiNa Pg ok.
Okey jom kita semak resepi Kuih Puteri Mandi ni.
Suka kuih yang basah dan bersalut macam ni.
RESEPI KUIH PUTERI MANDI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Doh)
1 cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
Jus pandan (3 helai daun pandan kisar bersama seikit air)

Bahan B
1/2 cawan air
1 cawan kelapa parut putih
1 keping nisan kerek/gula melaka
2 sb gula merah
1 sb gula pasir
2 helai daun pandan
1 sb tepung gandum
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Satukan tepung gandum dan tepung pulut, masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Ambil sedikit doh anggaran sebesar guli, gentel dan tekan sedikit bahagian tengah.
  3. Ulang proses hingga doh habis.
  4. Rebus air hingga mendidih, jika ada lebihan jus pandan masukkan sekali ke dalam air rebusan.Jangan membazir itu amalan syaitonnnn nirrojimmm (tujuannya supaya memberi lebih aroma kepada air rebusan.
  5. Rebus doh hingga terapung kemudian angkat dan masukkan ke dalam air sejuk terlebih dahulu.Cuci bersih dan toskan.Ketepikan sebentar.
  6. Masukkan setengah cawan air ke dalam periuk.
  7. Masukkan gula melaka/nisan kerek, gula merah ,gula putih, garam dan daun pandan.Biarkan semua larut.
  8. Masukkan kelapa parut putih , kacau rata.
  9. Masukkan doh yang telah direbus tadi dan gaul rata dengan inti kelapa.
  10. Taburkan tepung gandum tips supaya inti kelapa bersalut dengan doh.Gaul rata dan tutup api.
  11. Kuih Puteri Mandi sedia dihidang.Tapi jangan makan lagi.Tunggu berbuka puasa dulu tau...
  12. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila ke youtube LiNa Pg
Untuk paparan lebih jelas, sila klik lin berikut

Wednesday, May 22, 2019

Sambal Kering Ikan Bilis Bersama Kacang Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...
Selamat Bercuti kepada semua.Seronok kan anak2 sekolah...Isnin cuti sekolah hari Selasa, Rabu cuti lagi, Khamis Jumaat sekolah lepas tu terus bercuti hingga raya....
Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Bersama Kacang kalau nak letak tempe goreng pun boleh jugak.Resepi Sambal Bilis ni sesuai dijadikan hidangan sahur, memang berselera makan.Kalau nak makan bersama Nasi Lemak Sambal Sotong pun boleh jugak.Tambahan kalau sambal sotong bersantan gandingkan dengan Sambal Kering ni memang padu.Nak makan bersama Lontong pun ok jugak.Pendek kata sesuai segalanya la...Nak bekal untuk anak2 balik ke asrama atau nak travel pun molek jugak ni.
Untuk Resepi Sambal Kering Ikan Bilis ni saya sediakan video tutorial di youtube channel sana.Alhamdulillah tinggi jugak lah view video ni.
Okey budak Maisarah bangun dan hi jack lappy mama dia..jom cepat2 siapkan n3 kali ni hahaa..Camni lah kalau hari cuti sampai berebut laptop.
Cubalah insyaaAllah sedap tau.
SAMBAL KERING IKAN BILIS BERSAMA KACANG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 mangkuk kacang tanah (goreng)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 sb cili giling
  • 1 asam keping
  • 2 sb gula pasir
  • sedikit garam
  • sedikit kiub ikan bilis (LiNa Pg guna kurang dari 1/2 kiub)
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Ikan bilis dicuci bersih dan goreng hingga garing.Angkat dan ketepikan sebentar
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bawang merah kisar hingga sedikit garing.
  4. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan asam keping, gula ,garam dan kiub ikan bilis.Tumis lama sedikit hingga warna menjadi gelap sedikit.Semakin lama ditumis semakin sedap dan sambal lambat basi.
  6. Tutup api dan biarkan sambal sejuk sepenuhnya.Tips supaya ikan bilis kekal rangup setelah sambal siap.
  7. Setelah sambal sejuk, masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.Kacau rata.
  8. Sambal Kering Ikan Bilis Bersama Kacang siap dihidang.Selamat Mencuba.
  9. Untuk video tutorial sila lihat paparan di bawah
atau boleh jugak klik link berikut, untuk paparan yang lebih jelas

Untuk Resepi Sambal Sotong Bersantan boleh lihat di paparan berikut


Okey guys hari ni ada video terbaru di Youtube LiNa Pg.Nak tahu video resepi apa, kenalah tengok kat Youtube sana okey...Jangan Lupa Subscribe tau

Tuesday, May 21, 2019

Puding Permata Ikatan Kasih

Assalamualaikum...
Nama resepi tu bukan main lagi kan hahaa...Puding Permata Ikatan Kasih ni hasil olahan Agar Agar Permata yang saya pernah buat tahun 2011.Tu dia punya lama.Zaman tu bukan main rajin lagi memuding...bukan biasher2 punya puding...yang berlapis dan segala mak nenek yang mencabar skill semua cuba buat dan eksperimen.Cuma sekarang ni jer......... (korang sambung la ayat tu hahaaa)
Puding Permata Ikatan Kasih ni bukan sekadar canti dipandang tapi rasanya enak memikat.Memang sedap.Makan berketul2 pun boleh habis.Puas hatilah si tukang masak bila semua makan penuh berselera.Sampai husband kata gigihnya mama buat kiub2 macam ni hahaaa...Nampakkkk punya lama si wife dia tak buat 'benda pelik' ni selalu buat agar2 atau puding yang straight foward jer..
Okey untuk resepi Puding Permata ni saya sediakan video tutorial juga, boleh tengoj di youtube dah seminggu jugaklah upload kat sana.Cam biasalah tunggu Q untuk buat n3 kat blog ni.Okey jom kita belajar cara cara buat puding permata ni.
Amacam terliur tak tengok puding ni.Sedap tau...harus dicuba

PUDING PERMATA IKATAN KASIH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 10g agar-agar serbuk
  • 200g gula pasir
  • 800ml air
  • 200ml santan
  • 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara
  1. Satukan air, gula,garam, agar2 serbuk dan daun pandan.Masak hingga mendidih dan gula hancur.
  2. Masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak.Setelah mendidih terus tutup api.
  3. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.Setiap satu bahagian 100ml dan tinggal selebihnya pada warna asal.
  4. Titiskan pewaran kegemaran pink, biru, hijau, kuning dan oren.
  5. Bekukan puding berwarna.LiNa Pg masukkan ke dalam freezer selama 2-3min supaya cepat mengeras.
  6. Potong agar2 berwarna kepada saiz kiub2 kecil.
  7. Sediakan loyang 7x7in dan basahkan sedikit dengan air tips supaya senang untuk mengeluarkan puding apabila telah beku nanti.
  8. Masukkan potongan puding berwarna ke dalam loyang dan tuang adunan asal.
  9. Sejukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.Selamat Mencuba.
  10. Untuk video tutorial sila klik paparan berikut
Untuk lebih jelas sila klik link di bawah



Monday, May 20, 2019

Nasi Goreng Ikan Rebus Yang Sedap Dan Sangat Mudah

Assalamualaikum..
Hari ni masih lagi bercuti sempena replacement Hari Wesak.Ada sedikit waktu terluang untuk update blog.Alahai punya banyak n3 tertangguh ni tak tahulah sempat abes ke sebelum raya.Kalau korang nak resepi terkini subscribe youtube LiNa Pg okey..banyak video terbaru saya upload kat sana.Kat blog jer macam lambat siket.Untuk menyenangkan korang, ni haaa link ke youtube 
Berbalik kepada n3 kali ni, saya kongsikan resepi serba ringkas untuk sahur.Sedang elok ada ikan rebus yang saya buat solok lada, terus buat nasi goreng ikan rebus untuk sahur.Kadang tu tak lalu jugak nak makan nasi putih time sahur kan?Bila buat nasi goreng, pakat berselera pulak makan.Kalau rajin boleh tambah telur mata juga.Okey jom la kita semak resepi..buntu ni tak tahu nak karang apa.Owh sebelum resepi nasi goreng simple ni saya sediakan video tutorial jugak tau...
Maaf la gambar pun kelabu asap jer ni.Snap guna hp jer.Gelap pulak tu.

NASI GORENG IKAN REBUS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  •  5 cawan nasi sejuk
  • 2 ekor ikan rebus (ambil isinya sahaja)
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji
  • 3 biji kacang botor (hiris nipis)
  • Sedikit kacang panjang (hiris)
  • 4-5 biji cili padi (potong)
  • Sedikit minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Goreng isi ikan rebus hingga agak garing, tolak ketepi sedikit dan pecahkan telur dan goreng menjadi telur hancur.
  4. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.Kemudian masukkan kacang botor. kacang panjang dan cili padi potong.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
  6. Nasi Goreng Ikan Rebus serba ringkas sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial, sila klik link di bawah

Friday, May 17, 2019

Kuih Butir Nangka | Bubur Biji Nangka

Assalamualaikum...
Sejak Ramadan ni cuma sehari sahaja bumi Pulau Pinang disinari sang mentari..hari selebihnya salji cair membasahi bumi.Alhamdulillah sejuk nyaman...berbuka puasa pun minum air panas hahaaa...Okeylah hujan2 macam ni memang sesuai kalau berbuka dengan kuih yang berkuah dan makan panas2 atau sedikit suam..Manisnya sedang2 ditambah dengan aroma biji halba dan pandan memang terasa sungguh enak.
Untuk Resepi Bubur Biji Nangka ini saya menggunakan warna asali sahaja sebab itulah warna hijau tu pastel jer..hanya guna jus dari air pandan sahaja.Biasanya saya suka campur dengan sedikit pewarna hijau epal...kali ni warna asli jer.Yang warna merah itu pula saya menggunakan buah naga.Kesian buah naga tergolek dalam peti ais..agak lama bermastautin dalam esbok...Puasa2 ni takde maknanya nak makan buah camtu hahaa...Kalau buah tembikai ke apa memang dah lama wasalam..Kalau buah naga ni agak kureng siket la.So dari membazir saya blend dan buat Kuih Butir Nako ni...Kebetulan ada buah nangka madu yang saya beli dari pasar malam, masukkan sekali dalam bubur ni.Jadilah kaler macam traffic light.Berwarna warni dan sungguh menyelerakan.Eh!kalau korang tak ada buah naga takpe tau..just buat guna daun pandan pun boleh.Kalau tak ada daun pandan letak lah pewarna hijau.Buah Nangka tu hanya aksesori.Kalau tak letak pun tak ada masalah.Tak payah gigih pergi beli okey.Saya ni memang dah ada semua dalam esbok terus On jer.Stock clearance gitu kekdahnya.Jangan membazir di bulan mulia ni..itu amalan syaitonnnn nirrojim..
Okey untuk Resepi Bubur Biji Nangka ni saya sediakan video tutorial, so korang boleh tengok di Youtube Channel LiNa Pg okey.
Sebelum tu saya nak bagi sedikit pencerahan.Kalau korang perasan setiap Resepi Kuih LiNa Pg yang menggunakan tepung pulut, saya akan masukkan sedikit tepung gandum.Tujuannya ialah supaya kuih lembut..bila gigit tu rasa lembut dan senang dikunyah.Sekiranya menggunakan tepung pulut sahaja, kuih agak liat dan keras sedikit.Itu terpulang selera masing2.Saya suka buat eksperimen untuk bezakan rasa dan tektur.
Sedikit lagi tips sekiranya masa membancuh adunan, doh terlembek sedikit kerana terlebih air, tambah sedikit tepung pulut dan uli hingga menjadi doh.
Okey jom kita semak resepi Kuih Butir Nangka yang mudah dan sedap ni.
 Sedap tau.Kalau ada yang belum pernah merasa Kuih Butir Nangka ni bolehlah mencubanya.
KUIH BUTIR NANGKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Doh Pandan)
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
200ml jus pandan

Bahan B (Doh Buah Naga)
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
200ml jus buah Naga

Bahan C (Kuah)
1 liter santan
1 cawan gula
2 helai daun pandan
5 ulas nangka madu (hiris memanjang)
Sedikit garam
Sedikit biji halba

Cara-Cara
  1. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum bersama tepung pulut kemudian masukkan jus pandan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  2. Ulang proses untuk doh buah naga.
  3. Didihkan air dan rebus doh hingga terapung.Angkat dan rendam sekejap dalam air sejuk.Kemudian toskan dan ketepikan sebentar.
  4. Untuk membuat kuah, satukan semua bahan C kecuali buah nangka.Masak hingga kuah mendidih, kemudian masukkan doh yang direbus tadi.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan buah nangka.Biarkan sebentar sahaja kemudian tutup api.
  6. Bubur Biji Nangka sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah



Okey guys hari ni ada video terbaru di Youtube Channel LiNa Pg...Kalau tak tahu video apa...sila subcribe untuk mendapatkan notifikasi terbaru.Jangan risau ianya PERCUMA

Wednesday, May 15, 2019

Roti Gulung Sosej Cicah Bersama Jalapeno Cheese

Assalamualaikum....
Roti Gulung Sosej ni bukan sekadar untuk sarapan pagi sahaja tetapi juga sesuai untuk dijadikan juadah bersahur.Ye lah kan kadang2 pagi2 hari memang tak berselera nak makan nasi atau dah jemu dengan nasi.Kita tukar selera dengan roti gulung sosej pulak dapat juga memikat selera anak2 kecil untuk makan sahur.Kadang kesian kalau ada mak mak yang cerita anak mereka cuma minum segelas milo panas dan sambung tidur sebab tak berselera makan pada hal si sibu dah siapkan macam2 hidangan.Selera anak2 di pagi hari ni susah kita nak duga.Tambahan mereka celik mata terus tercongok depan meja makan..mana nak ada selera kan?Lainlah dengan si ibu bangun awal siapkan itu ini..mata pun dah cergas ada jugalah selera nak jamah nasi atau apa yang terhidang.
Panjang pulak bebel padahal Roti Sosej jer pun hahaa..
Untuk lebih 'kick' saya gandingan Roti Sosej ini dengan Jalapeno Cheese alaaa cheese yang kita makan dengan wedges kat KepC tu..itulah dia jalapeno cheese.Memang sedap sangat.
Untuk membuat cheese wedges tu cheese powder tu hanya campur dengan air panas dan kacau rata.Tambah air siket2 tau.Itu saja.Mudah kan?
Untuk resepi Roti Gulung Sosej ni saya sediakan video tutorial di youtube sana...Yang mana belum subscribe tu silalah subscribe..PERCUMA saja tau hehee..
Okey jom kita semak resepi
Oh..sebelum tu nak bagitahu di youtube channel ada video terbaru hari ini.Jam 10am..Jangan Lupa tonton okey
Simple pun sedap dan mengenyangkan.Makan panas-panas lagilah sedap.
ROTI GULUNG SOSEJ
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej
  • Sebiji telur (dikocok sedikit)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Minyak
Bahan B
  • 1 cawan jalapeno cheese
  • Air panas secukupnya
Cara-Cara
  1. Didihkan air dan celur sekejap sosej.Angkat dan toskan.
  2. Canai nipis roti dan potong bahagian tepi.
  3. Letakkan sosej dan gulung.Letakkan sedikit telur bahagian hujung jadikan gam melekatkan roti.
  4. Potong roti kepada 2 bahagian.Celup dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti.
  5. Ulang proses hingga semua roti habis.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan
  7. Untuk membuat cheese wedges.Hanya campur bahan B dan gaul sebati.
  8. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah
Note:
Jika ingin membuat stok makanan selepas digolek dengan serbuk roti, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais (bahagian chiller)
Bila nak makan cuma keluarkan dan goreng.
Boleh tahan 2-3 hari

Tuesday, May 14, 2019

Sambal Sotong Bersantan Sedap Dan Petua Sotong Tidak Liat

Assalamualaikum...
Hari ini berkesempatan untuk update blog.Ekceli banyak sangat bahan yang nak saya kongsikan tapi kekagangan masa.Kalau korang nak cari idea masak2 boleh singgah terus ke Youtube LiNa Pg okey...kat sana resepi lebih pantas saya update.Kat blog ni sebab kena mengarang dan menaip resepi tuu yang kadang2 buntu nak mengarang.
Sambal Sotong Bersantan ni sangat sesuai kalau nak makan bersama nasi lemak atau nasi putih.Sesekali ubah selera waktu berbuka dengan nasi lemak pun sedap jugak kan.Tambahan kalau ada Sambal Kering Ikan Bilis dengan Kacang (yang ni nanti saya update kemudian)Kalau nak cepat boleh tengok di youtube saya dah update beberapa hari lepas.
Okey jom kita semak Resepi Sambal Sotong Bersantan yang serba ringkas tapi memikat selera.Rasa pedas yang diimbangi dengan lemak santan memberikan rasa yang sempurna..Memang sedap menepati citarasa kami sekeluarga
 Sedap tau.Harus cuba
RESEPI SAMBAL SOTONG BERSANTAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 10 ekor sotong (potong kepada beberapa bahagian)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 3 sudu besar cili giling
  • Sedikit gula merah
  • 1 asam keping
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1/2 cawan santan (LiNa Pg guna Ayam Brand)
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Panaskan kuali API BESAR dan goreng sotong tanpa minyak selama ~20saat.Kemudian angkat dan ketepikan.Tujuan sangai/goreng tanpa minyak supaya sotong tidak liat.
  2. Tuang sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga sedikit garing kemudian masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula merah, asam keping, santan, sedikit air dan kiub ikan bilis dan hirisan bawang besar.Kacau sebentar.
  4. Masukkan sotong dan gaul sebentar anggaran 1 minit sahaja.Tutup api dan Sambal Sotong Bersantan sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  5. Untuk video tutorial sila ke Youtube LiNa Pg klik paparan di bawah

Jika paparan kurang jelas, sila klik link berikut

Terima kasih Ayam Brand

Saturday, May 11, 2019

Kuih Tako Pandan Dan Tutorial Membuat Kotak Tako Menggunakan Daun Pandan

Assalamualaikum...
Kuih Tako merupakan kuih kegemaran saya.Tak kira sama ada bulan Ramadan atau hari2 biasa.Kalau ada ternampak orang jual mesti beli.Apa yang saya suka dengan Kuih Tako ni, aroma pandan dan bila makan tergigit buah sengkuang tu...hurmmm enak tak terkata.Rasanya lemak2 manis sangat memikat selera.
Ramai juga yang agak keliru antara Kuih Tako dengan Kuih Tepung Pelita.Walaupun sekali pandang ianya hampir sama, tapi ada perbezaannya.Satu lagi ialah Kuih Limas (Perak) Ketiga2 Kuih Tradisional ini berwarna hijau di bahagian bawah dan berwarna putih di bahagian atas.
Kalau Kuih Tako ianya menggunaka daun pandan sebagai bekas manakala kuih Tepung Pelita dan Kuih Limas menggunakan daun pisang.
Satu lagi perbezaan ialah Kuih Tako menggunakan Tepung Hoen Kwee atau Tepung Kacang Hijau dan ada sedikit sengkuang dalam bahagian hijau.Bahagian putih pulak campuran santan dan tepung hoen kwee dan diletakkan sedikit gula.
Tepung Pelita pula menggunakan Tepung Beras dan bahagian putihnya dalah lemak2 masin kerana tidak diletakkan gula.
Manakala Kuih Limas pula menggunakan Tepung Gandum dan tektur kuihnya sedikit pejal/keras berbanding Kuih Tepung Pelita.
Nampak sama tapi tidak serupa dari segi rasa dan tektur.
Untuk Resepi Kuih Tako Pandan ini, saya sediakan youtube dan jugak tutorial membuat kotak/bekas kuih tako menggunakan daun pandan.Kalau boleh, guna daun pandan yang bersaiz lebar sedikit.
Okey jom kita belajar cara-cara membuat Kuih Tako.
Sedap sangat Kuih Tako.Saya makan 3 ketul pun macam tak cukup hahaa.Saiz pun comel jer.
Untuk video tutorial klik butang PLAY .Untuk lebih jelas klik link berikut untuk ke Youtube LiNa Pg

RESEPI KUIH TAKO PANDAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Lapisan Hijau)
  • 25g tepung hoen kwe (LiNa Pg guna brand nona)
  • 250ml jus pandan (3 helai daun pandan+air dan kisar)
  • 50g gula (boleh kurang/tambah ikut selera)
  • Sedikit sengkuang cina (dadu kecil)
  • Pewarna hijau (jika suka)
Bahan B (Lapisan Putih)
  • 15g tepung hoen kwe
  • 250ml santan
  • 50g gula
  • sedikit garam
Bahan C 
  • Daun pandan untuk membuat kotak
  • Cara-Cara boleh refer ke youtube LiNa Pg
Cara-Cara (Bahagian Hijau)
  1. Satukan semua bahan (kecuali sengkuang)Kacau rata terlebih dahulu.Buka api dan kacau hingga likat dan meletup2.Tutup api.Masukkan sengkuang dan gaul rata.
  2. Skopkan ke dalam bekas/kotak daun daun pandan.
  3. Tuang separuh bekas sahaja.Biarkan bahagian hijau mengeras.
Cara-Cara (Bahagian Putih)
  1. Satukan semua bahan dan kacau hingga pekat.
  2. Tuang ke atas bahagian hijau tadi.Sejukkan dalam peti asi.
  3. Kuih Tako Pandan enak dinikmati setelah disejukkan.
  4. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial boleh klik link di bawah

Friday, May 10, 2019

Puding Roti Marble Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Dah ada idea nak masak kuih apa untuk berbuka?Kalau ada roti yang nak expired tu apa kata buat Puding Roti jer.Ye la puasa2 ni sapa nak habiskan roti tu melainkan ada anak kecil yang tak berpuasa.
Pagi ni terasa buntu pulak tak ada idea nak mengarang.Jom kita semak resepi Puding Roti Marble yang saya adaptasi dari Resepi Hana..Kali ini saya sediakan video tutorial untuk korang semua.Okey jommmmm
Sedap Puding ni..lembut dan nyaman meluncur ke anak tekak...Banyak kali ulang siar dah
PUDING ROTI MARBLE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  •  5 keping roti putih
  • 800ml air
  • 10g agar agar serbuk
  • 200ml susu cair
  • 80g gula pasir
  • 120g susu pekat manis
  • 2 biji telur gred B
  • 2 sb serbuk koko/pewarna
  • 25g butter
  • 1 sk esen vanila
Cara-Cara
  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam blender.
  2. Masukkan susu cair, susu pekat manis, gula, telur, esen vanila dan sedikit air (dari 800ml air).Kisar hingga halus.Ketepikan sebentar.
  3. Masukkan air dan serbuk agar2 masak hingga agar2 larut.
  4. Tuangkan bahan yang dikisar tadi.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
  5. Masukkan mentega dan kacau hingga agak pekat.Tutup api.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Masukkan serbuk koko dan gaul rata.Satu bahagian lagi, biarkan kepada warna asal.
  7. Marble mengikut kreativiti masing-masing.Proses memarble mesti dilakukan dengan cepat kerana adunan puding cepat mengeras.
  8. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian simpan dalam peti ais hingga puding mengeras.Selamat Mencuba.
  9. Untuk melihat video tutorial sila klik butang 'PLAY'
 Untuk paparan lebih jelas sila layari Youtube LiNa Pg

Thursday, May 9, 2019

Kuih Cara Manis Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum....
Sebelum memulakan celoteh terlebih saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog TMK kesayangan saya ni.Bulan puasa ni bukan main rancak trafik berganda2 dari kebiasaan.Alhamdulillah cecah puluh dan belas ribu trafik dalam bulan puasa ni.Terima kasih semua..muahhh.
Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Kuih Cara Manis yang sangat mudah.Saya ni jenis nak senang jer...Saya lebur jer semua sekali dalam blender then tapis...setel.Senangkan tak adalah nak blend daun pandan lepas tu nak blend tepung...haish buat apa dok ulang2 blend.Sekali jalan kan senang.
Sebenatnya Kuih Cara ni saya buat untuk job tik tok ya la..si LiNa Pg ni dia ada macam2 med soc...abes semua dia cekau hahaa...Yang tu kira kolaborasi la dengan Local Panda.
Alang2 buat untuk tik tok dah tentulah ada video tutorial kan...Okey jom kita semak Resepi Kuih Cara ni.Untuk video boleh semak di Youtube LiNa Pg

Sedap Kuih Cara ni lembut dan lemak manis.
RESEPI KUIH CARA MANIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1+1/2 cawan santan
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sb gula
  • Sedikit garam
Bahan B
  • Gula secukupnya untuk inti (LiNa Pg guna gula kastor)
  • Minyak (untuk menyapu acuan)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A ke dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
  2. Panaskan acuan kuih cara (LiNa Pg guna acuan cermai) sapukan sedikit minyak.
  3. Tuangkan adunan kuih cara dan tutup sebentar.Apabila bahagian tepi nampak membeku/masak sedikit, masukkan gula sebagai inti dan tutup kembali dengan penutup dan biarkan kuih masak sepenuhnya.
  4. Setelah masak, Kuih Cara kelihatan agak lekang dari acuan.Cungkil menggunakan lidi untuk mengeluarkan Kuih Cara dari acuan
  5. Ulang proses hingga adunan habis.Peringatan setiap kali menuang adunan yang baru, pastikan menyapu minyak pada acuan supaya kuih tidak melekat.
  6. Selamat mencuba.Untuk Video Tutorial sila klik butang 'PLAY' gambar di bawah.
 Jika paparan kurang jelas/ skrin kecil, sila ke Youtube LiNa Pg

Wednesday, May 8, 2019

Cara Buat Kek Gula Hangus Bersarang Resepi Mudah Tak Perlu Perap

Assalamualaikum...
Masuk hari ke-3 kita semua berpuasa.Nampak sangat kan n3 hari ni bukan juadah berbuka hahaa...Saya buat posting ikut Q sebab banyak resepi yang dah upload ke youtube tapi masih belum publish dalam blog.Kita ikut turutan la.Takpe la kan, Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut ni korang boleh buat untuk raya nanti.InsyaaAllah kek bersarang dan tak perlu perap.Sedap lembut dan paling best tak muak dimakan.Biasalah kek old skool macam ni boleh makan banyak.
Okey sebelum tu resepi kek Sarang Semut ni saya sediakan video tutorial.Boleh tengok di youtube LiNa Pg ok.Alhamdulillah view pun sangat2 memberangsangkan.Bagi yang belum subscribe tu jangan segan silu tekan jer butang SUBSCRIBE untuk melanggan..Jangan risau free jer tau.Dan jangan lupa tekan butang loceng tu untuk mendapatkan notifikasi video terbaru.Dan terima kasih jugak untuk 10K SUBSCRIBER.Muah love u olls
Alhamdulillah nampak tak jaluran sarang semut tu?Cantik kan...dan rasanya pun sedap.
 Ni hasilnya lepas siap dibakar

KEK SARANG SEMUT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji telur gred B
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 100g mentega
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sb baking soda
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanila
Cara-Cara
  1. Mula mula buat gula hangus terlebih dahulu.Menggunakan kuali atau periuk, cairkan gula hingga keperangan (guna api kecil sahaja)
  2. Apabila gula mencair keseluruhan, masukkan air panas (semasa masukkan air panas, gula akan berketul) kacau dan biarkan gula larut semula.
  3. Masukan mentega dan biarkan mentega larut.Tutup api dan ketepikan sebentar.
  4. Sementara itu ayak tepung gandum bersama baking soda dan baking powder.Ketepikan.
  5. Satukan telur dan esen vanila pukul hingga telur berbuih sedikit (macam buat telur dadar) TAK PERLU pukul hingga kembang.
  6. Masukkan susu pekat manis dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.Tuang adunan ke dalam loyang (9x9in) yang telah disapu dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  8. Rehatkan adunan selama lebih kurang 20-25min (sementara itu panaskan oven suhu 160'C mengikut suhu oven masing-masing.
  9. Bakar kek selama 1jam menggunakan api bawah selama 30min pertama dan selebihanya api atas dan bawah hingga masak.
  10. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik link di bawah


Monday, May 6, 2019

Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Salam 1 Ramadan buat semua pengunjung TMK,  pagi ni hujan turun mencurah2 di bumi Pulau Pinang.Terasa sejuk dan nyaman.
Sebelum saya meneruskan celoteh, untuk mendapat resepi dan video terbaru, sila layari youtube LiNa Pg.Link di bawah dan pada hari ini ada pun ada video baru.Klik link ini okey
http://www.youtube.com/c/LiNaPgTeratakMutiaraKasih
Okey untuk resepi pertama Ramadan ini saya nak kongsikan Puding kegemaran ramai.Iaitu Puding Karamel.Kalau duluuuuu setiap kali ke Bazar Ramadan,wajib beli kuih ni.Tapi dah bertahun jugaklah tak beli sebab kami pun dah agak lama tak ke Bazaar Ramadan Bayan Baru..makan tahun jugaklah.
Walaupun rupanya kurang lawa, tapi rasanya InsyaaAllah sedap...smooth and silky gitew kekdahnya hahaa..Ekceli Puding Karamel ni saya buat beberapa minggu lepas.Video memang kena sediakan awal sebab proses editing agak lambat.

PUDING KARAMEL SEDAP DAN LEMBUT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (karamel)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air panas
Bahan B
  • 7 biji telur gred B (buang tali pusat utk hilangkan hanyir)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (390g)
  • 1/2 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara
  1. Untuk buat gula karamel, cairkan gula menggunakan api kecil.Setelah gula cair keseluruhan, masukkan air panas dan biarkan semua gula larut.SEJUKKAN terlebih dahulu.Pastikan gula karamel betul2 sejuk.
  2. Satukan semua bahan B dan gaul rata.Jangan sampai adunan berbuih.Pukul manja2 jer.
  3. Sediakn bekas kecil, tuang gula karamel kemudian tuang adunan puding.
  4. Kukus api sederhana selama 15-20min.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.
  5. Sejukkan puding dalam peti ais.Puding Karamel sedia dinikmati.Selamat Mencuba
  6. Untuk video tutorial sila klik di bawah 
Jika paparan kecil, sila klik link ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...