Sambal Sotong Bersantan Sedap Dan Petua Sotong Tidak Liat

By LiNa_Pg - Tuesday, May 14, 2019

Assalamualaikum...
Hari ini berkesempatan untuk update blog.Ekceli banyak sangat bahan yang nak saya kongsikan tapi kekagangan masa.Kalau korang nak cari idea masak2 boleh singgah terus ke Youtube LiNa Pg okey...kat sana resepi lebih pantas saya update.Kat blog ni sebab kena mengarang dan menaip resepi tuu yang kadang2 buntu nak mengarang.
Sambal Sotong Bersantan ni sangat sesuai kalau nak makan bersama nasi lemak atau nasi putih.Sesekali ubah selera waktu berbuka dengan nasi lemak pun sedap jugak kan.Tambahan kalau ada Sambal Kering Ikan Bilis dengan Kacang (yang ni nanti saya update kemudian)Kalau nak cepat boleh tengok di youtube saya dah update beberapa hari lepas.
Okey jom kita semak Resepi Sambal Sotong Bersantan yang serba ringkas tapi memikat selera.Rasa pedas yang diimbangi dengan lemak santan memberikan rasa yang sempurna..Memang sedap menepati citarasa kami sekeluarga

 Sedap tau.Harus cuba
RESEPI SAMBAL SOTONG BERSANTAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 10 ekor sotong (potong kepada beberapa bahagian)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 3 sudu besar cili giling
  • Sedikit gula merah
  • 1 asam keping
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1/2 cawan santan (LiNa Pg guna Ayam Brand)
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Panaskan kuali API BESAR dan goreng sotong tanpa minyak selama ~20saat.Kemudian angkat dan ketepikan.Tujuan sangai/goreng tanpa minyak supaya sotong tidak liat.
  2. Tuang sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga sedikit garing kemudian masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula merah, asam keping, santan, sedikit air dan kiub ikan bilis dan hirisan bawang besar.Kacau sebentar.
  4. Masukkan sotong dan gaul sebentar anggaran 1 minit sahaja.Tutup api dan Sambal Sotong Bersantan sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  5. Untuk video tutorial sila ke Youtube LiNa Pg klik paparan di bawah

Jika paparan kurang jelas, sila klik link berikut

Terima kasih Ayam Brand

  • Share:

You Might Also Like

0 comments