Wednesday, January 13, 2021

Homestay Dangau Ayahanda | chalet di Teroi Yan Kedah | private pool

 Assalamualaikum....

Hari ini saya kongsikan satu tempat menarik di Yan Kedah atau lebih tepat lagi di Teroi.Homestay atau chalet dalam dusun durian yang berkonsep satu chalet satu kolam sama seperti Salak Denai dan juga Damai Gunung.Semua kolam menggunakan air dari gunung jerai.Memang sejuk menggigit tulang som som.Boleh mandi manda puas hati sebab tak bercampur dengan orang lain.Kalau berkunjung ke sini pada musim buah-buahan memang rezeki terpijaklah sebab chalet ni memang dalam kebun jadi sekelilingnya dipenuhi dengan buah durian, rambutan, cempedak dan lain-lain.Sebenarnya ini adalah kunjungan kami kali kedua.Untuk pertama kalinya kami datang ke sini semasa bulan Julai (dekat2 nak buka sekolah selepas PKP) Alhamdulillah masa tu durian masih ada tapi dah hujung2 musim, sempat jugaklah merasa durian monthong ya Allah sedap sungguh rasa lemak-lemak manis tu memang puas hati makan durian.Bagi mereka yang datang semasa durian masih banyak, tuan chalet menjual dalam bentuk buah (sebiji)tapi masa kami datang buah dah tak begitu banyak, tuan chalet kopek dan jual isinya sahaja.Menurut owner ini kerana buah-buah hujung musim tidak begitu elok.Maknanya dalam sebiji mesti ada isi yang tak elok.Untuk menjaga kualiti, mereka jual isinya sahaja yang di pack.Ini kisah bulan Julai lepas.

Hujung minggu 10-11hb Jan 2021 kami ke sini lagi.Kali ini cuma meriah dengan dedaun sahaja hahaa..Kalau buah limau nipis, limau kasturi, lemon tu banyaklah dalam dusun ni.Kami cuci mata jer la haha...Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam.Gambar pun snap lebih kurang jer sebab bz dengan main air.

homestay dangau ayahanda,chalet yan kedah,chalet private pool,chalet di yan ada kolam, menarik di yan, homestay teroi,chalet ada kolam private,salak denai,damai gunung,tempat menarik di kedah,

Kalau nak datang ke sini boleh skodeng no hp owner kat poster tu atau search jer di fb

Yang dalam bekas tu isi durian monthong (yang ni gambar masa kami ke sini bulan Julai) sebelah tu buah cempedak yang diberi percuma oleh tuan chalet (memang baik hati orangnya)Kata beliau kalau nak makan buah rambutan boleh jer 'kait'/petik sendiri.Kami segan la nak ambil.Buah cempedak sebab tuan dia memang bagi by hand, kami ambil bawa balik.

Kemudahan yang disediakan.Ada tv ,peti sejuk, dapur dan kelengkapan memasak dan juga tempat BBQ.

Chalet yang kami tempah ni ada 2 bilik dan boleh menampung 10 orang.Sebenarnya boleh muat lebih sebab bilik agak luas
homestay dangau ayahanda,chalet yan kedah,chalet private pool,chalet di yan ada kolam, menarik di yan, homestay teroi,chalet ada kolam private,salak denai,damai gunung,tempat menarik di kedah,
Budak sorang ni memang hepi sangatlah dari siang sampai ke malam dok dalam kolam jer
Ni gambar masa baru check in, masa ni air kolam masih belum penuh...mereka akan cuci kolam dan tukar air kolam bila penghuni check out.

Aktiviti kat sini tak ada lain mandi, makan, mandi dan makan sebabnya line internet nan hado.Kalau nasib baik timbul la satu bar haha..Nak wasap pun tunggu sejam baru SENT 

Ni gambar masa nak check out
Adik check bisnes juta juta ke tu haha..Amboi masa dok dalam kolam terus lupa hp.Bila nak balik terus melekat hp kat tangan haha

Okeylah kesimpulannya memang best sangat.kalau tak best tak kan la repeat kan hehee.Walaupun pandemic covid19 masih belum reda, kita carilah tempat yang sesuai untuk bawa keluarga bercuti, elakkan tempat sesak.Jadi percutian simple macam ni sangat sesuai sambil menjana ekonomi dalam sektor pelancongan dan membantu inap desa orang sebangsa kita.Kita amalkan konsep TRAVEL LOCAL.Bagi warga Penang dan negeri2 yang terlibat dengan PKP, semoga tetap sabar dan jaga SOP.Sama-sama perangi covid19.Kita pasti menang.InsyaaAllah.

2 comments:

Puan Hazel said... Balas

Bila dah reda nanti, teringin juga nak ke Yan. Byk tempat best di Yan kan kak lina :)

LiNa_Pg said... Balas

Batul tu.. sebab kat sini ada sumber air gunung. Bagi yang ada modal memang sesuai sangat usahakan chalet dengan kolam ni. Mesti ramai yang akan datang walaupun jauh tersorok di kaki gunung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...