Ketam Masak Merah Madu

By LiNa_Pg - Monday, December 06, 2010

Dah lama teringin nak makan ketam masak cenggini . . .tapi bila gi Tesco tengok ketam tak fresh plak..dan2 terbantut niat nak sambar mr.crab..beli jer la lauk2 lain . . .Hari ni my laling terajin plak gi market bayan baru beli ketam ni. Tuh pun sebab dia cuti ada exam kat USM, kalau tak, tunggu ari minggu je la nak gi market pun huhuhu. Memang best sangat tambah2 lak ketam segar dari ladang laut.Saya tepek resepi kat sini tapi anggaran sahaja. Kalau berminat kena adjust ikut selera ya...
Bahan-Bahan:
4 ekor ketam saiz sederhana
4 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
1/2 labu bawang besar ( kisar )
Sedikit halia ( kisar )
1 batang serai ( ketuk )
2-3 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar ( hiris )
1 biji cili merah ( hiris )
Daun ketumbar ( hiris )
Sos tomato
Sos tiram
Madu
Air asam jawa

Cara-Cara :
  1. Ketam dibersihkan, perasakan dgn garam kunyit, goreng sekejap dan ketepikan)
  2. Tumis serai dan bahan kisar hingga wangi dan garing
  3. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minyak
  4. Masukkan air asam jawa, kacau lagi.
  5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan madu. Sesuaikan rasa (tambah garam&gula jika perlu)
  6. Masukkan ketam, kacau sebati. Masukkan air jika ingin lebih berkuah
  7. Masukkan bawang besar dan daun ketumbar. Dah siap

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. akak penang kat mane? g market byn baru eh...

    ReplyDelete
  2. mrs.Gee> selalu tu gi market byn br la cr brg2 basah

    kak rosa> amek sepit je la kih3

    azi nur> ketam ni masak apa pun sedap kan?

    ReplyDelete
  3. sedapnyer..thanx...sok fiqah nk cube...(^_^) dh lame x mkn ketam..heee~ suker3..

    ReplyDelete
  4. fiqah> cubalah hrp kena ngan taste

    ReplyDelete