Tuesday, March 5, 2013

Resepi Fish n Chips Sedap

Assalamualaikum...
N3 pertama di bulan March...hadoi lama tak update blog.Hmm..blog ni bukan boleh kalau dibiarkan lama, mesti mood hapdet akan merudum.....terasa sangat kemalasannya tu..Pagi ni kugagahkan jugalah untuk update menu yang dah basi ni.Ok lah tak mo bebel panjang.Meh la kite semak resepi Fish and chip yang sedap dan rangup di luar tapi lembut di dalam...Ha..kelas gitu..

Sedap makan time panas2..cicah ngan sos cili,mayonis..mmg best
RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan Perapan
  • 4 keping  ikan dori
  • serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • garam 
  • Jus lemon
Cara Perap:
  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.
Bahan Batter/Adunan
  • 1 cawan air (secukupnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Bread crumb
Cara:
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul hingga korang dapat Lina pg guna hand whisk)
  3. Note: Konsistensi batteryang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  5. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  6. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis
Note:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.

12 comments:

  1. menu simpel yg best....! Sy suka mkn fish ni kak....:-)

    ReplyDelete
  2. Salam kak lina.. tun mmg suka makan fish n chips.. kalau beli ikan dori, mmg ni laa yg tun bersungguh2 nk wat dulu b4 resepi2 lain.. ^^

    ReplyDelete
  3. ya Allah Linaaaa...fish n chip ni la kegilaan anak akak. Pergi mana2, itulah yg di order, naik jemu kita org ni. Pergi supermarket pun beli yg segera tu. Ikan dori ni akak jarang nmpk kat sini.

    ReplyDelete
  4. salam lina, Liza pun suka ni tp tak pernah buat sendiri pun..

    ReplyDelete
  5. @Asyifa Mustaffa
    Akak memang suka yang simple2 jer..kentang pun beli yg frozen jer haha

    ReplyDelete
  6. @tun_telani
    wslm Tun..anak2 suka makan fish n chips ni, akak pestaim menerai buat sendri..seb baik menjadi

    ReplyDelete
  7. @zana fahmi
    Betul tu..budak2 memang suka mkn ni..rasanya sebab ikan ni tadak tulang haha

    ReplyDelete
  8. salam lina,
    alahai nie mmg sedap..tp zila x pernah lg buat sendiri..mcm nk cuba jgk nanti :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya, akk buat selalu ikan tu jadi lembik n tak ranggup. Nnt nak cuba resipi ni pulak lah

    ReplyDelete
  10. wah
    kena cuba ni nanti

    sokmo mkn kt secret recipe jek..

    tq kak atas perkongsian

    jemput lawat blog enny : www.supermamashoppe.com

    ReplyDelete
  11. Ikan dori tu ikan apa? Xpernah dengar pulak.

    ReplyDelete