Monday, March 18, 2013

Resepi Kek Coklat Lapis Cream Cheese/Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum...
Pestaim tengok kek coklat layer ngan cream cheese kat umah Hana terus jatuh cinta.Nampak cam senang jer nak buat.Cuma tuan badan jer selalu tak senang untuk menerai resepi.Hmm bila ada waktu senggang terus godek2 wat kek ni...Memang sedap dan lembut.Saya potong ni time suam2 lagi...Hurmmm alangkah nikmatnya makan time suam..ada setengah kek tak sedap kalau makan masa panas..kena sejukkan dulu 3-4jam baru rasa nikmat.Tapi lain ngan kek ni..masa suam pun dah sedap..apatah lagi kalau sejukkan dulu dalam esbok mesti bertambah2 sedap...Tak caya...kenalah try sendiri...
 kali ni cheq malas nk posing beratur sopan bagai...ni nama dia..posing sambrono..sebelah pegang kamera sebelah suap kek..
Ni rupa kuar dari loyang...layer pun comot2 jer..
RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Rujukan Dari Sifu : Yatie Ratu Talam n Hana
Sharing : Lina pg
(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - lina pg gn 50g
  • 1 biji telur gread A
  • 1 sudu besar air - lina pg guna susu cair
  • 1 sk jus lemon
  • 1 sudu besar tpng gandum - lina pg gn tepung Hong Kong
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.(Last punya lina pg kukus selama 30min)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

29 comments:

Yatie said... Balas

Assalamualaikum Lina,
alahaiiiiiii wat terliur je pepagi tngk kek mcm ni..sedapkan, mudah plk tu membuatnya...kalau dekat maunya nak mintak sepotong..tq sudi mencuba..

Asyifa Mustaffa said... Balas

lama x buat ni....malas sbnrnya...hehe.....nak akak pnya lah....! cam best je....:-)

Marsita yahya said... Balas

memang sedap ni...anak saya suka sangat.

Acik Erna said... Balas

assalam lina..cantik je jadinya kek lina..acik pernh cuba buat..creem nya tu tak rata..ada nipis ada yang tebal..bila potong tak cantik..nasib baik sedap..

Gee® said... Balas

Waaaa... dh ramai yg tayang kek cheese ni... terlior lama dah tp tak terbuat2 jugak... kalau ada lagi nak mintak sepotong, boleh? heeee

Nooriah Abdullah said... Balas

sedapnya Lina kalau yg bercheese macam ni wlaaupun semborono je tetap menawan hatikuuuuuu

gocke said... Balas

salam akak..

nak tnya, adunan kek kena guna mixer tak? nmpk senang je method mcm godek-godek guna tangan jek..:)

lina_pg said... Balas

@Yatie
wslm yatie, memang sedap sangat.makan2 panas2 pun leh layan gak.TQ untuk rcpnya

lina_pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Hmm..kalau tingin kena godek2 la...akak nk hulurkan dok jauh sangat hihi

lina_pg said... Balas

@Marsita yahya
Anak kecil akak pun suka gak..Dia kalau kek coklat biasa tak makan.Yang ni maybe ada cheese..dia makan lak

lina_pg said... Balas

@Acik Erna
wslm acik, sy punya pun sama gak tu..time kukus lapisan cis nampak begelombang.Dalam hati dah cuak dah..tp bila masak n potong...elok gak hasilnya

lina_pg said... Balas

@Gee®
Sebab ramai dok menerai tu yang tergerak ati nk cuba gak...udah pinish la suma ni

lina_pg said... Balas

@Nooriah Abdullah
Betul tu kak Noor,gandingan kek coklat n cheese mmg mantap..

lina_pg said... Balas

@gocke
wslm, memang kena guna mixer...gocke cubalah guna hand whisk, kalau hasilnya berjaya..nanti komen kat sini.Boleh akak guna methode tu pulak

Amie said... Balas

Sedap kek ni kan Lina... Kak Amie buat 2 kali dah, berebut2 anak makan!

EmbunRosaliza said... Balas

Sungguh ke tergoda rasa mcm nak terus g cari cis je

Salt N Turmeric said... Balas

Salam tuanrumah, macamana nak buat gula hangus yg 1 cawan tu ye? Boleh tolong beritahu saya? Terima kasih!

LiNa_Pg said... Balas

@Salt N Turmeric

wslm, resepi ni TIDAK menggunakan gula hangus.

CIK CHUBBY said... Balas

mmg kena gne ke jus lemon tu??klu x gne or gnti ngn bhn lain xleh??

LiNa_Pg said... Balas

@CIK CHUBBY
Jus lemon digunakan untuk balance rasa lemak cis tu..kalau xletak pun xpe..tp ada rase muak sket

lucd007 said... Balas

minta resepi ni yer Lina pg. terima kasih.

mimi zakaria said... Balas
This comment has been removed by the author.
mimi zakaria said... Balas

salam kak lina..masa letak layer coklat tu bape cm ye agak2 ? jenis kek nie kan nipis je..sy jnis seriau ckit..biasa buat kek tebal2..bila nipis nie xreti nk agak plak

LiNa_Pg said... Balas

@mimi zakaria
wslm, adunan kek coklat tu lepas siap adun, terus bahagi dua.Masuk setengah adunan dalam loyang dan kukus.Lepas masak, curahkan layer cis (putih)kukus hingga masak.Last sekali curah pulak adunan coklat(belen setengah adunan lagi td)dan kukus hingga masak.lama sket pun tak pe (dalam 30min)supaya kek masak keseluruhannya.

mimi zakaria said... Balas

oo yeke..ok paham..lg 1 utk ape yer tutup loyang dgn aluminium foil ? utk elak kek dr gelembung atau ade sbb lain ?

LiNa_Pg said... Balas

@mimi zakaria
Untk air dr penutup kukusan meninit ats kek

mimi zakaria said... Balas

Camne nak bagi permukàan atas kek merekah ?

azimah don said... Balas

sedap....makan sampai habis

Rose@QasehNurlisa said... Balas

Assalam.sy dah try buat kek coklat lapis cheese ni semalam.mmg mabeles.ank2pn suka.tq for sharing

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...