Buah Binjai , Buah Tampoi Dan Buah Perah

By LiNa_Pg - Friday, September 07, 2018

Assalamualaikum....
Berteman hujan lebat pagi ni buat n3 buah-buahan yang semakin pupus.Anak2 saya memang langsung tidak mengenali buah2 rare ni.Saya sendiri pun cuma kenal buah binjai dan buah Tanpoi sahaja.Buah perah atau ada jugak yang menggelarnya dengan nama Buah Perah ni saya cuma kenal nama sahaja sebab ada hentian RnR di Grik sinun namanya Perah hehee..bersempena dengan nama buah ni.

Kita mulakan dengan Buah Binjai.Ada sesetengah tempat panggil Buah Kemang (kalau kemang ni manis kot) Tapi saya guna nama Binjai.Spesis ni masam2.Sesuai dijadikan sambal.Tapi saya tak buat sambal pun.Cuma kupas kulit hiris nipis gaul sedikit garam dan gula.Simpan dalam peti ais..Ala-ala jeruk camtu.Nak makan ambil sepotong masuk dalam budu camtu jer heheee...Sedap tau makan dengan ikan goreng.Kalau buat sambal takut tak terhabis pulak..bukan boleh simpan lama2 sambal tu..Buat macam jeruk selamat siket sebab boleh simpan dalam peti ais
 Yang ini Buah Perah atau Buah Peroh.Rasanya lemak2 seakan kekacang.Rasa buah berangan pun ya jugak..dalam gambar ni dah siap rebus.Dah ada rasa masin2.Isi dalamnya seakan biji getah (isirong biji getah)berwarna putih dan ada layer selaput.Masa snap ni belum makan lagi.Dah makan lupa snap..abes terus hahaaa...Buah perah ni ada pantangnya tak boleh dimakan bersama buah jambu batu (salah satunya)kerana boleh mengakibatkan MABUK.So take note ya kawan-kawan
Yang ni buah Tampoi masih boleh jumpa di RnR Bukit Gantang tapi semakin jarang nak jumpa...Bermusim dan bukan setiap tahun berbuah agaknya...sangat susah dah nak jumpa.
Buah-buahan rare ni di angkut oleh abang saya (yang dok langkawi sinun) bawa mai bagi adik dia rasa

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN SELAMAT BERCUTI

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. buah tampoi kegemaran acik sedap masam manis lina

    ReplyDelete
  2. Cara nak jaga buah tampoi tu xbagi lembam

    Ade tip x..

    ReplyDelete