Monday, March 25, 2019

Kepah Goreng Bercili Dan Petua Cara Menyimpan Kepah Dalam Peti Ais (Tidak Mati)

Assalamualaikum....
Suka makan kepah tak?Atau spesis bercengkerang seperti lala, lala retak seribu, remis dan sebagainya.
Bagi saya masalah siket kalau beli makanan laut seperti ini.Biasanya kena masak terus lepas balik dari pasar.Sebab takut kepah mati kalau simpan dalam peti ais.Mati tu macam mana?Tak terbuka bila kita masak..
Pernah sekali kami ke pasar Taman Tun Sardon, dah la beli banyak bahan mentah untuk masak.Bersiang pun ambil masa yang lama..ye lah stok seminggu kan dengan ayam 3ekor, ikan dan macam2 lagi.Kebetulan hari ni ada beli kepah 1kg..dah siap cuci ingat nak masak terus lah..Tapi en.suami kata kat luar lah sambil beli barang2 dapur yang lain (beras dll) saya pun terus simpan sejuk beku semua barang basah tadi.Termasuklah kepah.
Keesokan harinya saya keluarkan untuk buat masak lemak.Nasib la saya tidak ada kerajinan utk rekod video utube pada hari itu.Bukan apa kebiasaannya hari Isnin agak kelam kabut siket (Maisarah masuk sekolah awal)citer lama okey...bukan Isnin hari ni hahahaaa.
Bila dah masukkan kepah tu, agak lama adalah yang terbuka satu dua...saya tunggu lagi.Tapi nampak gaya macam ketegaq tak mau terbuka.Tak apa lah maybe dah 'mati' kejung kepah ni.
Bila kami makan kena force baru boleh buka..si Nisa ketuk sedikit guna sudu untuk buka cengkerang hahaa...Gigih dia nak nikmati Masak Lemak Kepah yang mama dia masak.
Itu cerita Masak Lemak Kepah yang tragis.So, following week kami ke market lagi.Kali ni beli lagi Kepah dan sejarah berulang lagi.En.suami ajak keluar makan jugak.Saya tawakal ajerlah letak ais bawah jer (bahagian chiller) sebab hari tu letak peti beku..memang kepah/lala mati kan?Kali ni kita eksperimen pulak letak kat chiller jer.Esok tu saya buat Kepah Goreng Bercili...Taraaaa sukses...Kepah masih fresh dan hidup...yeayyyy seronoknya.
Petua cara simpan kepah lala atau makanan bercengkerang ialah

  1. Cuci bersih dan toskan kepah/lala/remis dan sebagainya.Kemudian toskan.
  2. Masukkan ke dalam bekas/tupperware.Tutup dengan kemas.
  3. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller (BUKAN BAHAGIAN FREEZER)
  4. Apabila nak masak, keluarkan dari peti sejuk.Masukkan air paip dan biarkan kepah berada pada suhu bilik.
  5. Korang dapat perhatikan kepah akan kembali TERSENYUM hahaa....I'm aliveeeeee...Dia tak tahu sat lagi kena masak kih2.Selamat mencuba...
Okey jom kita semak resepi Kepah Goreng Bercili.Yang ni saya rajin buat utube dan ada post ke tiktok jugak.Dapat HOT lagi hehee..
Simple jer tapi cukup menyelerakan.Cubalah..insyaaAllah sedap.Boleh guna lala jugak.
KEPAH GORENG BERCILI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1kg kepah/lala
1 labu bawang besar (kisar kasar)
3 ulas bawang putih (kisar kasar)
6 biji cili merah (kisar kasar)
Serai ketuk (LiNa Pg lupa nak masukkan)
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
Garam dan gula
Lada sulah
sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak tumis serai dan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan kepah dan gaul rata.Tutup periuk dan biarkan kepah terbuka.
  4. Masukkan garam, gula dan lada sulah.Tutup api.Siap
  5. Untuk video tutorial sila klik link di bawah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...