Wednesday, May 29, 2019

Resepi Ayam Masak Paprik Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Semakin sampai ke penghujung Ramadan dah naik buntu tak tahu nak masak apa dah.Apa kata buat Ayam Paprik sedap tau pedas masam semua bersatu hurmmm enak tak terkata.Paprik Ayam ni sesuai untuk berbuka dan bersahur jugak.Sesuai untuk ibu2 yang bekerja kerana Ayam Masak Paprik sangat cepat disediakan dan rasanya sedap membuka selera waktu berbuka.
Untuk Resepi Paprik Ayam ni saya sediakan video tutorial jugak di youtube sana.Ini merupakan juadah lauk terakhir kerana lepas ni saya akan kongsi resepi biskut pulak.Kalau nak cepat boleh terus tengok di youtube sana ok.
Okey tanpa buang masa bebel panjang ajommm kita semak resepi.Untuk sayuran tu boleh tambah sayuran kegemara masing2 bunga kobis atau apa yang sesuai.Saya cuma masukkan sayuran yang ada dalam peti ais jer.
Serba ringkas tapi sedap menepati citarasa kami sekeluarga

PAPRIK AYAM SEDAP DAN MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
  • 2 ketul dada ayam 
  • 5 biji cili padi (tumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 3 helai daun pandan (carik-carikkan)
  • 1 sb cili giling
  • 1 sb pes tomyam
  • Sedikit kiub ayam
  • Minyak 
  • Air
Bahan B (Sos)
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos plum (LiNa Pg guna brand Life)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb air
Bahan C (Sayuran)
  • Karot
  • Kacang buncis
  • Baby corn
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang besar
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih , cili padi daun limau purut.
  2. Masukkan cili giling dan pes tomyam.Tumis hingga garing
  3. Masukkan dada ayam dan kacau sebentar.
  4. Masukkan sos, karot dan baby corn (sayuran yang keras terlebih dahulu.Tambah sedikit air dan tutup periuk.Tunggu hingga ayam empuk dan sayuran lembut sedikit.
  5. Setelah ayam empuk, masukkan bahan C (Sayuran) dan sesuaikan rasa.LiNa Pg tambah sedikit kiub ayam.
  6. Kacau rata dan tutup api.Ayam Masak Paprik sedia dihidang
Video tutorial, sila klik paparan di atas.Untuk lebih jelas, sila ke Youtube LiNa Pg

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...