Nasi Tomato Dan Dalca Daging Resepi Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, November 08, 2018

Assalamualaikum...
Salam siaran di hari Khamis...anak2 pun dah kembali ke sekolah.Sepanjang cuti panjang kejenya masak makan ajerlah...Dah bosan makan nasi putih, kita tukar selera makan nasi berperisa pulak.Kalau kat rumah ni asyik ulang siar Nasi Beriani jer...macam tak reti jemu plak dengan nasi tu hahaa...Disebabkan agak lama tak buat Nasi Tomato, so mama buatlah nasi tomato ni siket untuk anak2.Masak Nasi Tomato tapi tak plan sebenarya.Tengok beras basmati masih ada lagi..rasa boleh ON jer lah...sekali sos tomato plak tinggal seciput adoi....takpe lah kita letak tomato fresh jer...So warna tu agak pucat jer.Tapi rasa menten sedap tau guna tomato fresh ni.Ada rasa masam2 siket tu bolehlah kan?yang penting anak2 kata sedap heheee....
Nasi Tomato saya gandingkan dengan Dalca Daging, guna daging tetel dan letak sayuran ikut yang mana ada dalam peti ais jer....buat siket lauk hayam untuk budak sarah sebab dia x makan daging.Tak makan bukan sebab apa...sebab cerewet jer huhu....
Untuk Resepi Nasi Tomato ni saya buat youtube jugak nanti boleh check sana ya.Resepi Dalca Daging tu xde video..sebab saya masak serentak nak cepat punya pasal
Nasi Tomato tu pun kelam kabut punya pasal sampai kismis pun x jumpa cari hahaaa...Cari dalam peti ais lain, rupanya simpan dalam peti ais kek hahaaa...Gitulah bila unplan buat video...tetiba otak seminit buat video lak...Saja amek kesempatan sementara ada tukang pegang hp ni kan?Nanti kalau hari sekolah dah xde sapa dah nak jadi 'tripod' mama hahaaa

Nasi Tomato And The Gang.Ayam Masak Merah Madu dan Dalca Daging.Acar tak enterprem...buat awal simpan dalam peti ais.Bila buat photoshoot lupa lak nak ambil.Nak makan baru teringat.Sian dia dilupakan hahaa..
Walaupun simple sahaja, tapi Nasi Tomat ni sedap dimakan...makan kosong pun dah sedap tau
RESEPI NASI TOMATO MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan 
3 cawan beras basmati 
3 cawan air 
1 cawan susu cair 
2 kiub ayam (LiNa Pg guna kiub ayam maggie) 
Sedikit gula
4 sudu makan tomato puri/sos tomato

Bahan Tumis
3 ulas bawang merah (mayang/cincang) 
3 ulas bawang putih (mayang/cincang)
2 biji buah tomato (dadu kecil) 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih (skip kalau tak suka)
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga (skip)
2-3 helai daun pandan (disimpul) 
Sedikit minyak sapi/butter
Sedikit minyak masak

Bahan Lain
Daun pudina/Daun sup / Kismis / Gajus 

Cara-Cara: 
  1. Beras dibersihkan ,rendam 30 minit.Kemudian toskan 
  2. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu, daun pandan, bawang merah dan bawang putih .Tumis sekejap hingga terbit bau dan bawang sedikit layu (Tak perlu garing nanti terasa pahit)
  4. Masukkan buah tomato dan sos tomato.Kacau sebentar hingga buah tomato lembut sedikit.Masukkan sedikit gula (untuk imbangkan rasa masam)
  5. Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub ayam.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  6. Kemudian masukkan beras, gaul rata.Biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak di dasar periuk (masak api sederhana)
  7. Apabila nasi telah kering, kecilkan api, masukkan daun pandan dan taburkan kismis dan gajus (jika suka)
  8. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuh.Anggaran 12-15min.
  9. Setelah nasi masak...tutup api dan gemburkan nasi mengunakan garfu.Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah atau apa2 lauk kegemaran.
  10. Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg
Note:
Jika ingin memasak menggunakan rice cooker, boleh terus tumis dalam rice cooker, biarkan air mendidih terlebih dahulu,baru masukkan beras.Masak seperti biasa.
Apabila telah KEEP WARM, Jangan terus OFF, biarkan KEEP WARM selama 20-25min supaya nasi masak dengan sempurna.

 Dalca Daging simple2 jer...saja buat siket.Ini Dalca Daging versi Kelantan.Tidak menggunakan kacang dhal.Resepi seakan gulai kawah tapi agak ceroi/cair sedikit dan ditambah sayuran yang sesuai.Dalca ni selalunya dihidangkan di kenduri kendara.

RESEPI DALCA DAGING
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan  
300g daging tetel/daging cincang 
1 paket kecil rempah dalca (Kalau xde gn rempah kari ayam/daging pun ok)
1 labu bawang besar (kisar)  
5 ulas bawang merah (kisar)  
3 ulas bawang putih (kisar)  
1 cm halia (kisar)  
3 hiris lengkuas (kisar) 
3 sudu besar cili giling  
1 biji terung panjang (potong)  
Sedikit kacang panjang (kerat2)  
2 biji kentang (potong kiub)  
1 biji karot (potong baji)  
2 biji cili merah (patah-patahkan) kali ini lupa nak letak 
2 biji cili hijau (patah2kan)  
1 cawan santan pekat  
2 asam keping  
Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis   
Minyak  
Air  
Garam dan gula/perasa  

Cara-Cara  

  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.  Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. 
  2. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.  Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. 
  4. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Masukkan kentang.Biarkan daging hingga 3/4 empuk. 
  5. Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar. 
  6. Masukkan karot, dan terung.Masak hingga ayam/daging empuk.  
  7. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.
Ayam Masak Merah Madu simple2 saja neh.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments