kek

Kek Gula Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap

By LiNa_Pg - Friday, December 21, 2018

Assalamualaikum...
Salam Jumaat, kembali bersiaran.Hari ini tak ada menu lauk pauk, saya nak update Resepi Kek Sarang Semut, Kek Sarang Lebah atau ada yang panggil kek gula hangus.Korang panggil kek apa ni?Kalau nampak rongga2 kecil ia lebih terarah kepada bentuk sarang semut kan?Kalau kek sarang lebah tu rongga lebih besar.Ramai yang suka makan kek ni sebab tak jemu dan tidak muak.Kek old skool memang sangat sedap.Saya paling suka Resepi Kek Gula Hangus yang serba ringkas.Hanya kacau guna senduk atau spatula jer.Telur pun pukul guna hand whisk tak perlu mixer atau blender.Paling best tak payah perap pun.Lepas adun terus bakar jer.Trick dia....Masa adun tu jangan Pre heat oven lagi.Kebiasaannya bila nak buat kek kita akan pre heat oven terlebih dahulu.Kali ni lupakan step tu.
Dah siap adun baru panaskan oven 15-20min suhu bergantung oven korang la..So, sementara oven tu panas, sempatlah adunan bertindak balas dan membentuk sarang2 tu...Tak payah beriya perap 3-4 jam buang karan jer....Nanti cuba tau.Resepi dah banyak kali saya kongsikan kali ini kongsi lagi.Walaupun ulangan hihi..

Nampak kan rongga2 tu....Walaupun tak perap, tapi rongga2 elok jer terhasil.
Kenapa ada Celcom tu?Alaa buat2 x nampak jer la..Ada kije si LiNa Pg tu kan..Kalau tidak, tak ada maknanya dia tenggek HP kiri kanan tu kikiii..
KEK GULA HANGUS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Embun Rosaliza 
Bahan-bahan 

  • 4 biji telur gred A 
  • 1  cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1  cawan gula pasir  
  • 1 cawan air panas
  • 2 sb butter 
  • 1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara: 

  1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas pelahan-lahan.Kacau hingga gula cair.Masukkan butter.Sejukkan sebentar.
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder.Ayak dan ketepikan.
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (LiNa Pg pukul macam buat telur dadar jer).
  4. Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat .
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung.Kacau rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 7x7in) yg digris terlebih dahulu.Adunan ni memang cair.
  7. Rehatkan adunan selama ~20minit supaya soda bikarbonat bertindak balas.Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2 (LiNa Pg guna suhu 150'C) Bakar api bawah selama 30min dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul2 masak2.LiNa Pg bakar selama 40min.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Dh terbuat dh kek gula hangus...sekejap je licin kat rumah ni

    ReplyDelete
  2. saya buat kek ni guna resepi yg sama tpi saya guna rice cooker..x guna oven..tpi kenapa bila periuk dah tendang balik menandakn sudah masak..bila saya check tngk di tngah2 dia still tepung tpi di keliling dah masak..mcm mna sya nk buat???adakah saya perlu kukus pulk utk bg yg bahgian tengh tu masak?

    ReplyDelete