Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker Pulut Lembut Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, October 07, 2021

 Assalamualaikum...

Semasa saya menaip untuk posting kali ini,saya nak tergelak pulak.Ya lah tajuknya pulut dan dimakan bersama dengan durian, sedangkan musim durian dah lama berlalu.Apa maksudnya tu kawan-kawan sekalian haha.Macam biasalah resepi ini saya buat semasa musim durian lagi iaitu bulan Julai.

Tak apalah kan walaupun musim durian dah berlalu, tapi pulutnya boleh dimakan bersama ikan kering juga kan untuk sarapan.Teknik masak pulut ni ada pelbagai.Ada setengah orang suka cara kukus dan ada juga yang buat versi tanak.Tapi bagi saya sendiri selalunya saya tanak jer dan cara saya sangat old skool iaitu tanak guna dapur gas haha.Versi tanak guna dapur gas saya pernah kongsikan di Youtube sebelum ini.Kali ini lebih senang kita guna rice cooker jer.Jika tekni masak pulutnya betul,insyaaAllah pulut tak berkerak tau.Hasilnya pulut lembut dan berkilat sama seperti kukus juga.

Bahan rahsia untuk dapatkan pulut yang berkilat ialah masukkan sedikit minyak masak.Hasilnya pulut lembut, cantik berkilat merelip merelap gitu.

cara buat pulut durian, cara tanak pulut, tanak pulut guna rice cooker, masak pulut, tips pulut lembut dan sedap, pulut durian tanak, durian musang king,durian kampung, pulut durian mudah dan sedap
Ini dia set pulut durian iaitu Pulut, Durian, Santan dan gula nissan.Ini cara lagend makan pulut durian.Kalau di utara ni ada satu lagi style iaitu buat kuah serawa atau pengat durian makan bersama pulut.

cara buat pulut durian, cara tanak pulut, tanak pulut guna rice cooker, masak pulut, tips pulut lembut dan sedap, pulut durian tanak, durian musang king,durian kampung, pulut durian mudah dan sedap
Santan ada rasa lemak-lemak kena letak gula nisan atau tabur sedikit gula barulah umphh..Tak payah banyak sangat tau sebab durian pun dah manis

Cara Masak Pulut Durian Style Lina Pg
Bahan-Bahan
by malina lina pg
Bahagian A (Pulut)
2 cawan beras pulut (lina pg guna pulut susu)
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara:
  1. Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan.Untuk buat pulut tanak, beras pulut tak perlu rendam.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam rice cooker, kemudian masukkan air (sukatan air sama dengan sukatan beras pulut 1:1)
  3. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
  4. Lina Pg menggunakan rice cooker jenis lama (Ada lubang di bahagian penutup) balut penutup rice cooker dengan kain supaya wap tidak keluar.
  5. Tekan COOK dan biarkan pulut masak.
  6. Setelah KEEP WARM biarkan selama 5-8min barulah OFF.Pulut telah sedia dihidang
Bahagian B (Santan)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam
daun pandan

Cara
  1. Dalam periuk kecil, satukan santan, air, tepung beras, garam dan daun pandan.
  2. Kacau sekejap hingga mendidih dan nampak pekat sedikit.
Bahan lain
gula atau nissan (racik)
buah durian
lina pg guna durian kampung sahaja

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. ammi belum pernah cuba tanak pulut. biasa kukus je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat banyak (berkilo²) seeloknya kukus lagi baik. Kalau takat nak makan 3-4 orang tanak lagi senang kije haha.

      Delete
  2. Lina, memanggg ni bila musim durian tiba inilahh yg wajib mkn he he
    tak jemu layan sepanjang musim buah
    tp yg letak gula sy tak penah try lg. suka yg biasa pulut tanak, santan fresh lemak masin dan. isi durian pula. mesti yg baru kopek
    terasaaa sedapp nikmatnya aiii
    tak nampak dah org lalu belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... kalau musim durian, wajib buat pulut duyan ni barulah terasa 'musim duriannya' versi gula putih tu alternative jer bg yang tak ada gula melaka/gula nissan.

      Delete