Monday, January 21, 2013

Ketam Nipah Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Isnin...dah ada cadangan ke nak masak apa untuk juadah hari ni?Hurmmm kalau tadak idea apa kata korang cuba masak lemak cili padi ni...watak utama mestilah ketam.Kali ni lina pg dapat ketam segar dari laut...ada la minggu lepas (ke 2 minggu lepas hihi) kami sekeluarga gi jenjalan cari makan ketam lembut di Kuala Gula...memamg sedap hidangan ketam lembut tu...sementara nak tunggu makanan siap di masak, saya dan hubby termasuk adik saya Alla dan suaminya meninjau kawasan sekeliling.Ala-ala YB melawat kawasan lagaknya kah2...pastu interview nelayan yang baru 'mendarat'.Pastu adik ipar saja wat ramah tanya...boleh beli ke?Makcik (kebanyakan nelayan pompuan) tu jawab suma ni orang dah tempah..mak aih..suma org tempah..3-4 perahu nelayan yang ditanya memberi jawapan yang sama...Kami dok melangut kat situ lagi saja jamu mata..pastu ada satu boat lagi baru sampai,kali ni tuan dia agak muda sket..Bila ditanya dia kata mayb ada lebih...Kami nak sekilo sorang....alangkah terkejutnya harga sekilo cuma rm10 ajerrr...Alhamdulillah rezeki kami...Adalah dalam 18-19ekor ketam saiz sederhana.Ekceli brader tu bagi free aje sebab tangkapan dia melebihi dari yang ditempah.

Tu dia panjang lebar intro Ketam Nipah ni...Banyak menu yang dibuat untuk menghabiskan 19 ekor ketam ni.Menu pertama Sup Ketam (Alamak belum wat n3 lagi laa..)pastu Ketam masak lada hitam..yang ni memang tak snap picas.Dan yang last Ketam masak Lemak Cili Padi ni...Nampakya n3 dah langkah bendul muahaha
Tidak kah korang terliur tuh..isi ketam yang banyak...manis lak tu...
RESEPI KETAM NIPAH MASAK LEMAK CILI PADI
by : lina pg
Bahan - Bahan:
  • 4 ekor ketam (dicuci bersih potong dua)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4 biji cili merah / cili padi (tumbuk)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit suhun
  • Garam & Gula/perasa
  • 1 asam keping
  • Air
Cara-Cara: 
  1. Masukkan bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk bersama secawan air masak hingga mendidih. (supaya bawang dan cili masak-takut sakit perut)
  2. Masukkan kepah, santan dan tambah air hingga paras kepah.Masukkan juga garam, gula dan asam keping.Kacau hingga mendidih.
  3. Apabila ketam bertukar kaler ke merah jingga maknanya dah masak la tu.Sesuaikan rasa dan tutup api


11 comments:

inazamri said... Balas

aduhhhhhh sedapnya.saya lama juga tak masak ketam nipah ni.tengok isi tu penuh,puas makan

lina_pg said... Balas

@inazamri
ketam nipah ni isi penuh memang puas mkn.Tambk lak kt tgn dia yg montok tuh byk isi hihi

Amie said... Balas

Memang puas hati kalau masak ketam nipah... isinya penuh! Sedap ratah2...

♥ ♥ Missepet ♥ ♥ said... Balas

sdap nya..terliur sy di wat nya..nyumnyum..hehehe

lina_pg said... Balas

@Amie

Betul tu kak amie..byk betul isi ketam ni

Marsita yahya said... Balas

memang dah lamaaaaa tak masak...sebab utamanya hubby tak brp suka nak makan sebab leceh...tapi sedap kan?

combi said... Balas

wuuuuuu..da lme xmkn ketaaaaaaaaaaaammm

mama sara nur said... Balas

wah ketam sedap tu, lama tak mkn ni
satu2nya seafood yg akak makan he he ketam

tun_telani said... Balas

Salam kak lina!! nk nangis tgk ketam nih.. tun terliur betul, tp mmg allergic teruk ngan ketam nih :(

Gee® said... Balas

Ahai...sedapnya ketam masak lemak... dapat kuah dia pun jadilah...

EmbunRosaliza said... Balas

Hurmmm budak2 kat rumah ni la ni suka sangat ngan masak lemak cili padi, semua nak suruh msk mcm ni, Sedapnya ketam tu, best la dpt bnayak hasil tangkapan nelayan atas tanah ni hehe

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...