Resepi Ayam Kicap Berempah Dan Berkerisik

By LiNa_Pg - Monday, July 15, 2013

Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi Isnin (walaupun cuaca tak bape nak ceria, mendung jer pagi hehe).Actualy ni menu minggu lepas lagi.Dah jem tak tau nk masak apa?Time tu ngah dok wassup ngan DJ,so DJ cadangkan buat ayam kicap berkerisik ni.Terus terjah blog DJ, usyar bahan2..owh simple jer.Watak utama iaitu kerisik dan kicap kompom ada...yang tadak cuma halia jer.Lengkuas ada sket, serai pun sebatang ala-ala nk monopouse dah huhu.APa lagi terus on la Ayam Kicap Berempah Dan Berkerisik ni.Alhamdulillah memang sedap...Hurm..kalau masih belum idea nk masak apa, bolehlah cuba resepi ni...Tp janji kerisik n kicap kena ada, jangan dok mendurhaka lak.Kang jadi ayam goreng kicap jer nanti.Lain lak rasanya..Jom kite semak resepi.

Ayam ni masak kol 7.15pm, kelam kabut snap.Dah amek gambo petang2 ni macam2 la jadinya..hurm layan ajerlah seadanya...
RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH DAN BERKERISIK
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • sedikit kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee Tamin)
  • sedikit hirisan daun sup (LiNa Pg xletak tadak stok)
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa (LiNa Pg gn 4 asam keping)
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik (LiNa Pg gn 1 paket kecil 40g)
Bahan-Bahan Kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (LiNa Pg xletak tadak stok)
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Cara-cara :

  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 

Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh.

Note:
LiNa Pg perasakan ayam dengan garam kunyit dan digoreng 1/2 masak.Kemudian digaul dengan kicap dan lada hitam.Perap selama setengan jam.Seterusnya ikut step no.2

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Sedapnya...ringkas juga nak masaknya nie...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ayam dan kicap tak boleh di pisahkan dari anak2 kat umah akk, kalo buat menu mcm ni confirm laju je nih, kena tunggu rajin juga nak buat ni heheh

    ReplyDelete
  3. @Asyifa Mustaffa
    walaupun rcp nmpk berjela, tp ringkas jer sebenarnya

    ReplyDelete
  4. @EmbunRosaliza
    Sedap kak rosa, ada ala-ala ayam karipoley dan jugak dgg masak itam sebab ada letak kerisik.

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak! fuh..teliur laa.. nanti nak cuba la.. :)

    http://eidaidris.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Wah sedap dan ringkas untuk sajian berbuka dan mkn untuk bersahur thanks for sharing the resepi

    ReplyDelete
  7. Terimakasih.dh lme tercari2 resepi ni.jumpe juge akhirnya.tqvm kongsi resepi

    ReplyDelete