Resepi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap

By LiNa_Pg - Monday, September 17, 2018

Assalamualaikum....
Seminggu dua ni asyik hujan jer kan?Memang sesuailah kalau dihidangkan dengan Pisang Goreng atau Keledek Goreng.Pendek kata sesuatu yang bergoreng dan makan panas2 sama kopi O atau Teh O.Kat rumah saya ni kopi O memang tak wujud la hihiii..selalunya minum petang memang teh O.Keledek Goreng ni memang kegemaran kami sekeluarga.Tapi selalunya beli jer RM2-3 kat tepi jalan.Kebetulan aritu (cam lama benar tu) pi Tesco nampak ubi keledek oren cam baru lagi.Terus beli dekat 1kg jugaklah.Cadang nak buat Cek Mek Molek.Tiba2 tukar fikiran jadi Keledek Goreng sebab dah tahu kalau buat Kuih CekMek Molek memang kompom budak sarah tak makan.Kalau buat fritters ni memang dia makan.Budak sorang tu suka yang rangup2 macam ni.
Resepi Keledek Goreng ni saya ikut Resepi Pisang Goreng Crispy tu jer.Cuma kali ni terajin siket buat video dan upload ke youtube.Memang sedap dan rangup walaupun dah sejuk.Korang kena cuba.Resepi ini sesuai untuk Pisang Goreng, Keledek Goreng, Sukun Goreng, Cempedak atau apa2 yang bergoreng dan rangup.Rasanya Ikan Celup Tepung atau Sotong pun insyaaAllah sesuai jugak ni.

Nampak tak?Terserlah kerangupannya tuh.Memang krup krap...sedap sungguh la.Tambahlak Keledek Oren ni rasa manis2.Saya suka buat potongan jejari camni kalau di Kelantan ianya dipanggil Kateh Aye atau Kateh Ayam.Selalunya Ubi Keledek Goreng kat Penang ni potong bulat dan agak nipis..udah rupa cam kerepek lak huhu..

KELEDEK GORENG RANGUP
Bahan A 
Pisang/keledek/cempedak 
(LiNa Pg guna ~400g keledek oren)-Potong bentuk jejari

Bahan B 
450 ml air  
2 cawan tepung tepung gandum 
4 sudu besar tepung beras 
4 sudu besar (penuh) marjerin 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1 ¼ sudu kecil garam 

Cara2 menyediakan 
  1. Masukkan bahan-bahan B ke dalam jug blender ikut turutan di atas kemudian kisar.Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai.  
  2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. 
  3. Masukkan hirisan pisang/keledek ke dalam adunan dan salut rata dengan adunan.Kemudian goreng kedua2 bahagian hingga kuning keemasan
  4. Angkat dan toskan.Pisang/Keledek goreng sedia dinikmati
Untuk video, sila ke Youtube link 
https://www.youtube.com/watch?v=Vfu028W45ss&t=2s

  • Share:

You Might Also Like

3 comments