Monday, November 26, 2018

Kuih Ketayap Sedap, Lembut Dan Resepi Mudah

Assalamualaikum...
Bila ada stok Inti Kelapa Serbaguna ni, maka akan timbul kuih susulan yang menggunakan Inti Kelapa.Senang kije buat Inti Siap2 simpan dalam peti ais.Teringin nak makan kuih apa2 yang menggunakan Inti Kelapa, kita godek2 buat jer.Menjimatkan masa.Tambahan musim cuti sekolah macam ni kan anak2 sentiasa terasa lapar tambahan pula sekarang musim hujan, lagilah terasa cepat lapar.So,mak2 kalau ada masa free, buat jer Inti Kelapa ni banyak2 dan simpan dalam peti ais.Kalau ada kerajinan boleh buat pau atau bun jugak.Tapi LiNa Pg ni tak adalah kerajinan nan jiti sampai nak buat bun/pau...haishh hujan2 ni lambat nau nak tunggu proofing tu kan?
Kalau setakat kuih ketayap ke hapa tu haaa..bolehlah lah hehee...Kalau dulu masa kecil saya panggil Kuih Batang Buruk.Bukan Batang Buruk kuih raya tu tapi yang ni lah kuih ketayap ni.Tapi lama kelamaan nama panggilan tu semakin dilupakan.Mayb ada setengah tempat masih kekal dengan nama tu.
Kali ini saya menggunakan resepi kuih ketayap yang lain siket.Biasalah kena ada penambah baikan.Lagi sedap, lembut dan tidak melekat.Kiranya boleh buat melayang jer dari pan terus ke pinggan..Ala2 roti canai terbang hahaaa...Takde lah terbang tapi boleh swing gitu jer 'lempeng' tu dah melunsur ke pinggan.Korag boleg tengok kat youtue ok.Rajin sungguh la haih..siap buat video bagai.Tapi part Inti tu kena tengok kat video Kuih Tepung Bungkus okey..sebab saya guna lebihan Inti tu jer.Ini pun masih berbaki lagi.Ingat petang ni nak buat Kuih Pulut Inti pulak..
Okey jom kita semak resepi kuih dadar gulung yang lembut, sedap dan mudah digulung.Bahagian crepe/lempeng tu sangat lembut, bila gulung mmg tak patah dan sedapppp sangat tau....ada rasa lemak2 sebab saya gunakan sedikit santan.
Nampak tak intinya basah2 berwarna gelap..sedikit manis.Manakala bahagian crepe nya pulak lembut dan sedikit lemak masin.Sedapnya alahai...tambahan cuaca redup jer hari ni...Kalau buat sendiri bolehlah merasa Inti Kelapa yang mewah macam ni.Kalau beli tu seciput jer.Ye la kelapa parut pun mahal sekarang ni.Bukan nak salahkan orang meniaga semua pun bahan dah mahal.Nak jimat nak banyak kena buat sendiri.Lagi menepati citarasa sendiri kan?

KUIH KETAYAP | KUIH DADAR GULUNG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
https://www.youtube.com/watch?v=Q_hTyj846ZM
Bahan-Bahan
Untuk video boleh refer ke post Kuih Tepung Bungkus
Bahan A (Inti Kelapa SerbaGuna) 

  • 1 biji kelapa parut putih  
  • 1 cawan air (secukupnya)  
  • 1 ketul gula nipah (120g) 
  • 3/4 cawan gula merah 
  • 1 sudu besar gula  
  • 1 sudu besar tepung gandum  
  • 3  helai daun pandan  
  • sedikit garam

Cara-Cara (Untuk Inti)  

  1. Masukkan gula nipah, nipah merah, daun pandan, garam dan sedikit air.Masak hingga gula larut. 
  2. Masukkan kelapa parut, gaul rata (tambah air jika perlu) masukkan gula pasir (jika perlu)ikut selera. 
  3. Taburkan tepung gandum dan masak hingga Inti Kelapa kelihatan seperti gambar di atas (refer post Kuih Tepung Bungkus)
Bahan B (Kuih Dadar/Crepe)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan b ke dalam pengisar.Kisar halus.Kemudian tapiskan.Rehatkan adunan selama 10 minit
  2. Panaskan non stick pan, oleskan dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan kuih ketayap angaran 1 senduk, ratakan ke selurahan pan.Biarkan selama beberapa minit hingga crepe masak (guna api kecil sahaja).Tak perlu terbalikkan crepe.Kaedah sama seperti roti jala
  4. Kemudian angkat crepe.Ulang proses hingga adunan habis
  5. Letakkan Inti Kelapa secukupnya.Kemudian gulung dengan kemas.Kuih Ketayap siap.Selamat mencuba.

3 comments:

Amie said... Balas

Lamanya tak buat kuih ketayap. Asyik beli jew kalau sarapan pagi di kantin.

Unknown said... Balas

Hebat i akan try petang nii.thank you for sharing resipi

Unknown said... Balas

Kalau tak letak santAn xpa tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...