Sunday, March 31, 2019

Cara Buat Jemput Jemput Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Assaamualaikum....
Hari ini merupakan hari terakhir cuti persekolahan.Rasanya ramai yang santai santai kat rumah sahaja sambil membuat persiapan untuk seisi persekolahan anak2.Mesti nak iron baju dan sebagainya betul tak?Sambil santai2 ni sedap jugak kan kalau pekena Cekodok pisang atau jemput2 pisang panas2 makan bersama teh O.Cucur pisang ni sebenarnya nampak mudah cuma tepung dan pisang jer.Cekodok pisang yang sedap ialah bila guna banyak pisang.Tapi bila letak banyak pisang (kurang tepung) cekodok akan menjadi leper.Rasa memang sedap terbaik tapi tak berapa cun la pulak kan?Mesti ada yang kata..apa ada pada rupa asalkan rasanya sedap.Tak adanya lah....Kalau rupa x cunnnn nak makan kureng berselera.Jom saya kongsikan resepi cara nak buat cekodok pisang yang mewah dengan pisang rangup di luar lembut di dalam.Lagi best lembut sampai ke petang tau.
Resepi Jemput Jemput Pisang Gebu ni saya sediakan video tutorial jugak di youtube channel sana
Helok bulat2 montel..gebu tapi rangup di bahagian luar..lembut di dalamnya.
JEMPUT JEMPUT PISANG GEBU RANGUP DI LUAR
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan Bahan
5 biji pisang berangan (kalau pisang emas 7-8 biji)
3 biji gula perang (bergantung kemanisan pisang)
3/4 cawan tepung beras
2 sudu besar penuh tepung gandum (atau secukupnya)
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam
Minyak

Cara-Cara
  1. Satukan pisang, gula perang dan garam.Lecek pisang (jangan terlalu halus.Biar nampak ketulan pisang baru sedap makan.
  2. Masukkan tepung beras dan baking soda.Gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.Kalau pisang ranum dan agak berair tambah sesudu lagi tepung gandum.Adunan ena pekat sedikit.
  4. Perap adunan (dalam peti ais) selama 20min.
  5. Panaskan minyak dan goreng jemput jemput secara deep fry.Angkat dan toskan.
  6. Video tutorial klik gambar di bawah

Kalau paparan kurang jelas.Sila ke Youtube LiNa Pg di bawah :-


1 comment:

ezzyra said... Balas

sedapnya jeput

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...