Friday, June 28, 2019

Udang Masam Manis | Udang Goreng Sos Plum

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..hari ni saya berkesempatan untuk update blog, so pagi2 ni cepat2 siapkan entry sebelum masuk dapo.
Hari ni resepi kita Udang Masam Manis atau boleh jugaklah dipanggil Udang Goreng Sos Plum.
Resepi ni sangat ringkas dan cepat disediakan.Saya sendiri pun terlupa saya beli sos plum tu untuk apa sebenarnya..Kalau tak silap nak buat Manggo Ciken tu agaknya...Mangga ke mana ayam ke mana...Takpelah macam kesian sos plum dalam peti ais kita rekalah resepi yang sangat ringkas ni....Walaupun simple tapi Alhamdulillah sangat2 sedap tau.Husband yang pantang udang (tak makan udang sebab gout pun terpaksa langgar pantang hahaa)Katanya terliur sebab dia calit dan ambil rasa sos yang kat pinggan tu katanya sedap...So,tutup mata makan jugaklah Udang Masam Manis ni hahaa...Harap en.suami tak kena gout la.Saya menggunakan Udang saiz sederhana je sebab tak plan nak masak macam ni pun.Biasanya saiz macam ni saya buat sambal tumis atau Gulai Daun Kesum.Tapi memandangkan baru sahaja masak kedua2 menu tu, so kita buat kelainan siket lah memandangkan agak cemuih asyik menumis dan menggulai jer.Buat yang ringkas2 jer.
Resepi Udang Masak Sos Plum ni saya sediakan video tutorial jugak di Youtube Channel LiNa Pg, korang boleg tengok kat sana okey.Okey jom kita semak resepi
Walaupun namanya Udang Masam Manis tapi saya suntik sedikit unsur Chinese Style dengan memasukkan element cili kering goreng dan bawang besar belah 6 jugak digoreng secara 'TARIK MINYAK' iaitu goreng sekejap sahaja kemudian angkat dan toskan.
Masam Manis Pedas manja2 memang sedap sangat

UDANG MASAM MANIS | UDANG MASAK SOS PLUM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 15 ekor udang saiz sederha besar
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum (LiNa Pg guna brand Life)
  • 1 labu bawang besar belah 6
  • 5-6 tangkai cili kering 
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Cili merah dan cili hijau potong serong
  • 1 sb tepung jagung 
  • Garam, Kunyit dan Gula
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Cili kering dipotong anggaran 2inci cuci dan rendam sekejap dalam air biasa.
  2. Perasakan udang dengan garam kunyit dan tabur tepung jagung.
  3. Panaskan minyak, goreng udang sekejap sahaja hingga bertukar warna.Angkat dan ketepikan sebentar.Jangan goreng terlalu lama nanti udang akan keras/liat
  4. Kemudian goreng cili kering dan bawang besar.Goreng hingga nampak agak garing sedikit.Angkat dan toskan.Ketepikan.
  5. Keluarkan lebihan minyak gorengan tadi dan tinggal sedikit untuk menumis.
  6. Tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
  7. Masukkan sos plum, sos tiram, sos cili dan juga sedikit gula.Kacau rata.
  8. Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama hirisan cili merah dan cili hijau.Kacau rata
  9. Akhir sekali masukkan cili kering dan bawang besar yang telah digoreng.Kacau sebentar sahaja.Terus tutup api.
  10. Udang Masam Manis telah siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.
  11. Untuk video tutorial tekan butang PLAY
Untuk paparan lebih jelas sila klik link di bawah


Monday, June 24, 2019

Sup Kepala Ikan Resepi Sihat Mudah Dan Sedap (Petua Ikan Tidak Hanyir)

Assalamualaikum...
Lepas raya ni memang masih insofff lagi...Masak yang rebus dan sup2 jer hahaa..Resepi sihat macam ni pun memang menyelerakan tau.Tapi kena control la jangan pulak ada budu tempoyak ulam bagai...wasalam 3-4 pinggan hahaa..ke laut diet macam tu.
Okeylah sebab dah petang ni, saya agak bizi jugak (bz seisi petang, pagi buat cara bz belah pagi) Pendek kata bz memanjang la.
Hari ni saya nak share idea lauk ringkas iaitu Sup Ikan, saya menggunakan Kelapa Ikan Jenahak.Selain dibuat Kari Kepala Ikan, sedap jugak kalau buat sup..Tambahan cuaca panas sekarang ni memang sedap sangat hirup kuah..masam2 dan pedas manja jer..Ada pulak sayuran serba sedikit dalam tu kira setel la..Lauk berkuah dan sayur sekali harung.Pelakon tambahan, korang boleh goreng telur dadar untuk anak2 dan ikan masin/ikan pekasam untuk mak bapak...Ada ulaman dan sambal belacan...Lengkap sudah..Saya ni masak simple jer.
Untuk Sup Kepala Ikan ni, saya sediakan video tutorial.Korang boleh tgk di youtube channel LiNa Pg okey.
 Simple jer..insyaaAllah sedap tau.Cili padi tu saya just masukkan macam tu jer.Kalau suka pedas boleh ketuk sedikit dan guna cili padi merah.

SUP KEPALA IKAN JENAHAK
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan

  • 1 kepala ikan jenahak/ikan merah (belah 2)
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1/2 labu bawang besar (mayang)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1/2 in halia (mayang)
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2 biji limau kasturi (Ambil jus)
  • Stok udang (atau air secukupnya)
  • Kentang, karot, batang celery, tomato dan cili padi
  • Daun ketumbar (ambil akarnya sekali)
  • Cili padi
  • Gara dan perasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar, halia, bawang putih dan serai.
  2. Setelah bahan tumisan sedikit garing, masukkan stok udang atau air biasa.
  3. Masukkan kentang, akar ketumbar, kiub ikan bilis dan jus limau kasturi (jus ni masuk last pun boleh)Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu dan kentang empuk.
  4. Masukkan karot dan kepala ikan.Biarkan seketika supaya ikan masak.
  5. Kemudian masukkan batang celery dan buah tomato yang dibelah 4.
  6. Taburkan hirisan daun ketumbar dan cili padi.Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)
  7. Sup Kepala Ikan sedia dinikmati.Selamat Mencuba

Note:
Tips untuk mengelakkan supaya kepala ikan berbau hanyir, sebelum memasak, lumurkan ikan dengan asam jawa.Biarkan sebentar.Kemudian bilas dengan air biasa.
Kepala ikan sedia dimasak mengikut resepi kegemaran.

Tekan butang PLAY untuk video tutorial Sup Kepala Ikan Jenahak
Untuk paparan lebih jelas, sila klik link di bawah

Friday, June 21, 2019

Kengsom Ikan Siakap, Ikan Pekasam, Ikan Jenahak Goreng (Idea Masakan Hari Ini)

Assalamualaikum...
Dah ada idea ke tu nak masak apa hari ni?Kalau belum ada lagi, meh saya kongsikan idea masakan serba ringkas sahaja.Lepas raya ni hidangan kami serba ringkas sebab tak nak makan yang terlalu heavy.Selalunya kuah yang rebus2 jer.Awat jaga kesihatan ka cheq?Tajuk dia menu insofff takut penimbang terpusing meter...seram doooo hahaaa...
Okeylah untuk cadangan hidangan hari ini ialah Ikan Siakap Masak Kengsom.Kengsom ni kira Asam Pedas Thai la.Beza dengan Asam Pedas/Asam Rebus kita ni..Kengsom menggunakan buah nanas dan sayur kangkung.Kaedahnya sama jugak rebus dan lebur...Rasa pedas masam seakan Asam Rebus...Sedap??Op kos la padu....InsyaaAllah ada masa nanti saya buat video..Yang dalam gambar ni memang tak sempat nak buat video..Lepas raya mood nak record memang ke laut la.Owh ya juadah ni minggu pertama lepas raya okey..Dah lama jugak..Kan dah bagitau mood update blog sama beraya..ni la baru jumpa jalan pulang.Sebelum tu nak bagitau kelmarin saya ada buat video terbaru kat utube channel sana...Resepi simple jugak Sup Kepala Ikan Jenahak...Boleh tonton di youtube okey..
Serba ringkas.. tapi cukup menyelerakan...

Thursday, June 20, 2019

Rezeki Syawal - Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker

Assalamualaikum..
Hai semua, apa khabar?Saya harap semuanya baik sahaja.Ada yang rindu menu dari Dapor LiNa Pg ke tu?Alahai sorry sangat tau tak sempat nak buat entry.Kalau nak cari idea masakan boleh follow IG @Malina_LiNa_Pg selalunya yang masak fresh dari dapor saya akan post ke sana..Kalau yang tertib posing cun dalam pinggan beserta resepi tu agak lambat siket la tunggu kerajinan untuk update.
Okey kita lupakan pasal masak2..sebab hari ni memang tak ada resepi pun.Saya nak kongsikan kegembiraan atas rezeki syawal...Ni haaa dapat Pressure Cooker Russell Taylors (PC)besar jugaklah 6L..syukur sangat2.Bukan beli tau..ini hadiah.Hadiah dari siapa tu?Nanti saya story..Sebelum tu meh nak tayang dulu rupa paras Pressure Cooker (PC) ni..
Amacam?Cantik tak?Warna gold..besar jugaklah..Macam2 function.Nanti boleh la experiment

Macam ni kisahnya...
Pagi Selasa lepas, dalam bz memasak lunch untuk budak sarah, tetiba dapat call dari GDex kata nak hantar barang...Barang ni memang saya dah tau la sebab hari Isnin saya ada order barang dan seller dan maklumkan penghantaran menggunakan GDex so, dah tahulah 'PINGGAN' nak sampai..maklumlah berat pinggan tu mesti call dulu sebelum hantar.Takkan nak angkut berat2 sampai rumah tuan tak ada kan?
Dalam keterujaan mendapat pinggan baru tu...(sempat buka dan belek2) cuma tak sempat nak posing jer sebab kalut nak siapkan makan sarah.
Kami siap2 nak keluar g skool, tetiba ada orang salam..courier service.Tengok kotak Pressure Cooker nama saya pulak tu.Masa nak sign tu sempat jugak tanya siapa pengirimnya.Memang tak ada nama pengirim..Saya ambil keputusan untuk decline barang tu.Ye la kita tak order pun kot ada kesilapan teknikal ke apa kan?'ninja' tu kata kak barang ni dah siap bayar dah...nama akak betul kan?Ye memang betul nama saya.So, saya terimalah...Ambil dulu, nanti kita cari siapa pengirimnya..
Saya wasap suami, manalah nak buat seperais kat isteri tersayam..Katanya dia lama tak order barang dari Lazada.Bila mention Lazada, barulah saya teringat hahaaa....Minggu lepas admin Ayam Brand ada call dan bagitahu hadiah dah dihantar.Saya tanya barang dihantar dari mana?Saya ingat hand carry macam Adabi..admin jawab hantar guna Lazada..Terus saya DM admin Ayam Brand, tanya hadiah saya tu dalam bentuk apa?sebab saya ada terima Pressure Cooker dari Lazada dan tak ada nama pengirim.
Bila admin bagitau memang hadiah saya Pressure Cooker brand Russell Taylors ni barulah terjawab siapa pengirim hadiahnya...Ya Allah terima kasih atas rezeki ini.Saya sangkaan hadiah yang menang tu hamper produk Ayam Brand sebab TIDAK DINYATAKAN apa hadiahnya dan dalam bungkusan kota PC ni tak ada sebarang note.
Apa pun terima kasih Ayam Brand sangat berbaloi hadiahnya.Bukan biasher-biasher okey
 Nak tahu saya masak apa?
Tema 'spicy' Kalau nak resepi boleh klik link di bawah

Monday, June 3, 2019

Rendang Daging Paling Mudah Dan Sedap Tak Guna Sebarang Rempah

Assalamualaikum...
Musim raya ni mesti ramai yang suka makan rendang kan?Ni adalah keeper resepi rendang.Saya paling suka Rendang Daging kalau Rendang Ayam tu macam kureng siket la.Rendang pulak kalau mengikut tekak saya lebih menyukai yang tak guna sebarang rempah..guna bahan basic sahaja iaitu bawang, serai, halia dan lengkuas.Masa rendang ni memang betul2 membawang punya la.Saya suka guna banyak bawang lebih manis dan sedap.Tambahan Rendang yang masih basah2 setengah orang suka rendang yang agak kering.Kalau mengikut citarasa saya suka yang basah bila cicah ketupat barulah bersalut dan sedap dimakan.
Resepi asal rendang ni tidak ditumis, cuma masak secara lebur iaitu semua bahan dimasukkan serentak dan masak hingga pecah minyak.Saya pernah cuba cara ini memang sedap.Tapi kalau untuk musim raya ni saya sarankan guna kaedah tumis dahulu supaya rendang tahan lama dan tidak basi.Lagi satu perbezaan antara tumis dan tak tumis, Rendang yang ditumis hasilnya cantik kemeraha dan agak berlinang, berbanding dengan yang tidak ditumis agak pucat dan kurang menarik.Dari segi rasa lebih kurang sahaja.Dari ketahanan yang ditumis lebih tahan lama dan lambat basi, insyaaAllah.
Walaupun dah banyak kali saya buat Rendang ni dan rata2 bagi feedback yang sangat baik terutama dari blog TMK ni la.Kali ni buat lagi dan saya sediakan video tutorial di youtube channel.Okey jommmm kita semak resepi
Walaupun bahan yang digunakan sangat ringkas..Tapi rasanya Alhamdulillah sedap
 Rendang lawan dengan ketupat memang ngam sangat.

RENDANG DAGING PALING MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 500g daging pejal
  • 500ml santan
  • 4 labu bawang besar (*)
  • 5 batang serai (*)
  • 3 ulas bawang putih (*)
  • 15 tangkai cili kering (*)
  • 2 cm halia (*)
  • 2 cm lengkuas (*)
  • 2 cm kunyit (*)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 40g kerisik (lebih siket pun tak apa)
  • 1 asam kepinh
  • 1 sudu besar gula merah/gula melaka
  • Garam dan perasa
  • Minyak (jika menggunakan kaedah menumis)
Cara-Cara
  1. Cili kering direbus hingga lembut terlebih dahulu.Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam blender dan masukkan sedikit minyak dan air.Kisar menggunakan minyak adalah tips supaya bahan kisar halus dan mengurangkan penggunaan air untuk ketahan rendang (lambat basi)
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis serai dan bahan kisar hingga terbit minyak.Kemudian masukkan gula merah.Tumis sebentar.
  3. Masukkan daging yang telah dipotong dan gaul rata dengan tumisan.
  4. Masukkan santan , kerisik dan asam keping.Kacau rata.
  5. Tutup periuk dan reneh menggunakan api kecil sahaja.Reneh hingga rendang pecah minyak dan kering.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit di dasar periuk.
  6. Proses mereneh mengambil masa yang agak lama.LiNa Pg reneh hampir 2 jam
  7. Bila daging empuk dan rendang hampir kering, baru masukkan garam (LiNa Pg hanya guna 1 sudu kecil sahaja garam), masukkan perasa (jika suka) dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.Boleh jugak guna salah satu.
  8. Reneh hingga kering mengikut citarasa masing2 kalau suka yang basah reneh hingga mencapai tahan kering/basah2 yang diinginkan.Makin lama direneh rendang semakin sedap dan warna bertambah gelap.
  9. Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya Aidilfiri

Kalau nak tengok versi rendang terdahulu, boleh tengok kat SINI
yang ini pula versi rendang lebur tak tumis.Boleh tengok SINI

Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapka Selam Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua.Ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap atau terkasar bahasa.
Kepada yang bakal memulakan perjalanan pulang ke kampung, berhati hati di jalan raya.Kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada hari ini.Doakan perjalanan kami juga ya..
SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Sunday, June 2, 2019

Biskut Coklat Chips Rangup Sedap Dan Resepi Mudah Tak Guna Mixer

Assalamualaikum...
Dah banyak ke kukis umah korang?Kat rumah saya ni bukan makin banyak, tapi makin siket hahaa...Buat abes buat abes camana nak jadi makin banyak.Tapi takpe la memang buat untuk anak2 makan pun.In fact lagi seronok jika anak2 asyik memunggah makan jer..Itu lagi bagus dari buat display anak nak makan tak boleh.Kesian kan?
Biskut coklat chips ni saya buat sedikit sahaja olahan dari resepi biras kak rosaliza iaitu kak Anida..tapi biasalah ada jer yang dia nak durhaka hahaaa...Bukan durhaka sebarangan tapi penambah baikkan..haaa gitchuuu (sila ikut nada kak Lina Pom Pom hahaa)
Resepi Biskut Coklat Chips ni saya sediakan video tutorial jugak, nanti saya sertakan link.Kalau korang suka kekacang boleh letak almond nibs atau apa2 kekacang yang digemari.Saya cuma letak coklat chips sebab si dak Sarah dan abahnya x makan kacang.Si abah memang tak boleh makan sebab gout, tapi dak sarah tu mengada jer x suka kacang2 ni huhu..
Okey tanpa buang masa, kita semak resepi.
Biskut ni ringan dan rangup sebab ada  sedikit tepung beras..Rasanya pulak mewah dengan coklat chip.Baru syiok bila makan tergigit coklat chips

 Nampak tak bahagian bawah tu sedikit berongga dan nampak ringan je kan..Sedap rangup rasanya tak begitu manis..sedang2 jer sesedap rasa

BISKUT COKLAT CHIPS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum (225g)
  • 1/2 cawan tepung jagung (50g)
  • 1 sb tepung beras (7g)
  • 250g coklat chips
  • 1/3 cawan gula perang (45g)
  • 1/3 cawan gula kastor (69g)
  • 200g mentega (lembut)
  • 1sk serbuk koko (boleh lebihkan jika suka lebih gelap)
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1 kuning telur (gred A)
Cara-Cara
  1. Kesemua tepung diayak terlebih dahulu.Ketepikan sebentar.
  2. Gaul mentega bersama gula perang dan gula kastor.Gaul sebati sahaja tak perlu hingga kembang
  3. Masukkan telur dan esen vanila.Gaul rata.
  4. Masukkan tepung dan serbuk koko, gaul rata kemudian uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
  5. Akhir sekali masukkan coklat chips dan gaul rata.
  6. Bulatkan doh anggaran sebesar ibu jari kemudian tekan dengan garfu.
  7. Bakar biskut selama 25-30min (hingga masak) suhu 150'c (bergantung suhu oven masing-masing)
  8. Setelah biskut masak, biarkan dalam dulang pembakar terlebih dahulu hingga biskut sejuk sedikit kemudian alihkan ke redai penyejuk.
  9. Simpan biskut dalam balang kedap udara setelah biskut benar2 sejuk.
  10. Selamat mencuba.


Saturday, June 1, 2019

Biskut Dahlia Rangup Dan Gebu

Assalamualaikum...
Pasti ramai yang menggemari Biskut Dahlia atau Samperit kan?Biskut Dahlia atau Semperit sama jer.Yang beza hanya rupa.Biskut Dahlia berbentuk bunga manakala Semperit pula berbentuk panjang diterap menggunakan acuan tart nanas.Saya suka Biskut Dahlia yang sedikit firm boleh dipegang (tidak hancur) kena gigit sedikit  kemudian cair dalam mulut.Saya tidak suka Biskut Dahlia yang terlalu gebu sampai nak pegang pun hancur..Kalau tengok bekas pun penuh dengan serdak...Citarasa saya sedikit rangup tapi gebu dan cair dalam mulut.
Kalau korang mempunyai citasara seperti saya, bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan hari ni.Paling penting Biskut Dahlia ni kekal bentuk selepas dibakar dan kuihnya tidak kembang setaman.
Saya menggunakan acuan pecah 12.
Untuk Resepi Biskut Dahlia ni saya sediakan video tutorial di youtube.Alhamdulillah viewnya mencecah 12K tak sangka sangat mendapat sambutan.Ramai betul penggemar Kuih Samperit ni
Okey jom kita semak resepi
Saiz kecil comel jer...bite size gitu hehee..Memang sedap.Budak sarah memang suka sangat.Belum apa2 dah abes sebalang. 
 Cubalah..insyaaAllah sedap

BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 150g mentega (lembut)
  • 80g gula aising 
  • 1 kuning telur
  • 1/2 sk esen vanila
  • 120g tepung gandum 
  • 50g tepung jagung
  • 80g tepung kastad
  • 1sb tepung beras
  • Sedikit pewarna kuning
  • Potongan ceri secukupnya
Cara-Cara
  1. Ayak semua tepung dan ketepikan terlebih dahulu.Ayak juga gula aising
  2. Gaul rata mentega bersama gula aising menggunakan senduk atau spatula sahaja.
  3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning.Gaul rata.Jangan terlebih gaul nanti biskut akan kembang setaman.
  4. Masukkan tepung dan gaul rata menggunakan spatula, kemudian uli dengan tangan hingga menjadi doh tak melekat ditangan.
  5. Tutup doh dengan plastic wrap dan rehatkan doh selama 10-15min.Sementara itu sediakan loyang.Alas loyang dengan baking paper dan sapukan sedikit butter.
  6. Terap mengikut bentuk bunga Dahlia atau bentuk Samperit.
  7. Selepas siap diterap rehatkan sebentar ~20min (jangan terus bakar)sementara itu boleh panaskan oven
  8. Bakar biskut selamat 15min (hingga masak) suhu 150'C (mengikut suhu oven masing-masing)
  9. Selepas biskut masak, biarkan sejuk seketika dalam tray.Selepas itu boleh dialihkan ke redai penyejuk.Jika terus alih ke redai penyejuk, kemungkinan biskut akan patah.
  10. Selamat Mencuba.Untuk menonton video tutorial sila klik link di bawah
Note:
Penambahan tepung beras bertujuan supaya biskut ringan sedikit rangup tapi masih gebu dan cair dalam mulut.
Doh mestilah lembut (bukan lembek ya) dan senang ditekan, jika doh agak keras, tambah sedikit butter atau sapukan tangan dengan sedikit minyak dan uli semula.
Jika doh agak lembek tambah tepung gandum.
Kalau mengikut sukatan yang diberikan hasilnya adalah sedang elok sahaja.
Pastikan doh ditutup dengan plastik wrap semasa proses menerap supaya doh tidak keras.
Tak jadi jugak..kena mandi bunga hahaaa



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...