kuih abuk-abuk sagu | resepi kuih tradisional

By LiNa_Pg - Thursday, November 17, 2022

 Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama juga saya berhasrat nak membuat kuih abuk-abuk ni.Memandangkan kuih ni kena bungkus satu persatu dan menggunakan daun pisang, hasrat tu selalu tertangguh.Kalau sagu tu boleh dikatakan saya simpan stok juga kat rumah.Dah beli daun pisang dan kelapa parut, masa pulak tak mengizinkan, daun pisang pun dah cantik.Kelapa parut takpe la sebab boleh frozenkan.Hurmm memang kena tekad selepas beli semua bahan, terus buat..kasi jadi gitu.Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak buat kuih abuk abuk ni.Kalau di utara kuih abuk-abuk ialah kuih macam tepung gomak tu ada inti kelapa kat dalam dan bahagian luar ialah tepung pulut.Tekturnya sedikit liat dan intinya manis.Sebab itulah di tajuk saya tulis kuih abuk abuk sagu takut ada yang tersilap dengan versi utara.Kuih abuk-abuk ni dah agak lama juga saya buat, rasanya pada bulan September lepas seingat saya gambar thumnail kuih abuk-abuk ni di TikTok ada bendera 😂 agaknya saya buat sempena Hari Malaysia.Teruk betul kan?resepi bulan September baru nak update dalam blog TMK ni pada bulan November.Doakan saya sentiasa rajin update (entah apalah yang lina pg ni bebel 🙃 )

kuih abuk abuk sagu, resepi kuih abuk-abuk sagu daun pisang, kuih warisan,kuih tradisional melayu, kuih abok-abok, abuk abuk sagu, kuih melayu,
saja nak bagi menarik kalerfull gitu sebab beli sagu yang warna warni

resepi kuih abuk abuk sagu sukatan cawan
by malina lina pg  https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
1 1/2 cawan sagu (satu setengah cawan)
1 cawan kelapa parut
garam
gula nisan/gula melaka/gula merah (boleh campur dengan gula pasir)
daun pisang (layur atas api)
daun pandan
acuan lompang

cara cara
  1. Masukkan sagu ke dalam penapis.Siram/lalukan dengan air paip.Rendam sagu sekejap (lebih kurang 10min) lina pg rendam sekali dengan penapis.kalau nak rendam setengah jam pun boleh.Kemudian toskan.Masukkan sagu ke dalam bekas/mangkuk yang besar.
  2. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.Kemudian masukkan kelapa parut ke dalam sagu 
  3. Sediakan daun pisang dan bungkus kuih abuk-abuk. Buat kelongsong daun pisang kemudian sudukan sagu ke dalam kelongsong tadi , letakkan inti (gula melaka) letak sedikit lagi sagu dan letak daun pandan.
  4. Balut dengan kemas dan semat/pin dengan lidi/pencungkil gigi supaya balutan tak terbuka.
  5. Kukus selama 25min  (atau kuih masak) 
  6. Cara alternatif boleh guna acuan lompang.Refer video di Youtube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Kuih abuk-abuk sagu rupanya namanya. Saya baru tahu ni hehe

    ReplyDelete