Assalamualaikum....
Bersiaran di hujung minggu....Rajin kan update blog hari Sabtu.Sajalah nak share idea masak2 untuk u olls yang kebuntuan tak tahu nak masak apa untuk lunch nanti.Saya share idea jer tau.Resepi campak2 jer..so pandai2lah taram sendiri.Kalau nak ikut cara LiNa Pg, boleh follow resepi di bawah.
Hari ni tak masak, sebab nak keluar beli barang.Ni menu 2-3ari lepas saya post ke Instagram.Hari ni post kat blog pula.
Kat rumah ni kalau ayam kicap sama ada berkuah atau goreng kicap memang laku.Pendek kata kalau ayam goreng bodow pun laku hahaa...Gitulah anak dan ayam berpisah tiada .
Okey untuk ayam kicap tu mesti ada yang tanya awat tak itam pun?Sebenarnya saya guna kicap manis, sedikit kicap pekat dan Kicap Mee (Tamin) kicap mee tu yang membuatkan Ayam kicap ni sedikit kemerahan.Cantik lak warnanya.Itu saja rahsia dia kalau nak Ayam Masak Kicap Sedap dan cantik kemerahan.
Okey untuk sup tu ringkas sahaja, sawi, sedikit kobis, fisball dan suhun.Cuma tumis bawang putih cincang..masukkan air hingga mendidih dan masukkan sayuran.Sesuaikan rasa.Itu sahaja.
- 10 ketul ayam (perasakan dengan garam kunyit goreng hingga masak)
- 1/2 labu bawang besar (kisar)
- 3 ulas bawang merah (kisar)
- 2 ulas bawang putih (kisar)
- 1cm halia (kisar)
- 1/2 labu bawang besar hiris
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap Mee Tamin
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar cili giling
- Buah tomato, cili merah (hiasan)
- Minyak
- Air jika perlu
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga layu.Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.
- Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan semua sos dan kicap.Masukka sedikit air (jika perlu) 1-2 sudu besar sahaja.
- Masukkan ayam (yang telah digoreng) Gaul rata.Sesuaikan rasa.Masukkan buah tomato dan cili merah/cili hijau (LiNa Pg kehabisan stok)Taburkan daun bawang untuk hisan.LiNa Pg cuma taburkan daun kari nak bagi nampak hijau2.Kalau tak ada tak perlu letak sekadar hiasan.
- Selamat mencuba
2 comments
Selamat menjamu selera Lina sekeluarga. Lauk saya kering2 saja tengahari ini. sampai sini jumpa sup...bolehlah basahkan tekak...hiks!
ReplyDeleteSedapnyaaa, petang ni nak masak ayam masak kicap la. Lepastu nak sambung tulis blog
ReplyDelete